PART 94

6.7K 416 22
                                    

Tok!

Tok!

Tok!

"Ayrena, kau dah bangun ke?" Soal Darren daripada luar sebelum membuka pintu bilik Ayrena menggunakan kunci spare. Melihat Ayrena yang masih nyenyak tidur memberi peluang kepada Darren untuk datang mendekat. Dari semalam lagi Ayrena mengasingkan diri di dalam bilik dan tidak mahu bercakap dengannya termasuk kesemua pekerja Darren yang lain. Comforter yang terlorot ke bawah Darren betulkan kembali hingga paras leher Ayrena.

Wajah Ayrena diamati dengan senyuman kecil sambil Darren mengelus lembut pipi kiri Ayrena. Baru semalam mereka tidur berasingan tapi sudah cukup buat hatinya tidak tenteram.

"Aku dah lambat ni, aku kena pergi kerja dulu." Sepucuk surat Darren letakkan di tepi bantal Ayrena sebelum bangun perlahan daripada katil dan mula bergerak ke arah pintu.

Tertutup saja pintu bilik, Ayrena bangun berlari ke arah pintu dan mengunci pintu daripada dalam.

Bergegas Ayrena pergi ke arah tingkap. Ekor mata menunggu sosok Darren muncul tetapi hanya menangkap sosok anak buah Darren. Beberapa ketika barulah bayangan Darren muncul sambil berjalan beriringan dengan Ickey dan Kas. Ayrena hanya memerhati daripada atas bila Darren masuk ke dalam kereta sampai kereta yang dipandu Ickey mula menyusur keluar dari kawasan mansion.

Kemudian Ayrena kembali berbaring di atas katil secara meniarap. Sepucuk sampul surat yang Darren tinggalkan tadi Ayrena ambil dan buka dengan penuh cermat. Di dalam sampul surat tersebut terdapat juga seutas gelang yang terselit bersama dengan surat berwarna putih bersih.

Gelang yang diperbuat daripada emas putih. Terdapat berlian yang bertakhta mengelilingi gelang tersebut. Di bawah permukaan gelang tersebut ada tulisan kecil yang tertulis Darren Del Lucca.

Ayrena tersengih angau sambil memakai gelang  yang Darren beri.

"Cantik! Sesuai dengan aku." Puji Ayrena kepada diri sendiri. Dia masih lagi menilik gelang yang sudah dipakai di pergelangan tangan kiri.

Tidak menunggu lama, surat yang Darren berikan tadi pula Ayrena buka.

"Amboi siap ada letak bedak," Ayrena tergelak kecil saat bedak serbuk itu bertaburan di atas katil.

"Bukan main lagi, siap tulis surat." Perlahan-lahan anak mata Ayrena beralih kepada setiap bait kata yang Darren tuliskan. Di dalam masa yang sama Ayrena turut memuji kekemasan dan kecantikan tulisan tangan Darren. Tulisan berangkai namun boleh dia fahami dengan jelas.

Dear my wife,

I'm sorry for everything. You didn't even give me a chance to explain last night. You have the right to be angry with me, and you have the right to hate me. But there's only one reason I'm hiding my true identity from you. I don't want you to be afraid of me, Ayrena. I don't want you to feel unsafe with me. I don't want you to stay away from me. From the beginning, I tried to fix everything. But I need time. I need your trust to trust me. Sometimes it's painful to accept the truth. Begitu juga dengan kisah hidup aku. Aku perlukan masa untuk berterus terang dengan kau. Tapi sebelum itu aku perlukan jaminan supaya kau tak akan pernah tinggalkan aku. Aku perlukan jaminan supaya kau akan hidup selama-lamanya dengan aku tanpa mengira siapa diri aku. Jadi dengan itu, kalau kau bersetuju, aku Darren Del Lucca berjanji akan menjadi satu-satunya pelindung ataupun satu-satunya teman hidup kau hingga akhir hayat aku. Ini bukan sebarang janji, ini janji Darren Del Lucca. Secara tidak langsung kau juga akan terikat dengan aku untuk selama-lamanya kecuali kalau kau secara rela yang mahukan perpisahan. Tapi, selama kau masih dengan aku, keselamatan kau akan sentiasa menjadi keutamaan aku. Membahagiakan kau adalah tanggungjawab aku dan melindungi kau adalah tugas aku. Jika diizinkan, berikan aku peluang untuk kenali hati budi kau secara tulus. Berikan aku peluang untuk jadi satu-satunya lelaki yang akan membahagiakan kau. Beri aku peluang untuk rasa erti kekeluargaan yang sebenar, Ayrena.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now