PART 21

11.4K 510 18
                                    

"Ayrena! Okay tak ni? Daripada balik mall tadi abang tengok lain macam je." Adrian bersuara. Perasan akan perubahan Ayrena yang daripada tadi termenung ke luar tingkap kereta. Tersengih-sengih. Seram pula rasanya. Betulkah ini Ayrena Rosebell yang merupakan adiknya?

"Ayrena okay je lah, abang! " Iris mata naik memandang Adrian. Senyuman masih tidak hilang di bibir. Jari-jemari bergerak memintal-mintal tali handbag.

"Betul ni?" Ayrena di sebelah dipandang berkali-kali. Kadang dia pandang jalan dan sesaat pandangan kembali kepada Ayrena. Bingung akan tingkah laku Ayrena.

Ayrena angguk sebelum mata dikembalikan ke arah jalan raya. Mengingati Moment indah yang berlaku tadi membuatkan dia bagai hilang waras.

FLASHBACK

"CIK! CIK! CIK! BANGUN! CALL AMBULANCE! CALL AMBULANCE! NI KENA SAWAN NI!" Kedengaran Satu suara daripada salah seorang pekerja kedai yang sedang duduk di samping Ayrena.

Mendengarkan perkataan ambulans membuatkan Ayrena tersentak keluar daripada lamunan.

"I'm okay!" Thumbs up diangkat. Bingkas dia bangun, di kibas-kibas bahagian belakang baju. Handbag yang terjatuh di lantai dia gapai. Sesekali dia berdehem melihat beberapa orang pekerja dan pelanggan yang sedang mengerumuni dia. Bahang di muka jangan cakaplah. Sudah merah macam tomato menahan malu. Melilau sepasang mata Ayrena mencari figura si perampas Coat yang hilang dari radar.

Langkah demi langkah dia mara. Kalau lah dia tidak tenggelam dek lamunan tadi, pasti dia berjaya mendapatkan coat itu untuk papa.

"Tiada guna usaha kau, Ayrena!" Ketap gigi dia mulai tunduk ke lantai. Entah kenapa hati mula rasa kecewa. Dia meneruskan langkah dalam rasa sebak. Sebak yang mana satu pun dia tidak tahu. Adakah kecewa kerana coat yang ingin dibeli untuk papa tidak berkesampaian atau lelaki yang membuatkan dia angau hingga ke harini hilang begitu saja tanpa salam perkenalan?

"Cik! Hati-hati!" Jeritan seorang lelaki yang terdengar di gegendang telinga Ayrena. Namun, belum sempat dia elak...

BUK! 

Pejam mata dia menantikan tubuh untuk jatuh ke lantai. Tidak sanggup rasanya ingin melihat saat-saat memalukan diri sendiri. Orang ramai akan melihat dia terjatuh seperti nangka busuk di situ kerana kaki dia melanggar satu penghadang besi yang berhampiran dengan pintu keluar. Satu saat, dua saat, masih tidak terasa sakit terjatuh.

Yang dia rasa saat ini adalah sesuatu yang kekar melekat di pinggang. Bagaikan dia berada di dalam dakapan seseorang. Bauan maskulin yang terus menusuk ke dalam rongga hidung membuatkan dia seakan ketagih. Berkali-kali dia tarik nafas sedalam-dalamnya.

"Ehem! Ehem!" Bunyi deheman yang memaksa dia membuka mata yang lama terpejam.

Buka mata. Segera dia seimbangkan tubuh kembali. Tidak mahu berlama-lama dalam keadaan seperti itu.

"T..t..t..Thank you!" Gagap Ayrena. Entah kenapa saat dia bertemu dengan sang pencuri hati di saat itulah kegagapan nya bermula.

"Prego!" Sekilas saja dia pandang Ayrena sebelum mengorak langkah keluar dari kedai.

Ayrena ikut sama, orak langkah mengekori sang jejaka yang berjaya membuatkan dia mandi tak basah tidur tak lena. Jarak diantara mereka masih jauh. Namun, Kemana saja sudut yang Darren tuju dia juga tuju. 

Darren yang perasan tentang itu segera melangkah dengan lebih laju. Melihat Ayrena yang mulai berjalan laju. Sesekali dia cuba berjalan perlahan. Kini, Ayrena juga berjalan perlahan. Pejam mata. Lantas dia matikan langkah. Yang dibelakang juga turut matikan langkah. Tiada derap kaki yang berbunyi. Pusing tubuh dia pandang Ayrena yang sedang bersembunyi di belakang satu tiang besar.

"I can see you! Show yourself, now!" Satu baris perkataan berbentuk arahan diberikan. Bagaikan orang yang membuat kesalahan, Ayrena mula melangkah perlahan ke arah Darren. Pergi Sajalah, tak pergi nanti menyesal tak sudah pula dia. Melepas.

"What. Do. You. Want?"  Satu persatu perkataan dia sebut sambil tayang wajah tegang. Rimas juga apabila merasa diri diekori hingga sebegitu.

"Err...y..y..y..you?" Tergagap-gagap bicara Ayrena. Terasa ketar di lutut apabila dia bertentang mata dengan iris mata Hazel milik Darren. Pandangan yang membunuh ini lah yang dia suka. Mencabar, Sungguh lagi dia suka!

"Tch! What?" Reaksi Darren tidak percaya. Sesekali Ayrena dipandang atas bawah. Sebelum dia berbisik sesuatu di telinga Ayrena.

"Non sei di mio gusto, signorina!" (You're not my taste, lady!) Pusing tubuh. Ayrena ditinggalkan di belakang.

"Tak cukup cantik ke aku?" Pipi kiri dan kanan dia pegang. Mata melirik ke arah sang pencuri hati yang kian menjauh.

"Kau ni bagi balik! Ini aku punya!" Terlihat tiga orang kanak-kanak lelaki yang sedang berebut mainan Transformers.
Satu idea mula mendarat di minda Ayrena.  Ayrena ukir senyum sinis. Budak-budak itu dia hampiri.

"Adik! Adik! Korang ni comel lah! Nama siapa?"

"Saya Ajeem! Yang ini Bad! Yang ini Dani!" Perkenal Ajeem. Tidak jadi berebut mainan apabila didatangi Ayrena.

"Ouh! Ajeem, Bad dengan Dani boleh tolong kakak tak?" Soal Ayrena.

"Tolong apa? Kami dapat upah ke kalau tolong kakak?" Tanya salah seorang daripada mereka. 

"Nanti kakak bagi upah! Tolong kakak dulu, boleh?" Melihat mereka yang angguk bersama-sama. Lantas Ayrena duduk mencangkung dan membisikkan idea bernas yang dia sudah fikirkan. 

"Boleh! Abang yang mana?" Soal Ajeem yang terlihat bersemangat. Demi upah katakan!

"Yang itu!" Arah Darren dia tunjuk. Sekeping kad diberikan kepada salah seorang kanak-kanak.

Kini, Mereka berlari-lari menuju ke arah Darren. Ayrena hanya menyaksikan daripada jauh. Apabila salah seorang diantara mereka berpura-pura terjatuh, segera Darren mendapatkan kanak-kanak itu.

"Ouch! Sakit!" Buku lali digosok-gosok.

"Hei! Okay tak ni? Kenapa main lari-lari dekat sini? Bahaya tahu tak?" Perlahan saja Darren bercakap sambil periksa kaki kanak-kanak yang terjatuh tadi.

"Tak tahu pula bahaya, Abang!" Jawapan Ajeem Kedengaran Polos saja.

Sedang mereka bercakap antara satu sama lain, Dani meletakkan kad yang diberikan Ayrena tadi di dalam bungkusan beg kertas Darren. Diselit di celah ruangan yang paling dalam. Selesai akan tugas yang diberikan, segera Bad dan Dani hampiri Ajeem.

END FLASHBACK

Senyuman Ayrena masih tidak lekang dari bibir meski pandangan merenung ke arah langit yang kian bertukar warna. Adrian di sebelah sedang rancak berborak melalui ear buds. Dia pula sedang membayangkan kehidupan di hari-hari yang akan datang.






Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now