PART 12

13K 511 4
                                    


Banyak orang suka padaku banyak pula yang benci diriku aku tak peduli,

Bunyi deringan telefon mematikan renungan Ayrena di traffic light yang dipenuhi dengan pelbagai jenis kenderaan.

Lantas telefon di cari di dalam Handbag Gucci keluaran terbaru miliknya.

Nama si pembuat panggilan diteliti. "Atheena? Dah kenapa pula si minah ni." Kerut kening. Butang answer dan loud speaker ditekan.

"Hallo! Atheena di sini."

"Hello! huh! Aku tahu lah yang di sana tu kau. Sudah terang lagi bersuluh nama kau yang call takkan pula boyfriend kau yang tak wujud tu pula yang call aku." Suara Ayrena lagak bergurau.

"Nak cakap aku tak laku, dia pun dua kali lima je." Bidas Atheena. Bukannya dia tak laku tetapi Prince charming masih belum berjaya menemui dia. 

"Kenapa kau call? Aku dalam kereta lagi ni."

"Tak sampai lagi ke? Bukan nya jauh sangat cafe tu dengan rumah kita." Suara Atheena di hujung panggilan

"Not yet! Entah apa yang kalut sangat pagi ni. Itu tak kena, ini tak kena. Ni ha, traffic light ni pun sama, daripada tadi tak nak bertukar. Memang nak cari gaduh dengan aku pagi buta ni." Ayrena sebal. Geram. Sudah lah mood swing. Lagi ber swing-swing dibuatnya.
"Huh! Sabar Ayrena! Sabar!" 

"Aku call ni sebab nak bagitahu, harini aku nak datang cafe kau. Bukan apa, teringin nak jumpa Si bedak sejuk? bedak apa yang kau cakap tu?"

"Ouh! Si jerebu tu. Elok lah tu. Aku pun takde mood nak bertekak dengan dia Harini. Kalau boleh Harini aku nak buat benda baik je.Jadi baik untuk Harini.  Memandangkan Harini penghulu segala hari, marilah kita berbuat baik sesama manusia." Ayrena memberi nasihat.


"Kau ni, aku baru je nak ajar si minah bedak tu dah kena ceramah, hurm!"

"Kau ni macam-macam lah. Sudahlah aku nak drive ni. Jumpa tengahari nanti, okay!"

"Haa! Alright! Aku pun ada customer ni! Aku ada cerita hot sebenarnya. Nanti aku cerita okay, bye!" 

"Hurm! Bye."

30 minit kemudian!

"Akhirnya! Sampai pun! Masuk parking dulu!"  Pedal brek ditekan.

Siapa pula parking menyenget ni! Dah lah masuk kawasan parkir aku. Pagi-pagi buta ada je yang menyakitkan hati. Nak jadi baik pun macam-macam halangan. Keluar dari perut kereta, Ayrena cekak pinggang. Tangan sebelah kanan naik mengibas-ngibas wajah. Bahang rasanya.

"Ini tak lain tak bukan,  kereta si jerebu tu. Kalau dengan dia ni memang takde toleransi dah." Langkah mula menapak ke arah Emmy Caffe.

"Hamidah! Hamidah!" 

"Emmy! Panggil I Emmy!"  Arah seorang wanita yang muncul dari balik dinding.

"Tak kisah lah apa nama kau. Tak kuasa aku nak ingat, buat full memory aku je. Tolong pergi betulkan parkir kereta kau tu boleh tak? Menghalang laluan kedai aku. Tu nampak garisan purple tu. Itu bahagian kedai aku. So please, alih kau punya kereta sebelum aku yang alihkan sendiri.

"I tak tahu pula parkir ada nama. Lantak I lah nak parkir merata ke atau apa pun, tak menyusahkan you pun rasanya."

"Tak menyusahkan aku? Hello! Jerebu, kau tahu tak kereta kau tu dah halang kedai aku. Orang tak boleh nampak kedai aku dengan kereta kau yang besar macam apa tu tengah parkir dekat situ. Kalau macam tu daripada kau parkir kereta depan kedai aku lebih baik kau bina terus banglo sebuah dekat depan ni." Sinis Ayrena. Niat hendak berbuat baik sudah terhapus. Kini, amarahnya berganda-ganda apabila Si jerebu ni membuat muka selamba. Tak boleh jadi. Sudah lama dia berdiam, kali ini tidak.

"Itulah kan, bagus cadangan you. Nanti I fikir-fikirkan."  Jari jemari menongkat di dagu gaya berfikir.

"Patutlah parkir senget otak pun senget rupanya." Berombak-ombak dadanya menahan amarah daripada meletus.

"Otak I senget! Mana? I tak nampak pun!" Jawapan Emmy menambah bara di hati Ayrena.

"Cik Ayrena! Cik Ayrena! Apa kata kita masuk dulu. Lagipun matahari dah mula terpacak atas kepala ni." Nadine mula mendapatkan Ayrena. Sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku, lebih baik dicegah dari awal.


"Kau! Aku tak settle lagi! Nasib baik ada ramai orang je tau kat sini. Kalau tidak..."

"Kalau tidak? You nak buat apa? You nak pukul I atau you nak tarik rambut I yang cantik ni?"

"Ni kau kata cantik? Rambut mangkuk ni kau kata cantik? Buruk kau tahu tak! Buruk! Takde taste langsung." Jujur Ayrena tiada tapis.

"Cik Ayrena! Enough okay! Kita settle kan dia lain kali! Ramai orang ni!" Nadine memaut lengan Ayrena. Selagi tidak berganjak dari situ, memang tidak akan habis.


_____

"Serius lah! Ayrena serang sebab parkir je? Ayrena yang serang? Are you sure itu Ayrena?" Atheena mencelah. Seakan tidak percaya apa yang Nadine katakan.

"Betul! Cik Atheena! Saya pun ada dekat situ!" Jelas Rita.

"Tapi kan, saya rasa itu sebab cik Ayrena dah geram sangat dengan Cik Emmy tu. Mana taknya setiap hari si Emmy tu cari gaduh." Lily memberi pendapat

"Kak Su pun rasa benda yang sama. Selama dua bulan dia pindah dekat sini, macam-macam hal dia buat. Tapi kitorang takde lah ambil serius sangat. Sampailah Cik Ayrena sendiri yang suruh letak poster Cik Emmy dekat situ. Jari menunding ke arah tempat poster diletakkan.

"Amboi! Bukan main rancak lagi bermesyuarat ya! Dah siap buat kerja dah?" Sambung Ayrena. Seraya mengayun langkah ke arah kaunter.

"Tengah buat kerja lah ni!Haa! Kak Su pergi dapur dulu ya! Apa-apa roger!"  Dulang kosong diambil dan dibawa pergi ke dapur.

"Meja ni nampak berhabuk pula! Rita nanti lap meja ni sikit eh!" Lily ambil Penyepit croissant dan di bawa  bersama-sama ke dapur.

"Air mop ni nak kena tukar ni!" Lantas Rita angkut baldi dan mop lalu meloloskan diri.

"Nadine? You taip apa tu?  Setahu I kita ni dekat cafe bukan dekat Office. Tak payahlah ditekan-tekan keyboard tu." Tutur Ayrena. Bukannya dia tak dengar segala umpatan mereka tadi. Haih!

"Cantik Cafe kau ni, Ayrena!" Atheena berlegar-legar di ruangan dalam cafe. Seraya Angguk berkali-kali tanda memuji.

"Cik Atheena! Ini bukan nya kali pertama kau datang sini! Tak payah nak puji sangat lah! Cakap ada cerita hot nak beritahu. Apa dia?" Ayrena hempas tubuh. Tubuh disandarkan memandangkan Atheena yang tersengih bagai kerang busuk.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now