PART 97

5.8K 372 28
                                    

Pstt!

Pstt!

Pstt!

Pstt!

Beberapa kali Ayrena buat bunyi berisik dari celah gigi. Sesekali dia menendang kaki kerusi yang Kas duduk.

Kas yang sedang mengasah pisau dapur segera berpaling melihat Ayrena. Daripada tadi dia memerhati gerak-geri Ayrena yang berjalan ke hulu ke hilir bagai ada yang tidak kena.

"Ya, cik Ayrena ada apa yang saya boleh bantu?" Kas masih lagi mengasah mata pisau.

"You ada nak keluar pergi mana-mana tak Kas?" Ayrena datang mendekat. Kerusi kosong ditarik keluar dari meja sebelum duduk berhadapan dengan Kas.

Kas berhenti sejenak. Ulas bibir diketap rapat. Ini mesti kes sebab cik Ayrena mahu keluar tapi bos tak bagi keizinan. Laju Kas menggeleng. Dia tidak sanggup untuk mengambil risiko. Sebelum Ayrena buat sesi tawar menawar sekejap lagi, lebih baik dia tidak terbabit dengan hal ini. Isteri bos bukan boleh percaya. Ada saja yang mahu dirasuah.

"Serius?" Soal Ayrena sambil matanya mengecil memandang Kas.
"Tak menyesal?" Soal Ayrena lagi. Terangkat kening dia memandang Kas. Baru saja dia bagaikan nampak sinar harapan tadi. Sekarang, sinar harapan tadi sudah bertukar menjadi kelam.

"Serius." Kas mengangguk berkali-kali sebelum mula menyusun pisau dapur ke dalam Knife holder.

"Haih, okaylah." Ayrena lepas keluh hampa sebelum bangun dari kerusi. Dia mula berjalan keluar daripada kawasan dapur dan meninggalkan Kas berseorangan.

"Hurm, siapa yang boleh tolong aku ni?" Ayrena cekak pinggang sambil berdiri memandang kolam. Digigit hujung bibir sendiri untuk mencari sumber idea.

"Fikir Ayrena, fikir."

"Mama buat apa tu?" Mia datang mendekat. Tangan kiri Ayrena dipegang kemas menggunakan tangan kecilnya. Mendongak Mia pandang ke arah Ayrena.

"Mama tengah berfikir. Papa ni lambat lagi ke nak balik? Pergi belikan aiskrim je pun." Temberang Ayrena sambil membimbing Mia ke arah sofa.

"Lambat lagi mama. Biasanya kalau dekat France, papa keluar pergi beli aiskrim macam ni lah. Papa pergi dengan uncle Ickey dengan uncle Ezra. Balik pun mesti lambat. Ada satu hari, malam baru papa balik." Polos suara Mia menjawab. Mereka berdua melabuhkan punggung di atas sofa yang terletak di ruang tamu.

"Malam baru balik?" Terus membesar mata Ayrena. Nampaknya peluangnya cerah.

"Hurm,"

"Mia, uncle yang jaga Mia tu mana? Mama tak nampak pun dia daripada tadi." Tanya Ayrena seraya memandang di sekeliling. Daripada tadi juga dia pusing keliling rumah, tidak ada pula nampak bayang lelaki yang orang gelarkan Ace.

"Uncle Ace ke?" Soal Mia dengan kerutan di dahi.

"Ha'ah uncle Ace."

"Uncle rehat dekat atas." Mia tinggikan tubuh sambil rapatkan bibir di cuping telinga Ayrena yang beralaskan tudung.

"Papa suruh uncle tidur dekat tingkat atas," Bisik Mia pula.

"Kenapa papa letak uncle dekat situ? Kan banyak lagi bilik kosong dekat bawah?"

"Entah," Juihkan bibir. Mia angkat kedua bahu.

"Haa, itu uncle." Hujung jari Mia tunjukkan pada satu arah. Drastik anak mata Ayrena menangkap apa yang Mia tunjuk.

Ternganga mulut Ayrena. Tidak berkelip dia melihat lelaki yang digelarkan Ace itu. Dia tak pernah tahu pula yang Darren mempunyai anak buah yang albino. Kacak dan bergaya!

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now