PART 95

6.7K 419 51
                                    

Udara yang segar dihirup dengan nafas yang panjang. Beberapa ketika baru Darren hembuskan nafas kembali. Udara pagi berserta dengan titisan embun yang masih menitis di pokok bunga yang berada di keliling tembok rumah.

Darren menggeliat kecil membetulkan kembali urat saraf yang terasa sengal. Dia masih lagi mengamati pemandangan di balkoni. Pagi ini sungguh terasa segar dan sihat. Meskipun banyak kesan luka yang berbalut dan berbandage di bahagian tubuh, Darren masih gagah berdiri. Baginya setakat cedera ringan seperti itu, dia sepatutnya berbangga kerana masih lagi berjaya bertahan hidup. Itu adalah satu kebanggaan kerana musuh tidak berjaya membunuh dirinya semalam.

Angin pagi yang terasa sejuk menampar batang tubuhnya yang tidak berbaju. Hanya bermodalkan seluar slack hitam yang tersarung hingga paras lutut. Darren masih kekal bersandar di balkoni dengan memandang ke arah langit yang kian membiru.

"Tch! Nak bunuh aku pun guna pisau tumpul," Darren pejamkan mata. Bibir itu terukir senyuman sinis di hujung bibir.

Flashback

Darren, Ezra dan Ickey mengatur langkah ke arah kereta berjenama Limo yang berwarna hitam metalik. Kereta itu diparkir di kawasan bersebelahan cerun yang berbukit bukau.

Sampai saja mereka di bahagian sisi kereta, gerakan mereka terhenti kerana dihalang oleh beberapa orang bodyguard.

"Only you Mr Darren Del Lucca. No weapons allowed." Dua orang lelaki berdiri menghalang Ezra dan Ickey. Manakala seorang lagi memeriksa Darren dari atas hingga ke bahagian kasut.

"Please get in the car, Mr Darren." pintu kereta dibuka oleh seorang bodyguard yang membenarkan Darren masuk.

Tanpa banyak bicara Darren masuk ke dalam kereta. Dia duduk bersandar dengan kedua-dua kaki disilangkan. Fail berwarna hitam diletakkan di sisi kiri. Kemudian dia memandang terus kepada lelaki bertopeng yang hanya menampakkan bahagian bibir yang sedang duduk menghadapnya. Hampir tiga minit, mereka di dalam keadaan begitu.

"Ezra aku rasa aku nak pergi tandas," perut yang terasa memulas Ickey pegang dengan penuh reaksi.

"Kau ni, masa macam ni kau nak pergi tandas?" Soal Ezra tidak percaya. Dia kerling ke arah beberapa orang bodyguard yang terlihat seperti sedang menyorokkan sesuatu. Dari tadi dia berasa tidak sedap hati.

"Aku nak pergi toilet sekejap, kau tolong cover aku, boleh? Lagipun tandas tak jauh dari sini, tadi aku nampak macam ada kedai kecil dekat bawah bukit tu tadi," Bahu Ezra dipegang menggunakan kedua-dua tangan.

"Kau pergilah cepat. Jangan lama sangat."

"Thanks, bro." Ickey berjalan ke arah kereta yang diparkir tidak jauh dari kawasan itu.

"Ehem," Darren berdehem.

"Where's your boss? I want to deal with him, not with his subordinates." Darren memulakan perbualan dengan menyoal. Daripada dia masuk ke dalam kereta tadi, lelaki itu hanya berdiam diri sambil memandangnya. Darren juga sama, turut memandang ke arah lelaki itu. Berbalas-balas pandangan. Sehinggalah dia sendiri sudah berasa bosan dengan renung sesama sendiri, Darren mulakan langkah yang pertama.

Reaksi lelaki yang bertopeng itu masih diam tidak berkata. 

"I'm asking you, where's Nicholas?"

"He's dead!" Sejurus penyataan yang keluar dari lelaki itu. Darren terkesima. Nicholas antara rakan kongsi yang mempunyai saham terbesar dalam pasaran gelap mereka.

"What?"

"Nicholas is dead. I killed him." Lelaki itu mengeluarkan sebatang rokok dan dikepitkan pada hujung bibir. Dihidupkan api di hujung puntung hingga mengeluarkan gumpalan asap.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now