PART 82

9.6K 483 13
                                    

"Atheena!" Bait kata Ayrena kedengaran kecewa. Dapat Atheena tebak apabila terdengar bunyi esakan kecil Ayrena melalui panggilan telefon mereka. Handbag yang terseret ke lantai Ayrena campak ke atas katil. Heels juga turut dia campak menjauh. Ayrena hayun beberapa langkah dan duduk di birai katil.

"Kenapa, babe? Tak jadi ke? Kau terkantoi dengan Mr Cruel tu ke?" Soal Atheena bertalu-talu. Daripada tadi dia sudah parkir kereta jauh daripada kawasan mansion milik Darren.

"Aku dah cuba bagi alasan tahu tak. Yang munasabah pula tu. Tapi dia suruh aku naik semula bilik aku. Geram aku!"

"Hurm! Habis tu macam mana ni? Takkan aku nak pergi party tu seorang diri?"

"No! No! No! Sekejap aku cari cara lain. Fikir, Ayrena. Fikir." Ayrena melihat sekeliling.

"Balkoni. Yes, balkoni! I've got an idea." Heels dan handbag berwarna hitam pekat yang dicampakkan menjauh tadi Ayrena ambil kembali. Dia bergerak ke arah pintu kemudian butang kunci ditekan.

Tanpa berlengah, dia keluar daripada pintu kaca yang memisahkan balkoni dan ruang bilik. Mula-mula sedikit sahaja kepala Ayrena yang keluar untuk menjenguk. Namun, apabila sudah dipastikan keadaan di luar selamat, Ayrena terus keluar dan tutup pintu balkoni kembali.

Perlahan-lahan dia mengintai daripada balkoni ke bawah. Saliva ditelan kesat apabila melihat ketinggian antara tingkat dua dan tingkat satu. Sudahlah dia gayat. Ini merupakan tindakan gila yang akan dia buat sebentar lagi.

"Tingginya." Tindakan pertama yang Ayrena lakukan ialah mencampakkan heels dan handbag ke bawah dahulu. Kemudian Ayrena panjat ke atas balkoni. Bersedia untuk terjun.

________

"Hello bos! Saya ni, Tom." Satu panggilan telefon dibuat oleh seorang anak buah Darren yang ditugaskan untuk menjaga kawasan Mansion daripada atas.

"Kau nak apa? Ada apa-apa jadi ke dekat luar?" Balas Darren acuh tak acuh. Dia terus meletakkan stik daging kambing ke atas kuali.
Ditekan-tekan daging tersebut menggunakan pengepit besi.

"Saya nak tanya, bos ada upah orang lain ke untuk tinjau dekat kawasan rumah bos?"

"Tak ada pula. Kenapa?" Darren capai lagi satu kuali dan dilekatkan di sebelah lagi dapur kosong. Api dapur gas dihidupkan kemudian dia letakkan sedikit minyak dan beberapa bahan lain yang dia sudah siap dipotong.

"Baiklah kalau macam tu bos. Bukan apa bos, saya nak maklumkan yang daripada tadi kereta ni berhenti dekat kawasan rumah bos."

"Hurm, okay. Dia tumpang parking lah tu." Darren pusingkan stik daging kambing tersebut ke bahagian lain yang masih tidak dimasak dengan sempurna.

"Tapi bos, Mansion bos satu-satunya rumah yang ada dekat kawasan ni, bos."

"Habistu? Kau dah check siapa tu?"

"Tak nampak bos sebab gelap. Tapi yang saya pasti, itu perempuan." Tom masih memberikan jawapan.

"Selagi dia tak buat apa-apa, kita pun tak perlu nak buat apa-apa. Kau pantau jelah apa-apa. Sudah! Jangan kacau aku. Aku tengah memasak."

"Kejap bos, ada lagi satu. Tapi, saya tak tahu nak cakap macam mana ni bos."

"Ikut mulut." Bahan-bahan yang dimasukkan tadi, Darren gaulkan sebati.

"Bos, ini pasal Cik Ayrena."

"Kenapa dengan dia?"

"Saya rasa sekarang ada percubaan lari rumah."

"Percubaan lari rumah? Maksud?" Berkerut dahi Darren mendengar apa yang Tom sampaikan.

"Maksudnya...saya tak tahu nak cakap macam mana bos. Tapi, bos tengok sendirilah gambar yang saya send pada bos." Satu gambar yang dihantar daripada Tom masuk ke notifikasi. Pantas Darren buka gambar tersebut.

"Adrian, apa yang adik kau tengah buat ni."

"Ezra!"

"Ya bos." Sahut Ezra yang duduk tidak jauh daripada Darren. Dia juga sedang menantikan stik yang Darren masak. Kecur liur dia daripada tadi. Lagi-lagi apabila Darren menunjukkan skill memasak yang sudah lama tidak ditonjolkan.

"Tengokkan stik ni. Kalau dah masak angkat. Jangan sampai hangit. Aku nak pergi tengok perempuan tu sekejap."

"Baik bos."

Darren bergegas keluar daripada dapur dan naik ke tingkat atas.

Jari jemari terus memulas tombol pintu namun, terkunci dari dalam. Sememangnya sengaja dikunci oleh Ayrena.

Darren menuju ke arah satu almari yang dilengkapi dengan cermin dan beberapa laci. Laci yang paling atas Darren buka dan capai satu kunci spare.

Terbuka saja pintu bilik tetamu tersebut, apa yang dia nampak adalah bayangan Ayrena yang sudah terjun ke bawah.

Tanpa berfikir panjang Darren berlari ke arah balkoni. Namun pandangan mata sudah tertancap pada Sosok Ayrena yang sudah melepasi kawasan pagar.

Lebih terkejut Darren saat salah seorang daripada anak buahnya yang ditugaskan menjaga pagar utama sudahpun terjatuh ke lantai. Angkara Ayrena!

"What..." Darren terpampang. Itu adalah satu perkara yang dia sendiri tidak jangka.

"Bos! Bos! Betul ke Cik Ayrena lari?" Bob dan Jo berlari-lari masuk ke dalam bilik Ayrena. Yang mereka dapat simpulkan sekarang adalah.

"Ya, Cik Ayrena lari." Anggukkan kepala. Mereka lihat sekeliling bilik.

Darren keluar daripada bilik tetamu diikuti dengan Bob dan Jo.

"Bos, kita nak buat apa ni? Nak kejar ke?" Sampai saja diluar mansion terlihat Kas dan Kar yang sedang menunggu arahan daripada Darren.

"Tak perlu. Biarkan dia."

"B... biarkan cik Ayrena? Isteri bos tu? Bos sekarang ni dah pukul 12 malam bos. Bos pasti ke?" Kar sudah garu belakang leher. Biar betul bos ni?

"Ya. Biarkan dia. Lagipun dia keluar dengan Atheena. Tak perlu risau, ini Malaysia. Tempat diorang membesar. Diorang tahu nak jaga diri macam mana. Sekarang ni aku nak kau pergi tengok Tot tu macam mana. Aku suruh jaga pagar pun susah."

Darren hanya beriak biasa. Disebabkan dia sudah mengambil seseorang untuk mengikuti dan menjaga Ayrena ke mana saja Ayrena pergi, oleh itu tidaklah dia perlu merisaukan keadaan Ayrena.

"Slow! Slow! Sakit! Sakit!" Kas dan kar mengangkat Tot yang sedang mengerang kesakitan.

Perlahan-lahan mereka berdua letakkan Tot dia atas sofa.

Kemerah-merahan muka Bob menahan gelak. Dapat dia buat kesimpulan apa yang sudah Ayrena lakukan.

"Bob kau kenapa? Orang tengah sakit ni kau boleh ketawakan si Tot ni pula."

"So kau lah Tot ya? Aku Bob. Pekerja Kesayangan Bos." Bob hulurkan tangan.

"Sudahlah kau Bob. Pergi sana." Darren tolak Bob ke tepi.

"Bos. Sampai hati bos tolak Bob semata-mata demi Tot ni." Bob mula tayang bakat berlakonnya. Melihat keadaan Tot sekali lagi buatkan Bob ingin tergelak.

"Tot! Tot! Patutlah kau boleh kalah dengan cik Ayrena. Tengok saiz pun macam lebih kurang dengan cik Ayrena. Tapi cik Ayrena lagi tinggi daripada kau. Aku ingatkan cik Ayrena tu dah paling rendah dah. Lah! Ada lagi level bawah cik Ayrena rupanya." Bob gelak terbahak-bahak.

"Bagi aku air. Bagi aku air."

"Nah. Minum ni." Kas hulurkan segelas air kosong. Usai saja habiskan segelas air, Tot tarik nafas lega.

"Maafkan saya bos! Saya dah cuba halang cik Ayrena tadi. Tapi tak sangka pula Isteri bos begitu agresif." Reaksi muka Tot masih menahan pilu.

"Aku minta maaf bagi pihak dia. Kau rehatlah dulu. Aku suruh Mike gantikan tempat kau dulu buat sementara waktu." Darren masih duduk berhadapan dengan Tot. Tidak tahu apa yang patut dia beri reaksi saat ini. Mahu tergelak pun ya. Ayrena! Ayrena!

"Tot! Tot! Gelap masa depan kau Tot. Tiada anak lah kau." Ayat Bob tanpa bertapis membuatkan kaki kanan Tot terus singgah di pipi kiri Bob.

"Haaa! Padan muka."









Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now