PART 15

11.6K 491 14
                                    


"Cik Ayrena! Good morning. Awal cik Ayrena datang Harini." Sapa Nadine seraya melihat Ayrena yang sedang duduk di kerusi Kaunter sambil Polish kuku.

"Ha'ah! Awal betul cik Ayrena Harini. Sebelum kitorang sampai, cik Ayrena dah buka cafe. Kalau tidak, biasanya satu jam lepas kitorang buka Cafe ni, baru Cik Ayrena sampai." Kali ini, Rita pula berbicara.

"Morning girls! Saja je I datang awal. Mana Kak Su dengan Lily?" Balas Ayrena. Angkat wajah. Senyum tipis diberikan kepada pekerjanya.


"Morning gadis-gadis jelita." Terlihat Kak Su yang baru masuk ke dalam ruangan cafe bersama Lily di sebelah. 


"Morning!" Serentak mereka membalas.

"Ha! Panjang umur!"

"Kenapa? Umpat aku eh!" Kak Su mendekat ke arah Nadine.

"Eh! Cik Ayrena! Baru perasan! Awalnya datang!" Beg galas diletakkan di atas kaunter. Masing-masing mengadap sesama sendiri.

"Awal lah Harini! Apa salah kan, Jadi disiplin sikit." Bekas pengilat kuku ditutup dan diketatkan.

"Cik Ayrena! Nak tanya!" Lily memukul lengan Ayrena. Lembut.

"Tanya je lah!" Jeda.

"Nak tanya apa?" Soal Ayrena kembali. Pandangan dihala ke arah Lily. Menunggu soalan apa yang meniti di bibir Lily. 

"Tow truck Kat hujung jalan tu, Cik Ayrena yang panggil ke?" Terus Lily bagi soalan. Direct terus apa salahnya.

Senyum sinis.

"Ha'ah!" Sepatah Ayrena balas. Mengiyakan. 

"Dia parking lagi depan cafe ni, terus I suruh uncle tow truck tu ambil dia punya kereta. Pergi tapak pelupusan sampah." Lagi dan lagi Ayrena beri jawapan kepada persoalan Lily.

"Kiranya, Kita buat kerja kotor lah ni ya?" Bisik Rita.

"Tak lah kotor sangat. Kotor sikit je." Ibu jari dan jari telunjuk didekatkan gaya sedikit.


"I suka kerja kotor!" Lily menepuk-nepuk Tangannya. Teruja.

"Kak Su pun dah geram dengan minah senget tu. Kasi ajar dia." Kak Su beri sokongan.

Kecil mata. Nadine taut jari jemari Ayrena.

"Cik Ayrena! Kalau dia serang lagi teruk dari apa yang kita buat, macam mana?" Soal Nadine. Gusar.


"It's okay! Kalau dia buat lagi teruk. I ada banyak lagi cara kotor untuk balas. Lagi dan lagi teruk." Yakin Ayrena beri Jawapan. Kali ini benar-benar tahap kesabarannya hilang. Makin lama! Makin melampau perangai si Jerebu minah senget tu. Sesekali diajar, apa salahnya.


"Okay girls! It's already 9 o'Clock. Let's Start working." Ayrena bangun dan memberi arahan.

"Jom!" Masing-masing bergerak ke arah bilik belakang ingin menukar seragam.

Langkah Ayrena pula diatur ke arah pejabat. Entah mengapa semangat bekerja hari ini berkobar-kobar.

"Haih. Debaran apakah ini." Debaran yang Ayrena rasakan dari semalam tidak kunjung pergi. Semalam, hampir semua kenalan dia buat panggilan untuk meminta maaf. Risau andai diri dia pergi dek kerana debaran yang terasa. Namun, masih dia bernafas hingga saat ini. Haih! Musykil sungguh!

___________

Jari jemari dikatuk di sisi pintu kereta. Fikiran memikirkan apa yang terjadi tadi.

Flashback

Ruangan Tingkat 15 itu bergema dengan bunyi gelak tawa seorang lelaki.

"Look whose Here! Mr. Darren Del Lucca."

Figura lelaki tua yang semakin menghampiri mereka dipandang.

"Bos! Tu kan, Orang tua licik tu!" Tutur Bob perlahan.


"perché quel bastardo qui?" (Kenapa Bastard tu ada di sini?)

"Saya difahamkan, Itu salah seorang yang beri yang pengaruh besar dalam syarikat ni." Ickey memberi balasan kepada soalan bosnya. Nasib baik dia selidik semuanya awal-awal.

"Hi, Mr Darren! Nice to meet you!"
Sebelah Tangan dihulurkan.

"Mr David! Nice to meet you, too!" Huluran salam David disambut.

"I heard everything what people talked about you. Everyone keeps talking about you, Mr. Darren. Look at you, Rich guy, handsome, Strong. No wonder!" Puji David melangit. Tangan ditunjukkan ke arah Darren Setiap kali pujian disebut.

"Tira fuori questo tizio prima che lo mandi all'inferno." (Jauhkan lelaki ni dari aku, sebelum aku hantar dia ke neraka.) Darren beri Arahan. Rimas.


"Sorry, Mr. David. I've to go now. Maybe we can talk another time." Pamit Darren. Namun serta merta dihalang oleh David.

"Darren! Actually, I have an offer for you. So, can we get some privacy. Shall we?" Ujar David.

"Sorry, Mr. David! Our boss is so busy right now. So please!" Celah Ickey.  Tangan kiri memegang bahu David. Kuat.

"Fine! Maybe, next time!" Ditepuk bahu Darren berkali-kali. Sebelum melangkah pergi.

"Does he think I'm greedy?" Kot dibetulkan sebelum melangkah masuk ke dalam Lift diikuti dengan Ickey dan Bob.


End Flashback

"Bos! Bos ada rasa tak, apa yang saya rasa?" Suara Bob mematikan lamunan Darren.

"Rasa apa? Aku tak rasa apa pun." Balas Darren. Pandangan dihala kepada Bob yang sedang memandu.  Apa pula si Bob ni main rasa-rasa.

"Rasa lapar!" Bob mencebik. Tangan kiri sudah mendarat di perut. Sudah masuk pukul 12.00 tengahari. Mereka masih belum menjamah sebarang makanan. Awal pagi lagi sudah keluar dari mansion pergi meeting.


"Hurm! Berhentilah dekat mana-mana restoran. Makan dulu sebelum balik." Melihat gelagat Bob yang sudah seakan tidak bermaya membuatkan Darren memberi arahan. Dia tidaklah kejam mana untuk membiarkan pekerjanya mati kebuluran.

Satu arahan yang membuatkan Bob senyum lebar.

"Yes! Makan! Makan! Makan!" 

Ickey di sebelah Bob hanya geleng kepala melihat Bob yang bersorak sakan. Suka sangat Bos bagi pergi makan. Kalau bos tak bagi greenlight, muncung sedepa lah si Bob.

"Kalau ikut maps, yang ni kedai makan terdekat." Tambah Bob lagi. Mata melilau mencari parking. Lalu satu parkir kosong dijumpai. Di parkir kereta dengan cermat.

"Ni mesti parkir VVIP. Warna purple." Sambung Ickey.

"VVIP tak VVIP, pergi cepat makan. Dah siap terus keluar. Jangan melencong pula." Darren bersuara.

"Baik bos! Bos nak saya bungkuskan apa-apa?" Soal Ickey. Di palingkan tubuh menghadap bosnya yang sedang membaca buku bertajuk Millionaire Mindset yang ditulis oleh Paul J Stanley.

"Aku nak air Americano, macam biasa." Bibir saja berbicara. Pandangan, lansung tidak lekang dari buku. 

"Okay, bos!" Lantas, Seatbelt dipisahkan dari tubuh.

"Betul ni bos tak nak makan? Cafe ni macam ada makanan Italy je. Tengok nama pun macam memang Italian punya." Bob meminta kepastian. Signboard cafe ditilik dua tiga kali.
Betullah.

"Te Amo caffè! Nice name." Puji Ickey.

"non voglio!" (Tak nak)

"Baik bos! Kitorang pergi makan dulu." Ickey susun langkah mengejar Bob yang sudah lolos di balik pintu kaca cafe.




Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now