PART 34

9.2K 500 31
                                    

"Encik Darren cakap nak hantar saya balik rumah. Kenapa kita datang sini?" Kerut kening dia pandang Darren dalam-dalam. Kemudian pandangan dia alih ke hadapan. Mereka sekarang berada di parking lot di bahagian bawah tanah shopping mall.

"Keluar! Takkan kau nak pakai baju yang sama selama seminggu nanti?" Keluar dari perut kereta dia berjalan ke arah satu sudut menuju ke lift meninggalkan Ayrena yang masih berada di dalam kereta.

"Seminggu?" Tutup pintu kereta, segera dia dapatkan Darren yang sudah berada di dalam lift.

"Maksud Encik Darren?" Kini, betul-betul dia berdiri tegak di hadapan Darren. Saling berpandangan ke anak mata hazel Darren. Darren pula masih beriak biasa sambil tangan kekal di dalam poket.

"Aku akan bawa pekerja aku pergi bercuti esok. Kalau ikutkan tarikh sepatutnya harini dah sampai Langkawi. Tapi, terpaksa tunda plan disebabkan..." Jeda.

"Something happen!" Sambung Darren lagi.

Dapat jawapan yang dimahukan, Ayrena jatuhkan kepala berkali-kali.

"Kenapa nak bawa saya? Saya tak nak ikut, tak apa Encik Darren hantar je saya balik,"

"Macam ini lah, disebabkan aku dah tolong kau semalam, jadi kau kena bayar pertolongan aku dengan cara ini. Kalau kau ikut pergi Langkawi, that's means hutang kau selesai. Simple, right?"

"Maknanya? Saya tak faham cara apa ni? Apa yang Encik nak buat?"

"Aku tak suka orang yang cakap banyak. Jangan mempersoalkan apa-apa yang aku suruh. Kau nak selamat kau ikut cara aku,"

"S...saya tak nak. Apa akan jadi dekat saya nanti? Untuk sekarang ini, Encik dan saya baru saja kenal. Terima kasih sebab sudi selamatkan saya semalam. Tapi cara Encik ni boleh menjatuhkan atau mencalarkan maruah saya, saya tak boleh ikut."

Ayrena mahu keluar daripada lift. Darren bertindak pantas dengan menghalang tingkah Ayrena.

"Aku bukannya orang jahat. Kau boleh percayakan aku."

"Dengan apa yang Encik minta itu tadi, Encik rasa saya boleh percayakan Encik? Senang macam inilah, Encik cakap berapa bayaran yang saya kena bayar sebagai balasan untuk balas jasa Encik sebab tolong saya semalam,"

"Ikut aku pergi Langkawi, itu bayarannya."

"What? Nonsense!" Ayrena berdecit.

"Anggap je dengan kau ikut aku pergi Langkawi, kau dapat gembirakan seseorang. Dan aku cuma nak seseorang itu bahagia, gembira,"

"Siapa?"

"Someone! Kau jangan risau, dia perempuan."

Dengar saja perkataan perempuan hati Ayrena bertukar lega. Ibu dia ke? Nenek? Atau kakak?

Ayrena diam membisu. Bukan senang nak pergi bercuti. Dah ada peluang di depan mata, tak akanlah nak tolak. Darren kata perempuan pun ada, jadi rasanya tak menjadi masalah.

"Okay, fine. Lepas balik daripada Langkawi hutang kita selesai,"

"Good, then."

Terus, pandangan Darren hanya memandang ke arah pintu lift dan lansung tidak menyinggah kepada Ayrena. Sedar akan jarak mereka, segera Ayrena menjarakkan tubuh. Berpindah arah, dari berdiri di depan kini di sebelah kanan Darren.

Sampai di satu tingkat, mereka berdua berjalan keluar beriringan.

"Ambil card ni, beli lah apa yang patut. Aku nak jumpa kawan aku sekejap." Black Card dihulurkan. Namun tiada sambutan dari Ayrena.

"Kalau saya ambil nanti Encik Darren labelkan saya mata duitan atau kaki kikis pula." Peluk tubuh. Dia pandang kad di tangan Darren.  

"Kalau tak ambil, kau nak beli guna apa? Lagipun kau sekarang sehelai sepinggang, Ayrena. Remember that! So, just take it!" Merapat, dia hulur kembali kad tersebut. 

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now