PART 78

8.3K 405 6
                                    


"Makanlah! Ke awak nak saya suap?" Soal Ayrena dengan pandangan mata masih tertancap pada wajah Darren. Ulas bibir dah mula ukir senyum. Ini lah peluang yang dia nantikan.

"Aku boleh makan sendiri. Bagi mangkuk tu pada aku." Darren hulurkan tangan. Macam mana dia nak makan sendiri kalau mangkuk tu daripada tadi Ayrena pegang? Dari tadi dia minta, tapi Ayrena pula tak mahu bagi. Bila dia tarik mangkuk tersebut, Ayrena tarik kembali. Kalau macam ni, sampai esok pun dia tak jamah apa-apa.

"Awak tak nak saya suap? Jarang tahu tak, saya nak suap orang."

"It's okay. Aku boleh makan sendiri. Tangan aku masih berfungsi." Mangkuk di tangan Ayrena diambil paksa.

"Nak suap pun tak mahu." Ayrena tayang muncung itik sambil berpaling ke arah balkoni.

"Lain kali, makanan ni kau tinggal je dekat dapur. Apa gunanya meja dekat dapur tu kalau makan dalam bilik? Lepas ni hidang je makanan dekat dapur, faham?"

"Makan dalam bilik lah baru rasa romantik. Duduk atas katil. Saya suap awak, awak suap saya. Eh!" Ayrena cepuk mulut yang terlepas cakap.

"Kenapa? Kalau makan dekat dapur tak boleh nak suap menyuap?" Terangkat kedua-dua kening Darren saat dengar jawapan tak masuk akal Ayrena.Setiap kali buat sesuatu, ada saja taktik dan alasan yang Ayrena buat.

"Awak nak suap saya?" Ayrena mencucuk-cucuk permukaan bantal dengan hujung jari. Malu! 

"Dah, jom turun!" Darren letakkan mangkuk yang berisi Mi kari di atas dulang kembali. Dulang tersebut diangkat dengan penuh berhati-hati.

Ayrena ikut Darren dari belakang. Menuruni satu persatu anak tangga marmar.

Nasib baiklah pekerja Darren semuanya tidak ada di rumah. Tak perlulah dia nak bertutup litup.

"Kau dah makan ke?" Sampai saja mereka di meja makan, Darren terus duduk di kerusi. Laparnya tak boleh bawa bincang.

"Belum!" Ayrena geleng kepala ke kiri dan kanan. Dia juga turut duduk di sebelah Darren sambil menongkat dagu.

"Mi kari ni kau masak ke?" Soal Darren lagi. Hujung jari mencapai garfu dan sudu yang sudah sedia ada di atas dulang.

"Ehem!" Ayrena angguk laju. Dari duduk menongkat dagu, Ayrena duduk tegak seperti orang nak pergi interview. Risau kalau Darren dapat bau dia punya penipuan. Agak-agak lah dia masak. Kalau dia yang masak mi kari tu tadi, sudah boleh teka macam mana keadaan dapur Darren. Silap-silap, bukan dapur saja yang terbakar, satu mansion yang hangus.

Jantung Ayrena kian terasa debaran saat Darren rasa mi kari tersebut pada suapan yang pertama.

Kerongkong terasa kering saat terlihat kerutan di dahi Darren.

"Tak sedap ke? Takkanlah makcik janda tu menipu?" Desis Ayrena dalam hati. Jari jemari bermain-main sesama sendiri.

"Hurm,sedap!" Sehelai tisu yang berada di dalam kotak dicapai dan ditarik. Darren lap bibir yang mungkin tersisa kuah kari.

"Kau tak makan lagi, kan?"

"Belum. It's okay awak makanlah dulu." Niat nak mengelak daripada makan, tapi terbantut saat Darren dah hulurkan mi kari ke arah mulut dia. Nak atau tidak, terpaksalah dia nganga.

"Hurm, sedap!"

"Ambil ni, kau makan sampai habis, aku nak kena bersiap."

"Awak pergi kerja hari ni?"

"Kalau ikutkan harini cuti, tapi ada emergency meeting." Darren bangun dari kerusi dan menuju ke arah singki. Dia tilik kawasan dapur, bersih. Singki pun kering. Bila tengok tong sampah, tong sampah pun kosong. Mustahil betul Ayrena boleh memasak. Tengok daripada kes dapur terbakar dulu pun, dia dah dapat teka.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now