PART 18

11.3K 455 6
                                    

TING TONG! TING TONG! TING TONG! Doorbell ditekan berkali-kali. Pandangan digenapkan di setiap inci pintu rumah. Menunggu gerangan yang akan muncul di balik pintu. Sesekali bungkusan ditangan dilihat sekilas dan dikembalikan kepada pintu jati. 

Kemunculan seorang perempuan yang terus membuatkan dia ukir senyum. 

"Abang Qash!" Kaki hanya menyauk apa saja yang sudah tersedia. Lantas, Figura lelaki yang berdiri di hadapan pagar dia dapatkan.

"Amboi! Laju betul dia berlari ya!" Mata dikecilkan sedikit memandang Ayrena yang sudah terpaku di hadapan.

"Kenapa tak call dulu sebelum datang? Abang Qash ni! Buatnya masa abang datang, Ayrena takde, kan tak pasal-pasal abang Qash jadi sotong kering kena sidai dekat sini."  Ketinggian Ayrena dan Qash yang jelas ketara itu membuatkan kepala Ayrena mendongak ke atas. Lebih-lebih lagi pada saat ini hanya selipar flat sahaja yang tersarung di kaki.

"Abang saja je datang! Nak buat surprise untuk Cik Ayrena yang always busy ni!" Tubuh dibongkokkan menyamai paras Ayrena. Kedua belah tangan diletakkan di belakang. Senyuman tidak lekang dari bibir Qash.

"Ya ke? Nak menipu pun, agak-agak la abang! Ayrena kenal abang lah! Atas alasan apa pula Abang Qash datang ni? Haritu sebab nak hantar hadiah yang papa bagi. Harini apa pula?" Kening dijongketkan. Menanti jawapan yang akan meniti di bibir Qash.

"Err...! Alasan apa pula ni?" Qash garu kepala yang tidak gatal. Alahai, Mem kecil dan mula perasan.

"Abang Qash  ingat, Ayrena tak tahu? Papa hantar abang sebagai mata-mata dia, kan? Papa ni, masih ingat Ayrena ni budak kecil ke?" Tangan disilangkan di dada. Wajah dicemberutkan tanda protes.

"Ayrena! Haih! Macam mana abang nak cakap ni. Tuan Razi tu cuma risaukan Ayrena! Ayrena pula satu-satunya anak perempuan yang Tuan ada. Dia risau kalau Ayrena dalam masalah dan ada orang yang ganggu Ayrena. Dia risau semua perkara tentang Ayrena. Tuan Razi cuma mahu Ayrena selamat itu je. Dia nak Keselamatan Ayrena terjamin. Kalau Ex Ayrena tu datang serang Ayrena macam mana? Apa abang nak jawab nanti? "  Perjelas Qash. Tidak mahu tujuan Tuan Razi disalah sangka.

"Ayrena tak marah kalau abang Qash nak datang. Tapi yang Ayrena marah, papa tak percayakan Ayrena ke? Sampai abang kena datang hampir setiap minggu melawat Ayrena? Mama dan papa tak beri peluang pun untuk Ayrena berdikari. Lagipun Ayrena duduk rumah ni dengan Atheena dan untuk apa papa risau? Ayrena pergi kerja dekat cafe Ayrena sendiri bukannya pergi berperang. " Bebel Ayrena seakan tidak berpuas hati. Ini tidak boleh jadi! Kepercayaan papa kepadanya masih tipis.

"Ayrena tak suka ke kalau abang datang?" Soalan Qash membuatkan dia hilang kosa. Ayrena terdiam, tidak memberi apa-apa balasan.

"Okay! Kalau Ayrena tak suka dengan cara papa Ayrena, nanti Abang Qash cuba cakap dengan Tuan." Qash senyum tipis.

"Betul?" Bibir bawah diketap.

"Betul!" Berdiri tegak, tangan diangkat serupa berikrar.

"Janji? Abang akan cakap dengan papa pasal ni?" Mata dibesarkan dan dikecilkan berulang kali.

"Janji! Abang janji!" Lagi dan lagi anggukan diberi.

"Okay! Ayrena percayakan abang! Kalau abang nak datang melawat Ayrena, Ayrena tak kisah! Tapi, kalau tujuan abang datang atas sebab papa atau mama atau abang Adrian, yang itu Ayrena marah!" Melangkah ke depan, kaca mata Qash ditolak sedikit mendalam. Tanda dia benar-benar serius.

Qash telan liur. Langkah sedikit berundur ke belakang apabila kaca matanya ditolak hingga terasa ngilu di hidung mancung nya.

"Okay! Abang janji lepas ni abang akan datang melawat Ayrena bukan atas sebab siapa-siapa."
Qash Sengih sehingga terserlah sebaris gigi putih.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now