PART 93

8.4K 455 37
                                    

Seminggu berlalu dengan pantas. Hubungan Ayrena dan Darren juga semakin bertambah baik. Ayrena sudah tekad, dia tidak akan mencari kebenaran yang Darren sendiri tidak mahu dia tahu.

Sekarang, dia tulus memberi kepercayaan sepenuhnya pada Darren. Hanya harapan yang Ayrena harapkan sekarang adalah, dia ingin bahagia. Dia ingin bahagiakan Darren. Walaupun Darren masih ada sisi lain yang belum tersingkap, biarlah cerita itu keluar daripada mulut Darren sendiri. Dan dia tidak akan mempersoal kisah itu.

Tentang kejadian yang memalukan beberapa hari yang lepas, mereka berdua juga sudah berdamai dengan cara melupakan.

Ayrena termenung di balkoni bilik. Bak kata Darren, dia perlu selalu hirup udara pagi dan berjemur di luar untuk mendapatkan vitamin D.

Ring!

Ring!

Bunyi nyaring yang terhasil dari deringan jam menghentikan Ayrena. Terus Ayrena menutup jam yang dikunci melalui telefonnya sendiri. Ayrena set kan jam itu supaya ia akan berbunyi tepat lima minit. Setiap pagi selama seminggu ini, Ayrena akan luangkan masa lima minit untuk berjemur di balkoni.

"Cukuplah lima minit. Lebih-lebih nanti burn pula." Ayrena bergerak masuk ke dalam. Sosok Darren dicari-cari. Sedikit keluhan terhasil dari bibir tatkala Darren masih tiada di dalam bilik.

"Tadi kata nak keluar sekejap je, nak ambil barang. Cakap nak makan sama-sama, mana pula Darren ni pergi?" Bebel Ayrena apabila bayangan Darren masih tak kunjung selepas lama dia menunggu.

Dulang yang berisi makanan di atas meja kecil dipandang sekilas. Daripada tadi dia telan liur setiap kali terpandang meja kecil itu.

"Sabar, Ayrena. Tunggu Darren, kan dah janji nak makan sama-sama." Ayrena pujuk diri sendiri.
Beberapa minit berlalu, membuatkan Ayrena duduk bersandar.

"Hurmm, sedapnya," sudah dua suap Ayrena sua pasta ke mulut.

"Kalau bertanding dengan Darren bab memasak ni, belum mula lagi aku dah kalah." Suapan yang  ketiga Ayrena kunyah dengan penuh nikmat sambil pejam mata.

"Sabar, Ayrena. Tunggu Darren," Ayrena letakkan kembali garfu ke dalam pinggan. Susunan pasta juga Ayrena buat seperti tidak terusik.

"Aku tak tahu apa-apa," Ayrena berjalan keluar dengan bersedawa.

Merata dia mencari Darren, namun tidak jumpa. Kemudian Ayrena naik ke tingkat tiga. Tingkat tiga adalah tempat yang jarang dia naik. Kebiasaannya Ayrena hanya pergi ke tingkat satu dan dua.

Sampai saja di tingkat atas, dia terjerit kecil apabila melihat Triston yang sedang nyenyak tidur di atas sofa.

"Comel betul," Ayrena tayang muka penuh geram. Rasa nak digomol saja si Triston ni. Tapi dia masih belum pandai mengawal emosi Triston. Risau andai Triston bertindak di luar jangkaan.

"Shhh, sleep tight Triston." Ayrena berlalu jauh dari sofa.

Dia bergerak dengan lebih jauh. Dia sendiri belum familiar dengan ruang dan bilik yang ada di mansion Darren. Jadi, perlahan saja Ayrena melangkah sambil mengingati selok belok di tingkat atas itu.

Sampai saja Ayrena di bahagian tengah tingkat tiga, dapat dia dengar sayup-sayup orang yang sedang bercakap.

Ayrena simpul senyum. Itu suara Darren. Ayrena mendekat dan duduk di satu sudut dinding. Hati sudah berencana nakal. Dia akan terkejutkan Darren apabila Darren melintas.

Dapat dilihat dengan jelas bayangan Darren dan Ickey di sebalik langsir putih yang sedang bergelora disebabkan angin yang bertiup. Mereka berdua seperti sedang berbincang sesuatu di balkoni luar.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now