PART 62

7.9K 443 10
                                    

"Kau betul ke nak balik rumah kau, Ayrena?" Soal Atheena yang berdiri di sebelah Ayrena. Kedua-dua mereka sedang bersalaman dengan umi sambil bercucuran air mata.

"Hurm!"


"Nanti datang lagi melawat umi dekat sini, ya!" Ubun-ubun Ayrena umi gosok perlahan dengan tangan kanan, tangan kiri pula mengelus pipi kanan Atheena.


"Mestilah umi. Lepas ni, silap-silap setiap bulan kami balik." Gurau Atheena.

"Boleh je. Lagi umi suka."


"Anak-anak Abi, jaga diri dekat sana. Kalau perlukan ketenangan nanti, balik lah sini semula. Abi dengan umi ni tak ke mana, memang dekat rumah anak-anak yatim ni je."

"Baik Abi!"

"Korang berdua kalau perlukan apa-apa pertolongan aku nanti, ini nombor baru aku." Nik hulurkan kad nombor.

"Peguam Nik Arshad Bin Nik Abdullah. Kau ni banyak betul kerja kau, kan Nik? Kau kerja peguam tapi ada part time doktor. Aku sebagai kawan kau, aku bangga ada kawan macam ni." Puji Atheena sambil memandang ke arah Nik yang sudah menggosok-gosok batang leher. Malu!


"Biasa-biasa je. Kalau korang berdua ada apa-apa masalah, telefon je aku, okay!" Nik senyum tipis. Dia turut berjalan bersama-sama umi dan abi mengiringi Ayrena dan Atheena ke arah kereta.


"Baiklah Nik. Aku dengan Atheena dah nak gerak ni. Umi, Abi kami gerak dulu. Nanti kalau rindu umi telefon je terus."

"Ya, nanti umi telefon." Puan Raziah turut ukir senyum. Pandangan dia kekal memandang sebuah kereta yang sudah berundur dari kawasan parkir.


"Bye Abi, bye umi, bye Nik. Assalamualaikum." Sayup-sayup kedengaran suara Ayrena dan Atheena. Kereta yang dinaiki juga sudah kian menjauh.



"Waalaikumussalam."

_________________


"Bos!"  Ickey muncul dari arah belakang. Namun, Darren tidak menoleh. Dia kekal berdiri memandang tingkap yang tertutup dengan langsir. Hanya bertemankan cahaya matahari yang menembus di kain langsir. Kedua-dua tangan diletakkan di dalam poket seluar.


"Make sure kau dapat apa yang aku nak dengar." Tegas bunyinya nada suara Darren.

"Saya dah dapat maklumat tu dan saya dah confirmkan. Betul bos, lelaki yang Cik Ayrena panggil Abang Qash tu, dia. Keir Aqashah atau nama betul dia Leo D'Ericco memang King.  Khabar angin yang mengatakan king dah mati lima tahun yang lepas tu, hanya tipu. Nampaknya Shadow berkerjasama dengan King."



"Tchh!" Darren berdecit. Sudah dia agak. Sejak pertama kali mereka berdua berjumpa di Skybridge itu, sudah dia tebak ada yang tidak kena. Walaupun dari segi penampilan Leo D'Ericco terlihat lain, tapi mata dia masih berfungsi dengan baik.


"Apa motif dia bekerja dengan keluarga Ayrena?" Soal Darren kembali. Masih tidak berpuas hati.


"Yang itu, saya tak pasti. Tapi, saya nak beritahu bos satu lagi perkara."


Pusingkan tubuh, Darren bersandar di sisi meja menghadap Ickey.


"Leo D'Ericco yang bunuh keluarga Tuan Razi."

"Apa yang dia dapat kalau dia bunuh Tuan Razi? Setahu aku, Tuan Razi tiada musuh." Revolver di tangan digilap menggunakan satu kain kecil. Sementara menunggu jawapan Ickey.



"Kalau motif dia harta, macam tak logik bos. Leo D'Ericco tu antara mafia terkaya dekat Rusia. Mustahil lah dia buat ini semua untuk harta." Ickey menyuarakan pendapat.



"I don't think so. Aku nak kau cari apa yang dia nak sampai dia perlu libatkan orang yang tak bersalah." Lengan kemeja disinsingkan hingga ke siku.


"Ayrena? Jumpa dia?"


"Maaf bos! Budak-budak lain masih cari cik Ayrena lagi."



Pandang ke arah Ickey, Darren ketap rahang. Sudah dua bulan dia beri masa, takkan lah masih tidak jumpa apa-apa informasi.


"Tell them, aku bagi tempoh satu minggu. If in one week, no one found her, you guys know what I'll do."





Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now