[ 𝑺𝒊𝒙 ] - 𝑩𝒆𝒓𝒋𝒖𝒎𝒑𝒂

724 72 56
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

Keesokan hari seperti biasa gadis itu duduk di hadapan. Leen tidak berapa sihat jadi dia berehat di bilik. Pensyarah masuk ke kelas. Semua sudah ada. Elina lihat sekeliling, Ariz tidak hadir lagi. Sudah dua hari lelaki itu tidak hadir. Lelaki yang dia jumpa kali terakhir malam itu terus tidak hadir ke kelas.

"Apa dia sakit ke?" tanya Elina dalam hati.

"Rumah dia tak tahu pulak kat mana." Sambung dia lagi dalam hati.

Pensyarah terus memulakan pembelajaran seperti biasa. Kami membuka buku dan menjawab latihan yang diberi. Kemudian, tugas yang diberi untuk kami siapkan.

Selepas tamat sesi belajar, semuanya mengemas barang-barang mereka. Pensyarah pula mula bertanya ketidakhadiran seorang pelajar.

"Miss nak tanya, Ariz ni kenapa ye tidak hadir? Dia sakit ke? Siapa kenalan dia?"

Semua memadang antara satu sama lain. Tidak pernah seorang pun dapat berkawan pelajar itu kerana lelaki itu yang menolak.

Disebabkan tiada sesiapa yang menjawab. Elina lantas mengangkat tangan. Pensyarah menoleh ke arah gadis itu.

"Saya miss."

"Elina, boleh kamu pergi rumah dia tanya jika dia ada masalah."

"Boleh miss. Nanti saya tanya."

"Ish! Baik aku angkat je tadi. Dapat jumpa parents dia terus." Elina dapat mendengar bisikan Zee di belakang.

"Ok bagus. Nanti apa-apa update beritahu saya sebab tengok data ni dia dah dua hari tidak hadir. Ingat ye semua, jangan abaikan kawan sekelas kamu. Kalau dia ada masalah, kamu patut ambil tahu," jelas Miss Ros (account).

"Baik Miss," jawab semua pelajar.








Elina ke hulur ke hilir di dalam bilik asrama. Resah ada, gelisah pun ada. Bukan apa, kejadian hari itu pasti akan membuat dia kekok bila berhadapan lelaki itu.

Leen masuk ke bilik dengan tuala berkemban. Dia baru lepas mandi. Dahi berkerut melihat gadis itu seperti cacing kepanasan.

"Oi! Kau dah kenapa El?" Leen menutup pintu lalu di letak raga mandian di bawah katil.

Elina yang tersedar menoleh ke arah Leen yang sedang menuju ke almari.

"Aku confuse lah."

"Kenapa kau ni? Pasal assignment ke? Bukan semua benda kau pandai ke? Tak pernah-pernah kau confuse pasal kerja tu," kata Leen seraya memakai pakaiannya.

"Ish! Bukan lah aku... macam mana eh? Ariz dia dah dua hari tidak hadir. Then, Miss Ros tanya siapa kenalan dia. Semua tak jawab aku angkat lah."

"Wait! Dia tak hadir? Wouh! Serious lah? Tahu lah muka dia tu handsome senang pula tak hadir. Ingat pensyarah nak bagi muka ke? Lain lah kalau sakit macam aku."

Hairan Elina dengan cara Leen berkata.

"Kau kenapa? Macam tak puas hati je."

"Ye lah, dia dah langgar aku, pastu tak reti minta maaf, sombong gila El. Tak payah lah kau ambil tahu sangat pasal dia," bohong Leen. Sedangkan dia yang tidak pandang hadapan kerana melihat telefon sambil berjalan.

"Ouh. Kau tak cerita kat aku."

"Aku tak ingat," kata Leen seusai dia berpakaian lengkap dia mengambil beg tasnya.

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now