PART 37

9.2K 454 25
                                    

"Saya tak jumpa! D..dekat mana encik letak beg tu?" Bicara Ayrena walau lidah masih kelu. Selamba saja si Darren ni pakai macam tu. Hati dia sudah tidak tenteram lagi. Mahu atau tidak, dia perlu keluar segera sebelum  pengsan.

Saat Ayrena buka langkah untuk melintasi Darren yang sedang mengelap rambut menggunakan tuala kecil di hadapan satu cermin, lantas Darren sambung kata.

"Kau nak pergi mana? Tak nak ambil beg ni?" Pandang Ayrena, dia angkat satu luggage kecil berwarna hitam.

Ayrena balas dengan renungan hairan. Darren ni memang sengaja atau apa. Bila masa pula luggage tu boleh ada dekat situ? Tadi, tiada pula. Puas juga dia mendongak ke atas dan menunduk ke bawah memang tidak ada.

Berbalas pandangan, Ayrena patah balik ke arah Darren. Terus dia ambil luggage yang dihulurkan.

"Terima kasih!" Selepas luggage berpindah tangan, segera Ayrena menonong ke pintu keluar tanpa toleh ke belakang kembali. Saat tiba di pintu yang memisahkan antara wardrobe room dengan master room, dia mati langkah.

"Kenapa berhenti? Tak cukup ke satu luggage? Nak lagi?"

"Cukup! Tapi sebelum saya keluar boleh saya nak tanya soalan?"


"Tchh! Seriously? Kau nak buat sesi soal menjawab pula sekarang? Esok lah, Ayrena! Kau tak penat ke harini? Just ask me tomorrow morning, okay?" Darren undur ke almari pakaian. Singlet berwarna hitam dia ambil dan sarung ke tubuh. Disebabkan harini terasa sedikit panas dan membahang, Darren hanya memilih untuk memakai singlet saja.


"Tapi saya nak tanya sekarang juga!"

"So, just go on with your question! Make sure it's not out of mind question." Balas pandangan Ayrena, dia menantikan soalan apakah yang akan meniti di bibir gadis itu.


"Kenapa Encik tiba-tiba nampak lain? Kenapa Encik nampak macam berubah?" Soal Ayrena. Teringin juga dia tahu mengapa layanan Darren kepadanya tiba-tiba bertukar 180 darjah. Daripada seorang yang digelarkan Mr Cruel, sekarang dia boleh gelarkan Darren ni Encik jambang yang protective plus gentlemen. Mungkin dia patut percaya pada pepatah tak kenal maka tak cinta.

"Satu kesalahan ke kalau aku buat baik? Kau nak aku jadi jahat, boleh je. Anytime! Sekarang pun aku boleh jadi." Angkat alis dia pandang Ayrena. Entah, dia juga keliru dengan tindakan dia. Mungkin disebabkan rasa terhutang budi dengan Adrian menyebabkan dia melayani Ayrena selayaknya. Sepanjang dia berada di Malaysia, Adrian yang banyak membantu dari segala hal berkaitan dengan syarikat.

Namun, ketika dia hendak menghantar Ayrena pulang tadi pagi, tiba-tiba dia rasa tidak senang. Membawa Ayrena ke shopping mall Itu hanyalah satu alasan. Namun disebabkan sudah terlanjur kata, dia tunaikan Sajalah apa yang sudah dia perkatakan. Untuk bawa Ayrena bercuti bersama-sama mereka. Lagipun, Mia Isabella juga sudah selamat mendarat di Langkawi. 

"T..t..tak! Tak salah! Baiklah kalau macam tu! Saya masuk bilik dulu." Bergegas Ayrena keluar sambil mengusung luggage. Ini, kalau sesiapa nampak dia keluar dari bilik Darren, mahu dituduh yang bukan-bukan.



Usai masuk kembali ke dalam bilik tetamu, lantas dia bentangkan luggage ke atas katil. Diletakkan semua baju yang baru dibeli siang tadi kecuali baju untuk dipakai pada hari esok.

"Ayrena! Ayrena! Macam mana boleh terjebak nak pergi bercuti sekali ni? Dengan Mr Cruel pula tu." Geleng kepala dia tampar kedua-dua pipi perlahan. Tidak dinafikan hati dia berbunga-bunga sejak dia nampak wajah Darren. Walau Darren hilang sekejap dari pandangan mata, terus hati mengatakan rindu. Pejam mata, lantas dia rebah ke atas katil.
Kekacakan Darren sememangnya membuatkan Ayrena cair. Sejak dari awal mereka bertemu, Ayrena sudah angau dengan dia.

Apabila teringatkan apa yang terjadi di shopping mall tadi, lagilah makin bertambah-tambah bunga di hati.

"Mr Cruel yang hot!" Peluk bantal dia mula sengih sendiri.


Flashback

"How dare you touch what's mine!"

"Kau siapa? Tak perlu nak jadi hero dekat sini! Ini masalah kitorang. Biar kitorang settle sendiri!" Bicara Adam Mikael tidak membuatkan Darren berundur. Malahan Darren kekal berdiri memandang Ayrena.

Makin bengang Mikael saat melihat Darren langsung tidak berganjak.

"Kau kenapa? Ada masalah? Tak dengar ke apa aku cakap?"

"I can go! But, only with my fiance!" Darren tarik Ayrena ke arahnya. Lantas memisahkan jarak Ayrena dan Adrian.

"Kau ingat aku bodoh? Nak percayakan kau yang entah daripada mana ni? Ayrena come here!" Saat dia hendak capai lengan Ayrena kembali, serta merta Darren tarik tubuh Ayrena ke belakang dia. Disebabkan ketinggian Darren yang lebih tinggi berbanding Mikael buatkan Ayrena seakan mahu tergelak. Nampak macam abang dan adik yang sedang bertengkar.

"Ayrena, tell him. If I tell him he won't believe it. Tell him that we'll get married soon! Tell him you only love me ever and ever and ever!"

Bagai lembu dicucuk hidung Ayrena ikut segala arahan Darren.

"Betul apa yang dia cakap! Perkenalkan, he's my fiance. Darren! Darren Del Lucca. Darren perkenalkan, kawan lama I Mikael! Actually, I dah bertunang, I akan berkahwin tak lama lagi. Mungkin, lagi tiga bulan I dengan dia akan disatukan. Papa dengan mama pun setuju. Dan yang paling penting, I love him so much! Ever and ever and ever!" Kenyataan Ayrena buatkan Mikael terpaku. Darren pula senyum sinis dengan reaksi Mikael.


"By the way hubby, kita dah lambat kan nak pergi beli cincin? Jom?"  Pandang sesama sendiri, Ayrena tarik lengan Darren.

"Sejak bila saya jadi tunang awak? Tengok rupa pun, tak Ingin saya." Apabila sudah masuk ke dalam perut kereta, Ayrena aju soalan tidak puas hati.

"Yang kau cakap tak Ingin ini lah orang yang selamat kan kau tadi! Atau kau nak aku sendiri yang hantar kau dekat ex kau semula?" Mendengar ugutan Darren spontan buatkan Ayrena pusing ke kiri. Pandang bangunan lagi bagus.

"Lagipun aku cuma cakap sikit je, yang lain tu kau yang tambah. Hubby,  Love you ever and ever and ever, kahwin lagi tiga bulan! Wow!" Darren sebut satu persatu yang Ayrena tambah tadi.

Ketap gigi, Ayrena renung Darren tajam-tajam.

END FLASHBACK

"Iya! Aku nampak dengan mata aku ni! Cik Ayrena keluar dari bilik bos! Aku siap ada record lagi tahu tak!" Satu rakaman video berdurasi 30 saat ditayangkan.

"Ini video kau tengah mengendap."

"Eh! Aku lupa nak pusingkan semula camera ni! Aku ingatkan aku record Cik Ayrena!" 

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now