PART 101

6.8K 410 49
                                    

Malam berganti pagi, Ayrena dan Atheena masih lagi di dalam keadaan yang sama. Terikat!

"Ayrena, husband kau tak cari kau ke? Kau tak balik semalam, tak akanlah dia biarkan kau macam tu je?"

"Aku tak rasa dia akan cari aku. Melainkan kalau dia sungguh berhati nurani." Jeda. Ayrena paling ke arah dinding putih yang terlihat usang. Entah tempat apa ini pun dia tidak tahu. Ceruk mana yang orang jahat tu bawa mereka berdua?

"Aku bosanlah."

"Aku pun," mereka bersandar pada sesama sendiri.

Klak!

Pintu besi dibuka daripada luar. Tidak lama selepas itu, muncul seorang lelaki botak bersama dengan seekor sesumpah yang diletakkan di atas bahu kirinya.

"Aduhai, semalam gemuk, harini botak licin pula?" Atheena lepas keluh.

"Aku ni lapar, tengok kepala dia yang berkilat tu, baran pula aku," Ayrena bersuara. Perutnya kian berbunyi kelaparan.

"Sesumpah sedap ke?" Tanya Atheena.

"Agak-agaklah, Atheena. Sesumpah tu,"

"Eh, orang botak. You nak upah tak? Belikan kitorang makanan. You nak berapa? I bayar,"

"Muka aku ni nampak macam hamba kau ke?"

"Macam dah tu, sama! By the way, I nak nasi lemak sambal sotong, add on timun lebih. Air carrot ais satu."

"I pula nak nescafe ais ikat tepi satu, tapi tak nak ikat belah kiri nak ikat belah kanan. Then I nak makan lobster dekat hotel lima bintang tu."

Lelaki botak itu tidak berkata apa-apa. Telefon di dalam poket dibawa keluar.

"Hello bos, bila kita nak hantar dua orang perempuan ni? Aku dah fed up, mulut diorang tak berhenti bercakap. Aku nak ajar, bos tak bagi pula."

"Bos nak aku letak diorang berdua dekat situ? Okay, bos!"

Ayrena berpaling pada lelaki itu. Begitu juga Atheena.

"Kau dengan kau, siap!" Pesan lelaki itu, sebelum keluar daripada bilik.

"Eleh, nak bersiap apa pula? Tak nampak ke memang dah siap ni?"

"Itulah, dah cantik-cantik macam ni, nak suruh siap apa lagi?"

Tak lama kemudian, muncul pula dua orang lelaki sasa yang bertatu di bahagian muka.

"Kau si..."

Tang!

Kepala Atheena dihentak dengan hujung kayu. Kaku, Atheena pengsan.

"T...Tolong..."

PANG!

Tanpa amaran pipi kanan Ayrena ditampar kuat. Terasa berdesing di bahagian telinga.

"S...sampai hati," kata-kata terakhir yang terkeluar dari ulas bibir Ayrena sebelum jatuh pengsan.

Kini, keadaan kembali senyap sunyi. 

Mereka berdua dibawa keluar daripada bilik kecil itu sebelum dibawa masuk ke dalam satu bilik yang lain.

Di dalam bilik tersebut terdapat sebuah sangkar besar yang dipenuhi dengan pokok-pokok yang tidak terjaga dan satu aquarium yang besar dan lebar.

_________

Ickey melangkah masuk ke dalam bilik snooker.
"Bos ada orang call," Darren yang sedang berlawan bermain snooker dengan Ace serta merta berhenti.

"Siapa?"

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now