PART 70

8.7K 397 7
                                    

Bob melangkah beberapa tapak ke hadapan. Pencungkil gigi di tangan disisip ke dalam poket seluar. Baru saja dia mahu mulakan pagi yang indah dengan hirup udara luar, panahan mata dah tertancap pada manusia yang hanya bertuala separas lutut di paip air yang terletak di luar Mansion.

"Jo! Kau buat apa tu?"

Jo pusing 90 darjah. Hanya sebelah tangan yang dia angkat tanda sapaan. Nak beri balasan tak boleh, dia tengah gosok gigi.

"Lah! Asah gigi rupanya. Tak perlu nak asah lah, gigi kau tu dah cukup panjang dah. Panjang sampai terkeluar dah tu." Bob perli dari jauh.

Terus, cebok kecil milik Jo terpelanting di dahi Bob, tepat.

"Apa kau cakap?"

"Arghh! Bos! Bos!" Lintang Pukang Bob berlari masuk ke dalam  mansion bila Jo dah berlari melulu ke arahnya.

Bob berlari lompat ke atas sofa. Malangnya sofa turut hilang keseimbangan dan tergolek ke belakang.

Gedebuk!

Macam nangka busuk Bob jatuh mencium lantai.

"My first kiss!" Bob pegang Bibir yang terasa berdarah.

"Bos! Bos tengok Jo ni!" Bob dah merengek sambil berselindung di balik langsir. Risau wajah kacak nya pula menjadi mangsa Jo.

"Enough!"

Dengar saja suara Darren Bob menggelupur lari berselindung di belakang Darren.

"Bos tengok Jo ni. Sebab dia, first kiss Saya dah hilang." Bob pegang Bibir sambil tengok-tengok Jo dari celah lengan Darren.

Kas dan Kar yang baru balik dari beli makanan dah ternganga luas. Jo, Gay?

Ickey dan Ezra yang berada di dapur mula pasang telinga.

"Jo? Kau..." Darren dah berundur ke belakang. Lihat Jo atas bawah, naik juga bulu roma dia.

"Bos! Bos jangan percaya cakap Badak berendam ni. Dia yang cari pasal dulu."

"Then, kau kiss dia?" Kas menyelit.

"Tak lah! Bos! Jangan percaya. Saya sentuh Bob pun tak!" Jo dah mati kata. Nak pertahankan diri, namun dia hilang punca kata.

"Bob!"' Jo beri jelingan singa.

"Bluek!"

Jo capai satu kusyen kecil dan baling ke arah Bob. Namun, balingan Jo meleset, tak kena pada Bob. Tapi terkena pada Bulu-bulu hutan Amazon Cik Ayrena.

Mati dia!

_______________________

"Atheena! Kau pasti macam ni kejadian dia?" Ayrena tunjuk doh di tangan. Dia picit hujung doh sikit.

"Betullah ni. Kalau ikutkan resepi kena guna 1 kg tepung." Atheena tilik skrin telefon.

"Kau isi tepung apa?" Soal Ayrena kembali. Dia pergi tandas sekejap je tadi, agaknya ramuan apa lagi yang Atheena campurkan.

"Aku isi tepung..." Atheena belek-belek Plastik tepung tadi.

"Pulut!"

"Tepung pulut?" Ayrena tepuk dahi. Patutlah macam tak jadi.

"Ini roti canai. Setahu aku kalau roti canai kena guna tepung gandum." Sambung Ayrena lagi.

"Mana aku tahu. Dekat blog ni tak tulis tepung apa. Aku ingat tepung apa-apa je." Atheena garu kepala.

"Kejap aku baca balik. Gula, garam, majerin, telur kita dah letak. Susu? Susu kau dah letak ke tadi? Susu pekat." Satu persatu bahan-bahan yang perlu diadun Atheena baca.

"Susu pekat? Bukan susu cair ke? Lah! Aku letak susu cair satu tin." Ayrena tekup pipi. Apakan daya. 

"Susu cair kau letak satu tin?" Atheena dah pasang reaksi pasrah.

"Nampaknya dah tiada harapan untuk kita masak harini." Ayrena sudah tersandar di kerusi.

Masing-masing comot dengan kesan tepung di muka dan rambut. Di atas lantai juga turut ada kesan-kesan tepung dan majerin yang tertumpah.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now