PART 22

9.8K 422 0
                                    

"Adrian! Daripada mana? Lewat balik?" Baru saja nak menapak ke tangga, niat Tuan Razi sudah terbantut saat sang anak baru munculkan diri dari pintu masuk.

"Papa! Lewat papa tidur harini? Mama mana? Dah tidur?" Garu belakang kepala. Dia koyak sengih. Ingatkan lewat macam ni pun tak kena tangkap. Salah target masa rupanya.

"Papa dah nak tidur dah tadi. Tiba-tiba tekak ni rasa haus sangat, itu papa turun minum air. Mama dah tidur dah. Tadi mama tunggu kamu, ingatkan nak makan sama-sama. Tapi bayang kamu pun tak muncul-muncul." Pandangan maut meneroka setiap inci wajah Adrian.

"Maaf papa! Ad lupa nak cakap pada mama tadi. Ad keluar dengan Ayrena harini." Jujur Adrian.

"Jumpa Ayrena? Ayrena sihat? Papa rancang nak bawa mama kamu jumpa Ayrena nanti. Tapi mungkin minggu depan. Papa ada kerja nak kena settlekan dulu minggu ni." Tutur Tuan Razi panjang. Rindu terhadap anak perempuannya memang tidak dapat diungkapkan lagi. Kalau ikutkan sekarang pun dia bawa isteri kesayangan pergi berjumpa dengan Ayrena. Namun, kerana beberapa masalah yang timbul kebelakangan ini menyebabkan dia terpaksa menunda dahulu perancangannya.

"Ayrena sihat, papa! Dia kirim salam pada mama dengan papa. Dia cakap dia rindu sangat dengan mama dan papa." Ucapan Adrian sedikit sebanyak memberi ketenangan kepada jiwa Tuan Razi. Sekurang-kurangnya Ayrena dalam keadaan yang baik-baik saja. Tidaklah dia sentiasa risau akan keselamatan Ayrena. Apa sajalah Ilmu pertahanan diri yang Ayrena ada kalau tiba-tiba dia diserang oleh Adam Mikael atau sesiapa. Pertahankan diri daripada seekor lipas pun gagal, inikan pula daripada orang yang berkali ganda lebih kuat daripada dia.

"Okaylah papa! Ad rasa penat sangat harini! Ad masuk bilik dulu. Yang ini papa tolong beri pada mama! Anak manja mama kirim. Goodnight, papa!" Pamit Adrian seraya menyerahkan beberapa bungkusan beg kertas ditangan Tuan Razi. Kantuk pun sudah menguasai diri saat ini.  Mereka mulai berjalan beriringan menaiki anak tangga dan terpisah di saat menuju ke arah bilik masing-masing.

____

"Bos! Tak tidur lagi?" Dia menguap sekali. Terus dia berjalan ke arah counter top. Ditarik kerusi bersebelahan Darren dan dilabuhkan punggung.

"Not yet!" Coffe ditangan dihirup sesekali. Hanya mereka berdua yang berada di dapur saat ini. Dalam keadaan yang gelap dan sunyi. Hanya menampakkan bayang-bayang dua orang lelaki yang sedang duduk.

"Capo! Stai bene?" (Bos! Are you okay?)

"ti sembra che non sto bene?" (Do i look like i'm not okay?)

Melihat Ickey membalas dengan anggukan berkali-kali buat dia mengeluh.

"qualcosa mi dà fastidio." (Something bothers me.)

"Apa yang mengganggu bos?" Cantas Ickey lagi.

Sepi

"Nothing!" Sepatah Darren balas lalu bangun dari kerusi meninggalkan Ickey berseorangan.

"Bos! Cerita lah! Saya nak tahu juga!" Darren yang sudah masuk ke dalam ruangan Lift dia kejar.

"Go to sleep! There's a mission tomorrow, right? I don't want that mission to fail because of the carelessness of one of you."

"Baik, bos! Bos jangan risau. Bos rehat lah! Bos nampak penat, harini." Ickey iringi Darren hingga ke bilik. Di kuak pintu bilik untuk mempersilakan Darren masuk.

"Selamat berehat, bos!" Ickey tayang sengih sebelum tutup pintu. Tiba masanya untuk masing-masing berehat.

Hembus nafas. Dia tuju ke katil. Bungkusan beg kertas yang dibeli tadi dia gapai. Diletakkan di meja bersebelahan katil.

"PAP!" Bungkusan jatuh menimpa kaki. Hujung sangat ke dia letak? Tunduk sedikit, dia ambil bungkusan kembali. Diletakkan di atas katil. Seraya itu tangan kanan menyauk ke bawah bantal. Mencapai Revolver kesayangannya.

Saat bungkusan tadi terjatuh, sempat dia menangkap bayangan lelaki yang sedang berdiri di balik langsir.

"Una volta che hai messo i piedi sporchi nella mia zona. Da lì, il momento del tuo respiro nel mio conteggio!"

(Once you put your dirty feets in my area. From there, the moment of your breath in my count!) Dia berjalan perlahan mengelilingi lelaki tersebut.

Dua saat, lelaki di balik langsir tadi sudah dia tawan. Terserlah wajah yang penuh dengan parut kekal yang sedang mencari nafas yang kian sesak. Tangan cuba melonggarkan gulungan langsir dari leher. Dahi sudah terasa sejuk dengan daratan hujung revolver milik Darren.

"Who sent you here?" Melihat reaksi tanpa balasan membuatkan Darren bertindak mengetatkan lagi cengkaman hingga wajah lelaki putih itu turut memerah.

Tercungap-cungap dia mencari nafas. Saat kaki sudah seakan tidak menjejak lantai.

"Choose wisely! Get out of here alive or..." Dia tinggalkan baris kata tanpa sambung.

"Don't want to tell me, huh?" Ucap dia sinis sebelum Revolver berpindah arah. Dari dahi, kini turun ke bawah dagu.

"Mi stai solo facendo perdere tempo!" (You're just wasting my time!) Darren ketap rahang sebelum.

BANG!

BANG!

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now