PART 71

9.7K 452 16
                                    

Langkah diatur perlahan memasuki ruangan master room. Saat pandangan mata tidak menjumpai gerangan yang dicari, dia melangkah lebih dalam ke ruang bilik dan menuju ke arah balkoni. Sehinggalah wajah mulus Ickey dipukul dengan kain langsir yang menghayun mengikut gerak angin.

Dia selak langsir ke tepi, benar tekaan dia. Darren sedang duduk membaca buku sambil hirup segelas air kopi latte. Dia mendekati Darren dan berdiri di sisi kerusi yang Darren duduk.

"Bos! Tok kadi tu kata, bulan ni jadual dia dah full."

"Then, kidnap him!" Darren lepas kata. Dia teruskan membaca buku tanpa menoleh. Tubuh bersandar pada kerusi. Kedua-dua kaki dia letakkan di atas meja.

"Bos sure?"

"Nampak aku main-main ke?" Dia kerling wajah Ickey. Nampak benar, kali ini dia benar-benar serius.

Bila Ickey dah mula langkah untuk pergi. Kata-kata Darren pula hentikan tingkah dia.

"Esok bawa aku pergi rumah tok kadi tu." Mendatar saja bunyinya.

Pamer senyum, Ickey mengangguk.

"Duduklah." Darren tutup buku dan letakkan di atas meja. Kaki juga turut dia diturunkan. Menjemput Ickey untuk duduk di kerusi berhadapan dengan dia.

Tanpa bantahan, Ickey labuhkan punggung.

"Dah lama kita tak berbual. Sebulan dua ni, Kau sibuk, aku pun sibuk. So this time maybe we can talk with each other. Men to men. Lagipun sekarang waktu kerja kau dah habis.

Ickey angguk.

"Masa bekerja dah habis kan?" Ickey senyum sebaris. Dia betulkan duduk. Dari duduk biasa, kepada duduk bersilang.

"So my bos, Darren Del Lucca. How's you feeling? Macam mana rasanya nak jadi suami?" 

"Entah! Aku tak rasa apa. Perlu ke rasa apa-apa?" Darren toleh pandang Ickey.

"Hurm! Bos tak rasa gementar?"

Darren geleng.

"Rasa takut?"

Juga Darren geleng.

"Pelik! Masa aku nak kahwin dengan Alice dulu, aku rasa macam-macam. Aku rasa takut, teruja, gementar. Tapi, bos tak rasa apa?"

"Nope!" Darren geleng lagi.

"Mungkin sebab bos kahwin dengan cik Ayrena bukan sebab bos cintakan cik Ayrena. Tapi bos kahwin atas dasar untuk melindungi." Ickey beri pendapat. Dia pakar dalam beri pendapat tentang cinta ni. Maklumlah, berpengalaman.

"Kau rasa sebab itu ke? Aku tak tahu macam mana cinta tu rasa? Aku tak pernah rasa perasaan tu. Jadi, aku tak tahu."

"Bos boleh tanya pada kami kalau bos nak tahu apa-apa. Nanti kalau lepas kahwin bos nak jadi romantik, bos boleh tanya si Ezra yang kaki perempuan tu. Kalau bos nak belajar macam mana nak jadi suami mithali, itu bos boleh tanya saya. Kalau bos nak belajar beli barang perempuan, itu bos boleh tanya pada Bob. Sebab dia selalu beli barang Mia." Panjang lebar Ickey beri balasan.

Ralit mereka berbual hingga tak perasan ada lima pasang telinga yang mendengar di balik langsir.

"Bob! Kau sana lah. Sempit." Ezra tolak Bob ke tepi.

"Sebab korang berempat lah sempit kat sini." Bob tolak Kas,Kar,Jo dan Ezra. Mereka terjatuh ke belakang tanpa persediaan apa-apa.

Nak bergaduh tak boleh, risau terkantoi. Masing-masing menjerit dalam diam. Hanya bahasa isyarat yang main peranan saat ini.

______________

BANG!

BANG!

BANG!

Tepat tembakan dari pistol yang panjangnya berukuran 9 milimeter.

Peluru yang ditembak terus menusuk ke dalam kulit seorang lelaki yang sudah seperti nyawa-nyawa ikan.

Satu di kepala, satu di jantung dan satu di peha kiri.

Dua pasang mata telah menjadi saksi kejadian tersebut dari celah-celah pokok.

"Atheena! Aku kira sampai tiga kita lari."

Atheena angguk. Terlihat wajahnya seakan pucat tidak berdarah.

"Satu!"

"Dua!"

"Tiga!"

Habis kira, terus mereka berdua lari pecut dari kawasan terpencil tersebut.

Namun, bayangan mereka tertangkap dari ekor mata seorang lelaki bertatu.

"Bos! Ada orang."

"Cari siapa tu sampai dapat dan senyapkan dia." Puntung rokok dibaling ke atas tanah. Kemudian di pijak puntung rokok tersebut dengan hujung kasut.

"Tapi bos!"

"Ini arahan aku. Kau tahu kan aku tak suka bantahan."

"Baik bos!"

"Cari dua orang perempuan tu sampai dapat." Jack memberi arahan kepada semua pekerja Mario yang lain.

"Huh! Huh! Huh!" Tercungap-cungap Ayrena dan Atheena mencari nafas. Jantung terasa mahu berhenti selepas terlihat sesuatu yang baru saja terjadi tadi. Pembunuhan, seksaan yang baru saja mereka saksikan tadi adalah sesuatu yang kejam. Kaki sudah mulai lenguh kerana berlari.

Langkah sudah mula perlahan. Dada kian terasa sesak dan terhimpit. Mereka tidak selamat sekarang. Kalau mereka berdua dijumpai, mesti akan diperlakukan perkara yang sama.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now