PART 56

8.1K 429 8
                                    

"Hebat la Encik Darren tadi. Baru buka langkah satu tapak, si Megat tu terus angkat bini dia bawa lari." Melangit Ayrena puji. Dia pun tak sangka Megat akan buat tindakan sebegitu. Darren belum buat apa-apa lagi, Megat dah angkat Emmy dan terus lari serupa apa dah.

"Ayrena, please! Jauh sikit. Nanti apa pula orang kata. Pekerja kau ada dekat sini, kan." Darren menjarakkan kedudukan antara dia dan Ayrena. Sejak tadi lagi, si Ayrena duduk menempel dengan dia. Bersebelahan macam ni, tak mustahil akan membuatkan orang salah sangka. Mia pula dah pergi buat Tour dekat satu cafe dengan pekerja Ayrena. Sampai ke dapur dah Tour nya.

"Kalau pekerja saya takde, kita boleh rapat-rapat ke?" Ayrena separa berbisik. Spontan buatkan anak mata Darren terbeliak.

"Jangan nak buat hal, Ayrena! Daripada kau duduk sini, lebih baik kau pergi buat apa yang patut." Darren angkat wajah pandang sekeliling, risau kalau ada mata-mata daripada kumpulan lain yang nampak dia dan Ayrena.


"Cara Encik Darren datang tadi, woah! macam gangster lah!" Masih lagi rasa teruja, Ayrena siap tepuk-tepuk tangan lagi.


"Haih!" Geleng kepala Darren dibuatnya. Bila dia minta Ayrena duduk jauh, malah makin mendekat pula Ayrena duduk. Pakej sengih tak henti-henti tu yang dia tak boleh.

"Cik Ayrena, ada orang call!" Lily memanggil dari jauh.

"Tutup kalau tak penting." Balas Ayrena.

"Encik Adrian yang call! Tak penting ke? Kalau tak penting saya nak tutup ni."

Dengar saja nama Adrian sepantas kilat Ayrena hampiri Lily. Dia capai telefon dari pegangan Lily dan terus menghilang ke dalam bilik pejabat dia.


"Bos, gangster dia panggil kita bos. Gangster!" Bob angkat kedua-dua tangan sambil buat gaya rockers.

"Itu rock! Bukan gangster!" Jo tolak pipi kanan Bob sampai terteleng.

"Sama lah tu!"

"Encik-Encik yang handsome semua ni nak minum apa? Nak makan apa?" Rita berdiri tegak diantara dua meja. Satu meja diduduki oleh Ickey,Ezra,Bob,Kas, Kar dan Jo. Manakala satu meja lagi diduduki oleh Darren.

"Bagi je kitorang semua cuppucino latte!" Ickey wakilkan semua.

"Cuppucino latte enam, okay Encik nak apa?" Rita tunjuk hujung pen ke arah Darren.

"Rita, I dengan Encik Darren nak air Americano." Ayrena muncul kembali. Terus dia labuhkan punggung di kerusi kosong betul-betul di depan Darren.

"Cik Ayrena nak air Americano? Betul ni?"

"Yes!"

"Okay, nak makan apa-apa ke?"

"Bagi je kitorang semua spageti carbonara." Ezra pula bersuara.

"Okay, jadi spageti carbonara lapan lah ya, termasuk cik Ayrena."

"Yeah! Nanti you tolong tanyakan Mia sekali dia nak makan apa." Ayrena mencelah. Sambil betulkan lahenga dia.

"Baik cik Ayrena. Kalau takde apa-apa saya minta diri dulu." Rita orak langkah menuju ke dapur. Baru saja masuk pintu dapur, terus tubuh dia ditarik oleh Nadine.

"Diaorang order apa?"

"Menu sama je diorang order. Aku ingatkan leceh sangat nak layan tekak orang putih ni." Rita hulurkan sekeping kertas.

"Kau tulis apa ni Rita? Dah rupa cacing cerawit dah ni." Kak Su tilik-tilik kertas yang Rita hulurkan.

"Rita ketar sangat tadi. Diorang handsome sangat. Ketar-ketar nak tulis." Rita tunjukkan tangan yang masih shaking.

"Itu korang cakap handsome? Takde lah handsome mana!" Lily betulkan scarf rambut. Lipstick hitam yang kian menghilang dia touch up kembali.

"Aunty, sedaplah aiskrim ni nak tambah." Mia hulur satu cawan yang tinggal saki-baki aiskrim.


"Sedap,kan? Sini biar aunty Lily isi semula."

TING!

Sedang asyik masing-masing Siapkan hidangan, satu notifikasi masuk di dalam group whatsapp Te Amo caffè. Di mana group whatsapp yang hanya ada mereka berlima. Iaitu kak Su, Lily, Nadine, Rita dan Ayrena.

"Siapa tu?"

"Cik Ayrena hantar mesej. Dia cakap air Americano yang dia punya make sure ada gula. Biar yang Encik Darren je pahit. Cik Ayrena ada cakap juga, kalau boleh isi lebih sikit kopi dalam Encik Darren punya air." 

Pandang sesama sendiri, masing-masing geleng kepala.

"Dia yang nak mengorat, kita pula yang terlibat."

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now