PART 1

41.7K 1.1K 50
                                    

"Ayrena!"

TOK!

TOK!

TOK!

"Buka pintu ni!" Ketukan Adrian yang sudah keberapa kalinya. Fikirannya sudah memikirkan tindakan buruk yang akan Ayrena lakukan.

Ayrena yang sedang termenung di tepi tingkap hanya menghiraukan jeritan Adrian. Kalau ikutkan hati nak saja dia luku kepala si Adrian tu. Dia mahukan masa bersendirian, malah semakin diganggu.

"Haish! Kacau betul. Apa lagi Adrian ni nak?" Tangkas langkah menapak ke arah pintu. Tombol pintu dipulas malas.

"Abang Ad nak apa? Kacau Ayrena malam-malam buta ni. Dah lah tengah bad mood ni." Ayrena tayang wajah masam mencuka.

"Kenapa pula adik abang Ad bad mood ni? Mama cakap daripada balik tengah hari tadi Ayrena asyik berkurung. Abang Ad pun perasan juga. Ayrena tak macam selalu. Kalau tidak ada je Ayrena tolong mama dekat dapur. Tak pun dekat sangkar Jonet.  Kenapa? Ada orang kacau Ayrena ke? Siapa? Bagitahu abang. Biar abang ajar dia."

Tekak Ayrena berasa gatal apabila mendengar lagak Adrian bagaikan hero. Nak tolong pun, patut tolong tadi. Amarahnya masih tersisa. Geram dan sakit bercampur rasa. Sakit dikhianati manusia yang tidak reti menghargai.

"Tak perlu nak tunjuk hebat abang dekat sini. Dekat Ayrena tak jalan." Tangan mula disilangkan di dada. Menyampah dengan Adrian pun ada.

"Hurm! Marah dekat orang lain abang pula kena tempias."

"Memanglah! Semua lelaki sama je. Kecuali papa. Sudahlah. Kalau takda apa-apa yang penting jangan kacau Ayrena." Pintu ditutup kasar. Hampir saja terkena hidung Adrian yang mancung bak seludang. Nasib saja sempat Adrian melangkah setapak ke belakang. Kalau tidak, tak pasal-pasal perlu buat pembedahan plastik.

Hatinya masih marah. Bagaikan api yang disimbah dengan minyak.
"Arghhh! Geramnya aku." Bantal tidurnya ditumbuk bertubi-tubi. Membayangkan itu adalah Mikael. Hatinya sakit apabila mengingat kejadian tadi pagi.

"Patutlah papa tak suka kau. Dasar lelaki curang. Lelaki tak guna! Gatal!" Pelbagai perkataan sudah dilabel Kepada Mikael. Itulah layaknya dia.

Frame gambar Mikael yang tersusun rapi di atas meja solek diambil lalu dikeluarkan satu persatu.  Ditatap penuh geram dan di konyokkan. Segera dicampak ke dalam tong sampah.

"Kau memang layak dekat situ. Dasar lelaki gatal. Tak cukup satu."

"Mulai hari ni kau dah tak wujud bagi aku. Aku, Ayrena Rosebell lah. Sekali aku dah buang kau, aku takkan kutip." Kata-kata diucap penuh yakin. Itulah prinsipnya.

Fikiran menerawang jauh mengimbau kejadian tadi pagi.

"Cik Ayrena! Bukan ke itu Encik Mikael?" Ayrena yang sedang ralit membalas mesej segera mengangkat wajah apabila lengannya disiku Lily.

"Mikael? Mana? I call dia banyak kali tak angkat. Mesej pun tak reply."

"Cik Ayrena nak buat apa?" Segera lengan bosnya dipaut apabila melihat Ayrena mula mendekati sepasang pasangan yang romantik di bahagian penjuru kanan restoran.

"I nak jumpa pasangan romantik tu sekejap."

"Tak perlu rasanya Cik Ayrena. Lagipun kita dah lambat kan sekarang? Nak jumpa Mrs Julie." Lily mencipta alasan.

"Sekejap je! Jangan risau! Just stay here!"

"Cik Ayrena fikir masak-masak dulu!"

"I dah fikir. Ini bukan masak-masak. Dah rentung dah pun."

Lily hanya memerhati dari jauh. Bukannya tidak kenal Ayrena yang sudah tekad sudah tidak dapat dihalang."

"Well! Well! Well! Berjumpa lagi kita ya Encik Mikael! Jauh betul pergi outstation! You jangan cakap ini client you. Kalau client tak da sampai berpeluk-peluk, bersuap-suapan."

Riak wajah Mikael kini sudah berubah. Terkejut melihat Ayrena yang sudah berdiri di hadapan nya.

"Kenapa berhenti? Suapkan je lah! Alang-alang I dekat sini. Tak perlulah you berselindung lagi kan? Betul lah orang kata. You ni tak layak dengan I. Selama ni I menidakkan. But now, I believe that."

"Ayrena! I boleh explain."

"Jangan dekat dengan I."
Segera Ayrena melangkah kebelakang. Entah apa lagi ayat manis Mikael mahu janjikan.

Kenapa? Kali ni apa pula alasan you nak bagi? Perempuan ni adik you pula?"

"Jangan macam ni! Semua ni salah faham!"

"I dah muak dengan salah faham you. You tak perlu nak jelaskan apa-apa. Because I don't want to hear that. You boleh tipu orang lain, but not me."

"Ayrena! She's just..."

PANG! Satu tamparan yang membuatkan Ayrena puas. Puas untuk hatinya yang sakit dikhianati.

"I cakap I tak nak dengar apa-apa kan? Tak perlu nak bela diri you sangat. I cukup kenal perangai you. Tapi selama ni I diam. Sebab I rasa you boleh berubah. Now, I think I'm wrong!"

"And you..." Pandangan Ayrena kini beralih pada perempuan berdarah kacukan yang bersama Mikael.

"I'm Rosie!"

"Rosie! You ambil lah dia. Sisa buangan I. Tapi I nak ingatkan you. Kalau you cari lelaki yang bertanggungjawab, that's not him. You silap orang. "

Segera Ayrena meninggalkan mereka berdua. Malas untuk berdebat.

"Kesian anak mama ni! Ayrena anak yang kuat. Tak perlu kan lelaki macam tu. Jangan bazirkan Air mata yang berharga ni untuk orang yang tidak tahu menghargai."
Sisa air mata di pipi mulus Ayrena diseka. Comforter dibetulkan kemas menutup tubuh Ayrena. Tangan naik mengelus lembut rambut  Ayrena yang sudah terlelap. Wajah yang sedikit pucat itu ditatap penuh kasih. Satu-satunya putri dalam hidupnya disakiti. Putri yang dibesarkan penuh kasih dan sayang dikecewakan.

"Selamat malam anak mama!" Sebuah ciuman dihadiahkan sebelum pintu bilik ditutup rapat. Hanya satu yang dia bisa berharap. Pengharapan agar Ayrena dipertemukan oleh lelaki yang boleh membahagiakanya. Lelaki yang akan melindungi dan menyayangi Ayrena dan ikhlas menerima setiap satu tentang Ayrena.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now