PART 66

8.8K 442 13
                                    

"Betul ke? Kau pasti kau sedar masa dia cakap macam tu? Kau yakin itu bukan mimpi?" Suara Atheena turut teruja. Tak Menyempat dia habis kerja tadi, Ayrena sudah datang macam orang apa dah ke kedai bunga dia. Apa lagi, terus dia bawa Ayrena balik. Kebetulan harini Ayrena tidak bawa kereta, mudah lah sekali jalan saja mereka berdua pulang ke rumah.

"Atheena, telinga dan mata aku ni masih elok lagi. Dia lamar aku. Dia ajak aku kahwin. Argh!" Noktah kan ayat Ayrena senyum macam kerang busuk menghadap jalan raya. Indahnya dunia.

"Habis tu, kau terima terus ke tadi?" Sambil pandu kereta, Atheena toleh ke sebelah kiri. Si Ayrena ni bukannya boleh kira. Tidak menyabar.

"Aku kalau ikutkan hati, tadi juga aku terima. Tadi juga aku suruh dia jumpa tok kadi. Tapi, aku jual mahal sikit. Then, dia beri aku tempoh dua minggu untuk fikirkan." Ayrena angkat alis berkali-kali.

"That's my girl. Good choices. Dah alang-alang tu kan, aku ada plan untuk kau."

"Plan?" Juihkan bibir, Ayrena pandang Atheena.

"Yup!"

"Plan apa?"

"Dekat rumah nanti aku terangkan lebih lagi. Sekarang ni, kau kena teman aku pergi makan dulu. Aku lapar."

"No problem! Jom! Kita nak makan dekat mana?"

______________________

"Cakap dengan aku. Apa tujuan bos kau buat macam tu pada keluarga perempuan tu?" Rahang lelaki yang terikat di kerusi dicengkam kemas. Hampir satu jam dia bertanya secara  'lembut' namun masih tidak membuahkan hasil.

"Perlu ke aku bagitahu kau? Itu urusan bos aku." Meski sudah penuh dengan kesan-kesan luka di badan dan muka, lelaki itu masih dengan pendirian dia. Tidak kira lah dia dibelasah sampai lunyai, dia tetap tidak akan buka mulut. Biar pecah di perut jangan pecah di mulut.

"Urusan bos kau?"

"Tch!"

"Okay! Urusan bos kau, kan? By the way..." Darren dekatkan bibir di cuping telinga lelaki tersebut.


"Budak aku dekat rumah kau. Diorang tengah 'jagakan' isteri kau. Budak aku cakap, isteri kau cantik." Perlahan intonasi suara Darren.

Jarakkan tubuh kembali, Darren pandang muka lelaki tersebut. Kian memerah! Dia suka lihat reaksi lelaki itu. It's fun!

"Sial! Kau jangan berani sentuh isteri aku. Sekali budak-budak kau sentuh dia, aku bunuh kau." Lelaki itu meludah ke arah kasut yang dipakai Darren.

"Marah?" Senyum sinis, Darren duduk mencangkung.


"Then, tell me. Beritahu aku, tentang semua yang aku nak dengar. Beritahu aku semua maklumat yang kau tahu."

"Never! Kau bunuh lah aku pun. Kau siksa aku macam mana pun, sampai mati pun aku takkan beritahu." Jengil mata. Dia angkat wajah. Bertentang mata dengan ketua black eagle. Darren Del Lucca.


"Aku suka orang macam ni. Aku suka orang yang memberontak. Susah sangat ke?  Aku tanya, kau cuma perlu jawab. Tak susah pun. Kau jawab soalan aku, kau selamat."


Darren tarik satu kerusi dan diletakkan berhadapan dengan lelaki tersebut. Jari jemari bermain-main dengan playar muncung tirus di dalam pegangan.

"Sekali lagi, aku tanya kau soalan. Kalau kau tak jawab..."

"Mungkin kau akan balik pada bos kau dalam keadaan yang tak sempurna. Itu pun kalau aku baik. Tapi biasanya aku hantar mayat terus."

"Apa tujuan bos kau kerja dengan Tuan Razi? Aku nak tahu daripada awal."

Senyap sunyi. Tiada jawapan.

"Kau yang cabar aku." Rahang dicengkam secara paksa. Lantas buatkan mulut lelaki tersebut ternganga.


Jeritan demi jeritan yang kedengaran dari basement mansion Darren Del Lucca.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now