PART 67

7.7K 454 15
                                    

"Bos! Bos pasti nak kahwin dengan cik Ayrena? Bos dah fikir betul-betul ke?" Ickey hempas tubuh di atas sofa. Darren pula duduk di kerusi office sambil sign dokumen penting. Sekeping kertas putih ditangan, Ickey baca dengan teliti. Sesekali berkerut dahi dia membaca setiap syarat Ayrena.

"Sediakan semua benda yang dia minta dalam tu. Aku nak kau settlekan bulan ni juga. Lagi cepat lagi bagus." Arahan diberikan untuk orang kanannya. Namun jari Darren masih lagi lincah menandatangani semua dokumen. Iris mata juga turut bergerak-gerak membaca setiap keping dokumen.

"Tapi bos, tak rasa melampau ke kalau Cik Ayrena tetapkan syarat macam ni. Sebuah rumah persendirian di tepi pantai. Kalau boleh Cik Ayrena nak satu pulau yang hanya milik Cik Ayrena. Setiap negara perlu ada satu hotel milik bos untuk Cik Ayrena menginap. Dalam kurungan, sebab cik Ayrena suka travel."

Ickey dah pening kepala dengan syarat tidak masuk akal Ayrena. Mujurlah Bos dia yang mahu kahwin. Seketika, Ickey sambung membaca lagi.

"Kemudian kereta Buggati, Lamborghini Aventador SVJ, McLaren  perlu disediakan untuk memudahkan Cik Ayrena ke mana-mana. Termasuk helikopter dan Yacht. What? Seriously bos! Ini baru separuh syarat." Ickey pandang Darren yang langsung seakan tidak endah tentang syarat yang dirasakan agak melampau itu. Malah setiap syarat itu akan dipenuhi. Memang gila!

"Pepare everything she's want!" Pen dijatuhkan dari pegangan. Sandarkan tubuh, Darren betulkan urat-urat leher. Diteleng ke kiri dan ke kanan.

"As you wish, bos!" Ickey bingkas bangun dan menapak ke arah pintu.

______________

"Padan muka! HAHAHAHAHA!" Ayrena mengetuk-ngetuk stereng kereta. Menahan kegelian hati. Bertambah ketawa apabila dia mula membayangkan bagaimana reaksi Darren nanti selepas membaca surat yang tertera syarat yang tidak masuk akal dia.

"Putih mata lah Mr Cruel tu! Tak sia-sia aku ikut plan Atheena. Baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah." Tali pinggang mula diketatkan. Sudah masanya dia berangkat ke airport. Lagipula Atheena sudah pun tiba di airport satu jam yang lepas.

Berderum bunyi enjin kereta Ayrena dari luar syarikat Darren. Sehinggalah tiba di destinasi. Kuala Lumpur International Airport.

Angkut beg dari bonet, Ayrena berlari-lari masuk ke dalam airport. Risau terlepas flight.

"Atheena! Jom!"

"Nah passport kau!"

"Thank you!" Passport bertukar tangan. Mereka berdua senyum sesama sendiri.

"Ready?"

"Ready!" Ayrena jawab penuh semangat. Demi percutian di Bali.

"Bali! Wait for us!"

"Kau dah hantar syarat-syarat tu?" Soal Atheena.

"Settle! Dan aku rasa dia takkan ganggu kita sepanjang kita dekat Bali." Ayrena jawab dengan penuh yakin. Dalam hati sudah berdebar hebat. Bagaimana kalau syarat-syarat itu semua Darren boleh penuhi? Bagaimana nasib dia nanti?

"Baguslah. Jom! Kita dah lambat ni."

Ring!

Ring!

Ring!

Baru selang beberapa langkah, telefon Ayrena sudah berdering. Dengar deringan saja dah buatkan Ayrena kalut. Lagi gelabah dia apabila melihat nama yang tertera di skrin telefon.

"Mr Cruel?" Jari terasa bergetar untuk tekan butang hijau.

"Nak angkat ke tak?" Dia tanya Atheena, Atheena angguk. Tarik nafas dalam-dalam. Ayrena tekan butang hijau.

"Hello!"

"Well! Aku setuju dengan syarat kau. Tapi, lepas kahwin giliran kau pula untuk ikut syarat aku. Deal?" Suara Darren jelas memukul gegendang telinga Ayrena.

"Minggu depan kita kahwin. Be ready my dear." Ayrena dah mula cuak. Lutut terasa lemah longlai.

"Kau tak perlu nak fikir sangat. If you be my wife, I'll protect you. Aku pernah berhutang nyawa dengan papa kau, dan aku nak kau anggap aku balas jasa papa kau dengan cara aku lindungi kau. Tapi, dengan syarat jadi isteri aku. Kau nak aku cari kan Adrian. Aku akan cari, tapi lepas kau ikut syarat aku. Kalau kau tak setuju terpulang. Itu hak kau. Tapi, dengan kau letakkan syarat yang macam itu. Aku anggap kau setuju. Jadi, jumpa minggu depan."

Liur terasa berpasir. Otak ligat memikirkan alasan. Minggu depan? Darren Del Lucca ni hilang akal ke apa?

"Ouh, one more thing Ayrena. Jangan fikir untuk keluar dari negara ni. Aku dah uruskan dekat airport untuk kau dengan kawan kau tak boleh keluar dari Malaysia. Aku dengar kau nak pergi Bali. Nak lari ke?" Suara Darren kedengaran sinis.

"Saya belum jadi isteri awak lagi, Encik Darren."

"So? Kenapa kau nak jadi isteri aku lebih awal ke?"

"Apa masalah Encik Darren? Nak gaduh ke? Nak lawan? Mari lah! Mari! Saya ada tali pinggang hitam." Berang Ayrena. Belum kahwin lagi dah rasa nak derhaka.

"Simpan je lah tali pinggang hitam kau tu. Mungkin berguna lepas kahwin nanti."

"Apa masuk Encik huh?"

"Times up. I have to go now. Bye, see you soon."

Ketap bibir. Ayrena genggam lengan Atheena.



Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now