PART 26

10.4K 450 4
                                    


"Atheena! Aku malu lah! Aku malu!" Disembamkan wajah ke bantal. Atheena di sebelah sudah menguap untuk keberapa kalinya. Daripada balik petang tadi sehingga sekarang tak henti-henti telinga mendengarkan luahan si Ayrena.

"Itulah kau lain kali periksa dulu baru serang. Ini tidak, serang terus kan dah dapat malu."

"Kau sepatutnya tenangkan aku! Bukan nampakkan lagi aku yang salah." Potong Ayrena.

"Memang kebenaran pun, kan? Memang kau yang salah. Biar itu jadi pengajaran. Haih! Yang aku hairan macam mana boleh jadi macam tu?" Pandangan dihala pada Ayrena yang berbaring di sebelah.

"Aku sakit hati sangat dengan dia mungkin, itu yang aku terburu-buru. Ini semua sebab dekat restoran viral tu lah." Dia ubah posisi. Kini bersandar di head board katil Atheena.

"Restoran viral? Kenapa? Yang masa kau hilang sekejap tu ke? Ada apa-apa jadi?" Soal Atheena. Dia benar-benar hendak mencari jawapan.

"Erm... J..jadi apa? Mana ada jadi apa-apa." Dia geleng kepala menidakkan.

"Okaylah! Dah lewat, sekarang! Kau tidur lah!" Ayrena turun dari katil dan tuju ke arah pintu.

"Baru kau tahu dah lewat? It's already 1.30 , Ayrena!"

"Sorry! Ambil masa kau!" Suis lampu dia padam. Hanya membiarkan lampu tidur di sebelah katil yang menyala.

"Macam tak biasa pula, kau! Goodnight! Tidur, jangan tak tidur. Esok pagi, aku tak nak tengok mata kau jadi mata panda!" Mata dicerlung ke arah Ayrena.

"Hurmm! Tengok lah dulu." Balas Ayrena lalu menutup pintu bilik rapat.

Kaki mula dihayun ke arah bilik dia yang terletak bersebelahan dengan bilik Atheena.

Ditekan-tekan skrin telefon di tangan. Membaca setiap mesej yang dihantar Adrian. Sesekali dia scroll ke bawah dan sesekali juga dia menaip.
Mereka berdua daripada tadi membalas mesej.

"Handsome kan, Darren tu!" Balas Ayrena.

"Ayrena jangan macam-macam. Ayrena tak sesuai dengan dia!" Mesej masuk lagi.

"Kenapa? Sebab Ayrena baik ke?" Butang send dia tekan.

"Bukan! Sebab Abang pasti, Ayrena bukan taste dia." Hantaran Adrian membuatkan Ayrena ketap gigi.

"Abang memang macam tu. Macam-macam alasan abang bagi. Abang tak nak beri nombor dia kan? It's okay! Ayrena ada cara Ayrena sendiri lah!"

"Cara yang macam mana pula dah ni?"

"R.A.H.S.I.A." Ukir senyum. Dia pandang siling bilik menantikan balasan Adrian.



________________


"Siapa yang hantar kau?" Darren berjalan perlahan mengelilingi seorang lelaki yang terikat di kerusi. Keadaan lelaki tersebut penuh dengan luka dan lebam. Kesan darah di baju juga turut ada.


"Akhirnya! Aku berjumpa dengan Darren Del Lucca. Lama aku tunggu dekat basement ni!"


"Tchh! Dengan budak-budak aku, kau tak nak bercakap." Lengan kemeja disinsingkan.


"Aku tak berurusan dengan budak-budak bawahan." Ucapan lelaki tersebut menimbulkan bunyian sinis dari Darren.

"So, kau berurusan dengan aku, huh? Siapa yang hantar kau?" Kepala lelaki tersebut didongakkan menghadapnya.

"Siapa. Bos. Kau?" Satu persatu perkataan dia sebut. Sudah lama Joshua menjadi tahanan mereka. Namun, sebarang maklumat pun mereka tidak dapat.

"Penting ke untuk aku bagitahu? Apa yang aku akan dapat?" Wajah Darren dia pandang.

"Sekarang, kau dah masuk kawasan aku. Apa yang kau harapkan?" Cengkaman di kuatkan di bahagian rahang.

"Jangan buang masa aku, bagitahu siapa yang hantar kau dan aku akan lepaskan kau." Darren balas dengan tawaran.

"Hurm! Menarik! Tapi malangnya, aku ni bukan pengkhianat." Sambung lelaki itu lagi sambil ketawa.

"Kau buang masa aku, Joshua. Kau banyak sangat bercakap, aku tak suka. Aku cuma nak kan jawapan."

"Kalau kau rasa dengan tangkap aku akan dapat apa yang kau nak, kau silap besar."

"Silap besar?" Darren angguk mempersetujui.
"Silap besar aku bagi kau peluang untuk hidup lagi." Kini dia melangkah ke arah satu sudut. Playar dan gergaji tangan dia capai.

"Kau tak nak bercakap, kan? Bukan pengkhianat? Let's see!"



Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now