PART 59

9.3K 481 85
                                    

"Kenapa? Kenapa mama dengan papa tinggalkan Ayrena? Mama dengan papa dah tak sayang Ayrena ke? Ayrena tak kuat mama! Ayrena tak kuat papa! Ayrena tak mampu nak hadap semua ni sorang diri. Ayrena tak mampu." Tersedu-sedan Ayrena menangis. Kain putih yang menutup tubuh mereka dibiarkan tanpa dibuka. Tidak sanggup dia melihat kesan-kesan luka di tubuh mama dan papa. Hati dia sakit. Hati dia pedih. Dia pandang sekeliling. Mencari-cari Adrian yang masih tidak kunjung tiba.

"Atheena aku tak kuat, Atheena. Aku tak kuat! Tolonglah! Ini semua gurauan kan? Korang semua nak prank sebab hari ini hari jadi aku kan?" Diseka air mata dari terus mengalir.

"Mama bangun! Papa bangun! Mama dengan papa janji nak jaga Ayrena. Jangan tinggalkan Ayrena. Mama dengan papa janji kita nak pergi bercuti sempena hari jadi Ayrena, kan? Bangunlah. Bangunlah." Digenggam erat tangan Puan Fateema yang kian membiru. Dicium tangan yang telah membesarkan dan mengasuh dia hingga dewasa berkali-kali. Air jernih yang mengalir di pipi Ayrena tanpa henti kini mulai menitik-nitik di atas lantai.

Darren berdiri kaku di bingkai pintu. Memerhati Ayrena dari jauh. Hari ini, dia menjadi saksi kepada kejatuhan keluarga Tuan Razi. Hari ini juga, dia turut menjadi saksi hilang nya tempat bergantung seorang Ayrena.

Sebelum ini, dia sudah berjanji dengan Tuan Razi yang dia akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga Ayrena jika Tuan Razi tiada. Tuan Razi bagaikan boleh agak akan perkara yang akan terjadi. Dari awal juga, Tuan Razi turut uruskan segala tentang harta dan perkara penting yang lain.

Dalam keadaan yang sekarang ini, sangat tidak sesuai untuk dia memberitahu Ayrena tentang keadaan Adrian yang sedang kritikal. Yang dia boleh simpulkan saat ini adalah, ini semua angkara orang terdekat.

__________________

"Bahagia betul. Baru puas hati aku. Mampus kau satu keluarga." Secawan Wain diteguk berkali-kali sambil bergelak ketawa. Cermin mata bulat yang selalu dia pakai sepanjang dia 'bekerja' diambil dan dicampak ke atas lantai. Dipijak hingga hancur lumat.

"King! kitorang dah pergi rumah yang sepatutnya ada perempuan tu. Tapi, rumah tu kosong. Rasanya perempuan tu dah dapat berita tentang kematian keluarga dia."

"Baguslah! Then, apa kau tunggu lagi? berambus!" Qash masih lagi meneguk Wain, sehingga habis.

"Tapi, perempuan tu macam mana?" Soal salah seorang lelaki yang berdiri tegak di hadapan Qash.

"Perempuan tu nanti biar aku sendiri yang uruskan. Tahulah aku macam macam nak uruskan Ayrena tu. Cakap dekat budak lain, jangan berani sentuh perempuan tu. Dia, aku punya." Letak gelas Wain, sebatang rokok pula Qash keluarkan dari kotak rokok. Dihidupkan api di hujung puntung rokok. Berkepul asap rokok memenuhi ruang bilik.

"Dah,berambuslah!"Mendengar arahan, masing-masing undur langkah keluar dan terus tutup pintu. Meninggalkan Keir Aqashah seorang diri.

"Ayrena Rosebell, abang Qash dah rindu ni." Satu persatu gambar Ayrena yang elok tersusun rapi di dalam album miliknya diusap.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now