PART 77

9K 467 13
                                    

Celik mata saja Darren pagi ini, tubuh dia dah menggeliat kejang. Entah kenapa suasana pagi ini rasa berbeza. Debaran yang dirasai tu, lebih kepada berdebar kencang sebenarnya. Lagi-lagi bila dia bangun saja dah nampak ada dulang yang elok terhidang makanan di atasnya. Dulang tersebut betul-betul berada di atas meja kecil bersebelahan katil. 

Untuk tempoh semalam, tiada apa yang terjadi antara dia dan Ayrena. Mujurlah dia sempat menyelamatkan diri saat Ayrena dah mula keluarkan bakat gatal dia.

"Haih!" Bibir ulas keluh.

Baru satu hari tempoh perkahwinan dia, keadaan pula boleh berubah bila-bila masa.


Namun, bila teringatkan balik apa yang dia lakukan semalam, terus drastik tubuh Darren bangun dari katil.

"Macam mana Ayrena boleh keluar?" Darren kerut dahi seribu. Perlahan-lahan dia atur langkah ke arah bilik tetamu di mana Ayrena diletakkan.

Seingat dia, semalam Ayrena pengsan akibat terkejut tengok Triston, anak harimau belang belaannya.

Mujurlah ada Triston yang datang membantu. Kalau tidak sudah tentu kelelakian dia sudah dirampas oleh Ayrena semalam.


Flashback

"Macam mana kau boleh masuk?" Soal Darren pada Ayrena yang sudah tersengih-sengih angau.

"Ikut pintu." Ayrena melangkah setapak demi setapak. Hujung lilitan shawl dipintal menggunakan hujung jari.

"Keluar!" Muka berlagak serius namun nyawa sudah terasa mahu paksa keluar dari jasad. Apa pula si Ayrena ni mahukan?

"Tak nak! Dah masuk, mana boleh keluar dah." Ayrena berhenti di depan Darren saat dia benar-benar dah kepung Darren ke arah dinding.


Darren pula hanya berdiri statik tidak bergerak. Wajah ditundukkan memandang Ayrena yang ketinggiannya lebih pendek daripada dia.

"What are you trying to do, huh?" Soalan Darren berselang dengan pandangan mata mereka yang saling berpandangan.


Ayrena berhenti seketika. Cuba untuk memproses step yang Atheena suruh buat.

"Ehem!" Ayrena berdehem sekali. Memberi isyarat kepada Atheena tentang apakah tindakan yang perlu diambil seterusnya. Mereka berkomunikasi melalui earpod yang masih terpasang di telinga Ayrena.



"Lepastu kau tanya dia, dia takut ke?" Atheena di hujung talian memberi arahan.



"Takut ke?" Perlahan suara Ayrena memukul gegendang telinga kiri Darren.

"Tchh! For what?"

Belum sempat Ayrena beri Isyarat lain kepada Atheena. Terasa betis Kanannya ada sesuatu yang sedang berlendeh. Sesuatu yang berbulu. Yang pasti, itu bukan kucing.

Tubuh dipusingkan serta merta. Tindakan drastik, tanpa amaran Ayrena memanjat belakang tubuh Darren.


Arghhh!

Arghhh!

Arghhh!

"Ttt...ttt...tiger?" Muka berubah pucat tidak berdarah. Serta merta Ayrena hilang keseimbangan dan jatuh di atas lantai. Pengsan!


Darren tarik nafas lega.

"Grazie Triston! sei il mio salvatore."

Darren cempung tubuh Ayrena lagak Bridal style. Saat sudah seimbang, Darren bangun dah bergerak perlahan ke arah bilik Ayrena.


"Dengan pakai gown pengantinnya, ada hati nak goda orang." Kecil besar saja dia pandang Ayrena yang masih kaku. Perlahan-lahan Darren baringkan Ayrena dia atas katil.

"Stay here and don't do anything aggressive." Darren tinggalkan pesan sebelum dia tinggalkan Ayrena berseorangan di bilik tetamu. Pintu bilik ditutup rapat. Pintu bilik yang menempatkan Ayrena juga Darren kunci daripada luar.


"Sorry Ayrena! This is for our safety."


End Flashback



"Awak dah bangun?" Tegur Ayrena dari arah belakang. Darren terus berpusing menghadap pemilik suara.



"Dah! Ak...ak...baru bangun." Lidah seakan kelu.. Tubuh terasa kaku. pandangan mata tidak beralih dari melihat Ayrena.

Rambut ikal mayang separas pinggang dan berwarna hitam pekat. Saat itu juga terasa angin dari koridor luar menerpa ke arah mereka.

Ayrena cekak pinggang. Dia kekal berbalas pandangan dengan Darren. Bezanya sekarang, Darren pandang dia tidak berkedip. Dia pula pandang Darren dengan kecilkan dan besarkan mata dia. Kening Ayrena juga turut main peranan.






Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now