PART 57

8.3K 443 9
                                    

Titisan air hujan mula menyembah jatuh ke bumi. Diselangi bunyi dentuman guruh dan cahaya kilat yang kian sambar menyambar.

Pandangan Ayrena masih lagi kaku di luar tingkap kereta. Kereta yang dipandu sudah diparkir di hadapan banglo Tuan Razi. Masuk harini, lebih dua minggu dia tidak pulang ke rumah dia dan Atheena. Pelik, namun hati dia terasa berat setiap kali terfikir untuk keluar dari banglo Tuan Razi.

Telefon di dalam genggaman dipegang kemas. Semalaman dia cuba membuat panggilan pada papa. Namun, papa langsung tidak jawab. Hati mula bercambah risau. Tambahan pula pagi tadi bila dia telefon mama, mama juga turut tidak jawab panggilan dia. Mula-mula berdering, kemudian langsung hilang signal.

"Sibuk sangat ke?" Kepala di sembam pada stereng kereta. Sekarang ini, takkan lah dia nak berlari masuk ke dalam rumah dalam keadaan hujan lebat ini. Agak sukar dengan keadaan dia yang sedang pakai baju seperti ini. 

"Mama! Papa! Esok birthday Ayrena." Ayrena buka Lock screen. Terpapar wallpaper di skrin telefon yang menunjukkan gambar mereka sekeluarga yang di belakangnya ada background pantai. Masing-masing terlihat sangat bahagia sedang bergelak ketawa. Diusap-usap skrin telefon itu.

Jika ikutkan Pengiraan hari, kalau harijadi dia esok, itu bermakna dah genap 21 tahun dia dijadikan anak angkat dalam keluarga Tuan Razi. Tidak semena juga pada hari esok umur dia genap 23 tahun.

Iya, dia diambil dan dijadikan anak angkat pada umur dia seawal dua tahun. Tidak lama selepas ibu dan ayah Ayrena yang sebenar meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Entah apa yang dia gusarkan saat ini pun dia tidak tahu. Hati dia terasa berat dan pilu. Berdebar hebat untuk setiap saat.

Saat hujan terlihat reda. Ayrena terus matikan enjin kereta dan berlari masuk ke dalam banglo yang masih gelap gelita. Jelas menandakan Adrian juga belum kunjung pulang.

Dia buka satu persatu suis lampu. Bila dah terang benderang, Ayrena terdiam sejenak. Kaku. Tiba-tiba dalam diri terasa sunyi. Dia pandang keliling rumah. Kosong. Mama pergi rumah kawan mama dan papa pula outstation. Abang Adrian pula belum pulang lagi. Tanpa mereka memang jiwa dia rasa kosong.

Sedar, cepat-cepat Ayrena usir perasaan yang menyinggah. Kemudian, dia pijak satu persatu anak tangga. Masanya untuk bersihkan diri selepas seharian dia di luar.

____________

"Bos!"

"Kau nak apa? Malam-malam ni masuk bilik aku." Darren sarungkan singlet ke tubuh seraya memandang ke arah Ickey.

"Saya dapat inform ni dari budak-budak lain." Terlihat cemas Ickey hulurkan telefon ke wajah Darren.

Darren ambil telefon yang dihulur. Satu persatu gambar dia slide ke tepi.

"Tuan Razi Bos!" Masih pandang ke wajah Darren, Ickey lontar kata. 

"Kau sure?"

"Saya pasti, Itu Tuan Razi. Kalau bos perasan, yang dia peluk tu Isteri dia. Puan Fateema." Tunduk menghadap lantai. Ickey masih menjawab persoalan Darren.


Darren masih slide ke tepi semua gambar tersebut.

Terlihat seakan seorang lelaki dan wanita yang sedang berpelukan dalam keadaan yang sudah tidak bernyawa. Kedua-dua wajah pun sudah tidak dapat dia kenal pasti. Sudah terbakar. Di bahagian dada kiri dan peha kanan lelaki tersebut ada pisau yang tercacak. Kesan luka di bahagian perut dan kaki juga parah. Manakala di tubuh badan wanita itu juga dipenuhi dengan kecederaan. Kedua-dua kaki diikat dengan tali. Kaki kiri juga melecur dan di bawah kedua-dua telapak kaki Penuh dengan kesan kaca yang tercucuk ke dalam kulit.

"Sekarang macam mana, bos? Cik Ayrena belum tahu tentang ini."

Darren pejamkan mata. Rahang diketap kuat.

"Siapa punya kerja?"

"Masih tengah cari bos!"


Terus Darren bergerak ke arah Wardrobe room. Keluar dengan berseluar Slack dan berjaket kulit  hitam.

"Sekarang ni Tuan Razi dengan Puan Fateema dah dibawa ke unit forensik. Saya dah minta budak-budak lain uruskan yang itu."

"Kau pergi sana terus. Tunggu aku dekat sana. Nanti aku bawa Ayrena. Adrian dah tahu pasal ni?" Dia pandang Ickey yang masih menunduk.

"Saya tak dapat contact Encik Adrian."

"Kalau macam tu, kau tunggu je aku dekat sana. Nanti aku sampai."

"Baik bos!"

Darren keluar dari bilik. Laju dia turun anak tangga. Capai kunci kereta, terus dia susun langkah ke kereta.

Berdesup kereta yang dipandu Darren keluar dari perkarangan mansion. Sekarang, dia pandu kereta menghala ke rumah Atheena dahulu. Buat masa ini, Atheena saja yang boleh menenangkan Ayrena.

Ring!
Ring!
Ring!

Tanpa lengah, Darren angkat panggilan daripada Ezra.

"Hello, Bos! Encik Adrian. Saya rasa orang yang buat ni memang nak hapuskan keturunan Tuan Razi."


Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now