[ 𝑭𝒊𝒇𝒕𝒚 𝑬𝒊𝒈𝒉𝒕 ] - 𝑹𝒚𝒂𝒏'𝒔 𝒉𝒆𝒂𝒍𝒕𝒉

204 14 21
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

Dalam cahaya lembut pagi, Naira terjaga apabila mendapati suaminya sudah tiada. Dia menoleh, katilnya kosong.  Kemudian, dia terus bersiap untuk bekerja dan turun ke tingkat bawah. Di ruang tamu, bonda sedang menonton televisyen.

Aku memandang sekeliling. Kelihatan rumah begitu sunyi. Di mana suamiku?

Aku mendekati bonda.

"Bonda."

Bonda kelihatan terkejut, tangannya secara refleks menyentuh dadanya. "Oh, Naira. Haih..." dia mengeluh.

Aku tersengih.

"Maaf bonda, Naira nak tanya.. erm.. mana Ryan?"

Kening bonda sedikit berkerut.

"Kan dia dengan abah pergi kerja sebab kamu nak memandu sendiri. Bukan ke kamu yang kata begitu?"

Aku terdiam. Aku tak pernah kata begitu. Memang sepatutnya harini dia hantar aku ke tempat kerja. Tapi kenapa Ryan cakap macam tu?

"Pukul berapa diorang pergi, bonda?" Soal aku.

Bonda melihat jam di dinding.

"Sejam lalu, diorang dah gerak. Abah kata ada patient awal-awal pagi ni."

"Ouh. Ok lah bonda. Naira gerak dulu."

"Bawa lah makanan tu sekali Naira. Si Ryan yang buat. Awal pagi lagi dia dah bangun. Bonda pun terkejut. Haih, Ryan tu.. bonda dah cakap jangan buat kerja rumah, dia buat jugak," bebel bonda di pagi hari.

Aku hanya tersenyum lalu memandang sarapan pagi di atas meja. Hati aku rindu ingin meluangkan masa bersama Ryan. Tetapi mengapa Ryan kata begitu pada bonda? Apa suaminya mengelak berjumpa dengannya? Tapi, kenapa?

Naira mengambil bekas kosong dan memindahkan nasi goreng yang masih hangat ke dalamnya sebelum menyalami bonda.

"Hati-hati bawak kereta," pesan bonda.

"Baik bonda."

Aku terus keluar dari rumah menuju ke kereta aku. Aku mahu menelefon Ryan, tetapi adakah ia akan mengganggu kerjanya?

"Naira." Aku menoleh.

"Abang Marc?"

Abang Marc yang tadi seperti menunggu terus melangkah ke arahku.

"Naira nak pergi kerja ke?"

Aku mengangguk.

"Naira ingat abang dah pergi."

"Belum, abang tunggu Naira. Abang nak tanya Naira pasal Ryan."

"Ryan? Kenapa abang Marc?"

Marc terdiam lama. Apa Naira masih tidak perasan perubahan sikap Ryan?

"Naira... tak rasa pelik ke dengan Ryan?"

Naira terdiam lama.

"Pelik macam mana tu abang?"

Marc menggaru belakang kepala.

"Erm.. macam mana eh nak cakap."

"Tapi Naira rasa akhir-akhir ni, dia cuba jauhkan diri dari Naira. Naira tak faham."

Marc mengerutkan alisnya. Bukan itu yang dia maksudkan.

"Naira ada buat apa-apa salah ke?" Soal Marc.

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now