PART 13

11.7K 497 22
                                    


"Bos!" Kelihatan dua orang lelaki yang lengkap berpakaian suit hitam menyambut kehadiran mereka di Kuala Lumpur International Airport.

"Kar, uruskan barang-barang. Hantar terus ke rumah aku." Satu arahan diberikan, sebelum langkah terus dibuka menuju ke luar Airport.

"Baik Bos!" Kar sahut sambil menunduk. Sementara Kas pula ambil tempat mengiringi Darren.  Bob dan Ickey hanya membuntuti Darren dan Kas.

"Kas! Kar! Mesti kembar, kan?" Bob berbisik perlahan dengan Ickey.

"Kau ni, kan nampak iras-iras tu. Sah lah kembar." Ickey balas. Juga dalam nada berbisik.

"Aku rasa yang nampak iras tu parut dekat mata diorang je. Muka tak nampak sama. Kar ada parut dekat mata kiri. Kas pula dekat mata kanan." Bob menggerak-gerakkan Tangan nya ke kiri dan ke kanan mengikut bicaranya.

"Mungkin adik beradik." Sebaris kata Ickey sebelum langkah di lajukan mengejar Kas dan Darren yang sudah berpuluh langkah ke hadapan.

Bob terpinga. Jari jemari diletakkan di dagu tanda berfikir. Itulah pekerjaan dia, asyik fikir tentang orang lain. Hal yang remeh temeh juga dia besar-besarkan.

Seketika, fikiran Bob berhenti dari berfikir. Mengejar Ickey dan yang lain yang sudah masuk ke dalam perut kereta.

"Tunggu aku! Tunggu! Bos, Bob tak naik lagi!" Jerit Bob.  Bingkas dia berlari selaju mungkin. Kalau kena tinggal menangis tak berlagu lah dia. Sudah lama Darren mahu tinggalkan dia di Malaysia. Tempat asal katanya.

__

Kereta berjenama Bentley membelahi Jalan yang menuju ke arah Mansion.

"Bos! Lupa nak cakap awal-awal tadi! Selamat datang ke Malaysia!" Kas mulai bicara mematikan sepi dan perasaan janggal di dalam kereta.

"Hurm! Aku di Malaysia dalam tiga bulan. Dan selama itu, aku tak nak dengar ada apa-apa berita tentang aku tersebar." Darren memberi amaran. Pandangan mata terus menikam anak mata Kas yang sedang memandu melalui rear view mirror.

"Baik bos! Bos jangan risau. Yang itu, dari awal lagi Kar dah inform pada budak-budak lain." Kas beri jaminan. Saliva di telan kesat. Inilah kali pertama dia berjumpa dengan bos Kumpulan mereka. Kalau tidak, selama ini, serba-serbi Kar yang uruskan. Selaku jawatan Kar yang paling tertinggi di dalam kumpulan mereka di Malaysia. Baru ini, dia dinaikkan pangkat barulah dapat dia bersua muka dengan Ketua Black Eagle yang sebenar.

Perjalanan hanya diteruskan dalam keadaan sunyi sepi. Sehinggalah tiba di perkarangan mansion.

"Woah! Cantik nya. Besar juga mansion bos. Tapi tak sebesar di Italy dan France punya." Bob memuji. Jelas riak muka dia teruja. Melopong mulut dan mata. Memandangkan kedudukan Bob duduk di hadapan bersebelahan Kas, dapat dia melihat keadaan mansion dengan lebih jelas.

Tanpa lengah Bob keluar dari perut kereta dan sekelip mata berdiri di hadapan pintu utama.

"Bos! Cepat Bos! Saya terlebih Excited ni."

Ickey garu dahi yang tidak gatal. Ada saja si Bob ni.

"Eh! Bos pintu terbuka sendiri!"  Bob terjerit dan berundur ke belakang. Namun dia kembali berdiri pegun saat seorang lelaki muncul dari belakang pintu.

"Lah ada orang. Buat terkejut aku je." Bob perbetulkan kot. Malu yang tadi dia tepis.

"Bos! Welcome home!" Terlihat Seorang lelaki memberi penghormatan. Kepala ditundukkan sedikit sebagai tanda hormat. Tangan diletakkan di dada.

"Grazie!" Sepatah balasan Darren. Tangan kanan kekal di dalam poket. Mata mengerling ke arah keliling. Satu persatu sudut dia amati. Langkah dibuka perlahan namun terlihat berkarisma.

Ber kot dan kemeja serba hitam. Punyai Iris mata berwarna Hazel. Di huni dengan kening tajam yang seakan menggoda Dan jambang yang sangat elok terletak.

Kas, Bob dan Ickey hanya mengikut langkah Darren dari belakang perlahan. Sesekali mereka juga angguk mengagumi setiap perhiasan dan perabot yang disusun cantik.

"Biar aku teka kau mesti Jo, kan?" Bob membuat tekaan. Jari telunjuk di hadapan kan di muka lelaki yang menyambut mereka di pintu utama tadi.

"Ha'ah, mana kau tahu?" Jo balas pandangan.

"Sebab kau Jo lah! Jongang, kan?" Yakin Bob berbicara. Kuat dan Lantang.

Kas yang mendengarkan akan itu terus berpaling menghadap dua orang yang sedang saling berpandangan. 

"Kau pula, mesti Bob, kan?" Tidak semena jari turut dihala ke arah dada Bob. Rapat.

"Mana kau tahu?" Bob angkat kening.

Sinis Jo ukir senyum.

"Sebab biasanya, Di Malaysia orang gemuk digelar kan Bob." Balas Jo lagi.

Tersedu Bob mendengar Jawapan lelaki yang dia gelarkan Jo tadi.

"Nama dia memang Jo. Tapi John, bukan Jongang." Darren mulai menapak ke arah Bob dan Jo yang sudah berpandangan seakan mahu membunuh sesama sendiri. 
Pipi kiri Bob ditepuk perlahan tiga kali. Memandai saja si Bob ni. Jo antara orang yang terkuat di dalam kumpulan Black Eagle di Malaysia. Nak dibandingkan dengan Bob, silap hari bulan habis lumat Bob di tangan Jo.

"Sudah! Aku tak nak korang buat bising dekat sini. Nak bergaduh bukan dekat sini, tapi basement. Aku nak rehat. Ickey nanti Kar sampai, angkat barang aku. Jangan sesiapa pun ganggu aku."

"Baik Bos!" Melihat Darren yang mulai menaiki tangga,  Masing-masing balas tanda mendengarkan arahan.

"Kalau aku dengar, walau sikit pun bunyi. Peluru aku jadi makanan korang."

Jeda. Hanya bunyi Oven yang kedengaran sehinggalah figura Darren hilang dari pandangan mata.

"Huh! Kau lah ni!" Tangan gempal menolak Jo yang berdiri tegak.

"Kau lah!" Jo menolak Bob kembali.  Meski tiada gerakan yang di hasilkan.

"Bwerkk! Tak rasa!" Bob menjelir.

"Sudah lah korang berdua. Aku tak nak makan peluru hari ni. Korang nak makan, dipersilakan." Lantas telefon dari poket dikeluarkan. Sebelum Ickey lolos di balik dinding.

"Nak bergaduh tu, ingat sikit. CCTV bos merata tau." Kas beri pesan. Turut dia buka langkah menuju ke dapur.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now