PART 99

5.9K 348 28
                                    

Ting!

Pintu lift terbuka dengan luas di tingkat 45. Tidak lama kemudian figura Adam Mikael keluar daripada pintu lift dan menuju ke arah bilik office.

"Ya, aku tahulah apa yang aku buat. Kau uruskan mommy kau tu je. Boleh tak jangan serabutkan lagi hidup aku?" Bersambung kening dia menandakan amarahnya semakin memuncak. Tanpa menunggu lama, panggilan telefon dimatikan.

"Bos," suara seorang perempuan muda yang memakai cermin mata bulat mematikan langkah Adam Mikael.

"Kenapa? Kau tak nampak ke aku tengah buat apa? Aku sibuk, ke tepi." Bahu Erin ditolak dengan kuat membuatkan Erin terjatuh ke lantai. Cermin mata yang dipakai juga turut terpisah dari wajah. 

"Haih," terpisat-pisat Erin bangun sendiri.

"Lantak kau lah, biar kau pening dengan makhluk yang ada dekat dalam tu," sinis Erin hantar jelingan tajam ke arah pintu office Adam yang sudah tertutup rapat. Tidak sampai sesaat pintu itu tertutup, nama Erin telahpun dilaung kuat oleh Adam dari dalam bilik. 

"Mulalah tu," bergegas Erin berlari masuk.

"Ya, bos?"

"Ya, bos? Macam mana perempuan ni boleh masuk?" Pandangan Adam dibalas dengan gerakan Mulut yang tidak berbunyi.

"I yang nak masuk, Adam. I rindu you. I miss you so much." Pelukan wanita itu dileraikan Adam serta merta. Memerah muka Adam Mikael.
"Get out, Suzy." arah Adam perlahan.

"If I don't want?"

"I sendiri heret you keluar,"

"What? Seriously? Adam, come on. Salah ke I datang sini? I cuma nak jumpa you dan luangkan masa dengan you."

"Salah. Daddy I dah bising dan you tahu tak, apa yang daddy I minta?" Meninggi suara Adam.

Erin hanya berdiri tegak dan memandang mereka berdua silih berganti.

"What? Apa lagi yang daddy you nak? You tahu tak sekarang ni daddy you nak pisahkan kita, Adam."

"Daddy I suruh I kahwin,"

"Then, kahwin je lah dengan I,"

"No, I can't."

"Why? Because of your daddy don't like me?" Sinis Suzy beriak tidak percaya.

"Ataupun you tak boleh lupakan your ex?" Tambah Suzy lagi.

"I  ada meeting sekejap lagi, malam nanti jumpa I dekat tempat biasa. Now, you keluar. Erin bawa dia keluar."

"Baik bos! Cik Suzy jom." Erin kuak pintu sedikit luas.

"You tak datang you siap, I cari you sampai rumah daddy you," amaran Suzy berbalas dengan anggukan Adam sebelum Suzy dan Erin berlalu pergi.

"Banyak betul masalah," Bebel Adam seraya mendail nombor seseorang.

"Hello, kau jumpa ke tak perempuan tu?"

"Buat masa ni belum dapat apa-apa maklumat lagi, Encik Adam."

"Korang ni buat kerja lambat macam siput. Kalau tak boleh cakap tak boleh. Aku boleh upah orang lain."

________________

"Cik Ayrena," tegur Bob dari belakang.

"Hurm, abang Bob nak apa?" Soal Ayrena yang berada di atas buaian. Bob yang memakai apron dipandang sekilas.

"Cik Ayrena kenapa duduk sini? Bosan ke?"

"Abang Bob rasa? Dah berapa hari dah Ayrena tak jumpa Atheena. Mestilah bosan. Duduk rumah asyik menghadap muka orang yang sama. Lagi-lagi tu, si tuan Triston tu."

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now