PART 11

12.4K 494 19
                                    

Marseille Provence Airport, France

"Bos! Barang aku dengan bos, dah settle!" Butang Kot dileraikan sebelum punggung dihenyak ke atas kerusi.

"Bob? Mana dia? Aku dah inform pada dia tepat pukul 10 kita bertolak."

"Ada bos. Bob tengah angkat barang-barang dia. Lepas aku siap angkat semuanya, dia baru sampai. Entah apa yang dia bawa. Katanya, penuh satu kereta."

Darren betulkan duduk.
Pandangan melihat ke arah luar jet peribadi  miliknya. Terlihat Bob yang masih berlari-lari mengambil barang.

10 minit kemudian...

"Huh!Huh!Huh! Air! Air! Nak air." Bob jatuh terduduk. Mengah!"

"Ambil ni! Teruk sangat kau ni! Angkat barang sendiri pun dah macam apa." Lantas Ickey memberi Sebotol air mineral kepada Bob.

Tanpa lengah air mineral diteguk rakus sehingga habis.

"Kau nak pindah Malaysia terus ke Bob?" Nyata dan jelas pertanyaan Darren. Mendatar saja. Segelas fresh orange dihirup perlahan.

"Bos ni, mana ada! Barang saya nampak je banyak, tapi sebenarnya sikit je. Dua luggage baju biasa. Satu luggage baju kerja. Luggage makanan lagi, yang kecil-kecil lagi. Untuk mandian lagi." Bob menjawab sambil jari digerakkan seperti mengira.

"Che cosa! Makanan pun ada? Seriously, Bob. Kau ingat Malaysia tu takde makanan ke? Lagipun kita duduk dekat bandar. Bukannya hutan. Lain lah kalau kau nak pergi, biar aku hantar."

"Bos ni! Tak nak! Just in case je! Lagipun bukannya sampai rumah bos dekat Malaysia tu dah ada makanan tersedia." Bidas Bob. Peluh di dahi diseka menggunakan sarung tangan bercorak Spiderman superhero kegemarannya.

"Ikut lah Bob! Sudah! Duduk diam-diam. Nanti jadi macam hari tu pula. Berjalan merata, mula lah tergolek sana tergolek sini." Darren geleng kepala. Wajah menayangkan riak biasa, namun geli hati apabila teringatkan moment semasa mereka dalam perjalanan balik dari Italy beberapa bulan yang lepas, di saat Bob sedang berdiri untuk mengambil makanan, ribut petir berlaku secara tiba-tiba dan jet mula hilang keseimbangan, kesemua daripada mereka duduk di seat masing-masing kecuali Bob yang tidak sempat untuk berpaut di mana-mana. Di saat itu jugalah Bob tergolek dari arah belakang jet sehinggalah di kaki Darren. Ke kiri dan ke kanan. Bagaimana jet hilang keseimbangan, begitu jugalah Bob.

"Apa yang kau gelakkan Ickey! Tak lawak okay. Di saat aku genting macam tu korang semua boleh gelakkan aku! Huh! Tak nak ingat!" Bob teleng ke tepi tanda protes. Mata dikecilkan memandang ke luar.

"Ada masa tahulah aku balas!" Bicara Bob perlahan namun masih didengari oleh Darren dan Ickey.

Hilang tawa! Wajah  kembali serius di saat jet mula dirasakan bergerak.

"Bob! Duduk lah mana-mana tempat kau nak duduk.Tapi, bukan duduk depan aku. Ke tepi."

"Baik Bos!" Bob Mengorak langkah dan perbetulkan posisi. Seatbelt Dililit sehingga kemas. Kali ini, kalau ribut taufan Melanda sekalipun, dia pasti tak akan tergolek.

"Bob!" Suara garau Darren yang seakan serious.

"Iya, Bos! Maaf bos saya tak boleh nak berpusing. Dah ketat sangat seatbelt ni." Bob mendongak-dongak.

"Haih! Memanglah aku suruh duduk diam-diam pakai seatbelt."

"Kenapa tu bos?"

Ickey tepuk dahi. Kalau tak buat perangai tak semenggah tu bukan Bob lah!

"Ikutlah Bob! Yang mana-mana kau rasa selesa." Darren melangkah ke arah tempat duduk selang beberapa seat ke belakang.

"Sampai seatbelt seat lain pun kau ambil tu Kenapa?." Jari Ickey mencucuk-cucuk perut Bob.

"Sakitlah Ickey janganlah meraba aku!"

"Eeuw! Not my taste lah kalau nak meraba pun. Sudahlah, Aku nak tidur. Nanti kalau kau susah nak pergi tandas jangan panggil aku pula. " Ickey memberi amaran.

Bob dengan seatbelt yang dililit satu badan dibiarkan dengan dunianya sendiri.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now