PART 111

5.5K 309 23
                                    

"Aku akan rindukan korang nanti." Bob mencebik kecil dengan kedua tangannya mengangkat kesemua beg dan bagasi masuk ke dalam bonet.

"Aku pun," Jo terus peluk erat tubuh gempal Bob. Kas dan Kar pula menjadi pemerhati dari belakang. Sudah hampir sepuluh minit mereka menjadi penonton tidak berbayar melihat Bob dah Jo meluah rasa. Ingatkan sudah habis buang air mata, belum habis lagi dia punya drama rupanya.

"Bro kitorang gerak dulu. Nanti ada masa datanglah France, melawat kitorang dekat sana." Ezra bercakap sambil menepuk-nepuk bahu Kas dan Kar.

"Kalau bos panggil, barulah kitorang boleh gerak pergi France." Balas Kas dengan redup matanya mengiringi Ezra masuk ke dalam kereta.

"Thanks for everything, bro." Giliran Ace pula untuk memeluk erat sepasang kembar yang berdiri di sisi kereta.

"Hope to see you again,"

Bob dan Jo masih belum habis melepaskan pelukan sesama sendiri.
"Sudahlah tu, Bob. Nak gerak dah ni, bos kata kalau kau lambat tinggalkan je kau dekat sini," keras suara Ezra dari dalam kereta.

"Nanti kalau ada apa-apa berita ke gossip ke update je dalam group kita," Bob bersuara lagi sebelum masuk ke dalam perut kereta di seat belakang.

"Ezra, kau jumpa bos dekat airport atau pergi cafe cik Ayrena?" Kas bertanya dari celah tingkap yang terbuka separuh.

Mereka semua sudah berpecah dari pagi tadi. Ezra, Ace, dan Bob bergerak dari Mansion dan terus pergi ke Airport. Manakala Darren, Ickey, Mia dan Ayrena pergi ke Te Amo Caffe terlebih dahulu disebabkan permintaan Ayrena untuk berjumpa dengan Atheena dan pekerjanya terlebih dahulu sebelum berangkat ke France.

"Airport terus, lagipun bos sekejap je dekat cafe cik Ayrena,"

"Okay, drive safe bro! See you guys later,"

Laju kereta Jeep wrangler berwarna hitam metalik meluncur keluar dari perkarangan mansion Darren Del Lucca menuju ke Kuala Lumpur International Airport.

_______________

Te Amo Caffe,

"Tolong jaga cafe sepanjang I tak ada," pinta Ayrena dengan berdiri tegak di hadapan pintu cafe. Mujurlah waktu sebegini pelanggan masih belum ada.

"Cik Ayrena jangan risau, hari-hari kami jaga cafe ni," Ucap Kak Su dengan anggukan daripada Lily, Nadine dan Rita. Darren dan Ickey hanya menunggu Ayrena dari dalam kereta.

"Nanti aku datang melawat kau dekat sana," Atheena merangkul erat tubuh Ayrena di dalam dakapannya. Pipi mulus Ayrena sudah dibanjiri dengan air mata. Sebak ingin berjauhan begini. Sudahlah selama ini ke manapun dia pergi, Atheena pasti akan ada dengannya. Tetapi sekarang dia akan pergi berseorangan tanpa Atheena. Hanya Darren dan anak buah Darren sahaja yang ada.

"Janji, datang melawat aku?" Mencebik bibir Ayrena sambil menanyakan soalan.

"Janji! Kau janganlah over sangat, kau tu bukannya pergi seorang. Dia punya sedih tu macamlah kau pergi sana seorang diri." Atheena mengesat sisa air mata yang ada di pipi Ayrena.

"Kau ni, aku sedihlah sebab nanti tak boleh jumpa macam selalu."

"Hurm, iyalah. Sudah, tak perlu nak bersedih sangat. Pergi cepat, suami kau dah tunggu lama tu," tegur Atheena sambil memuncung ke arah kereta Bentley yang elok diparkir berhadapan cafe.

"Bos, saya dengar cerita, semalam grandpa dah bising pasal cicit dalam group." Ickey mulakan bicara. Darren yang berada di seat bahagian belakang dipandang sekilas melalui rear view mirror. Tekun saja Darren mengamati skrin tablet yang berada di atas ribanya. Tampak serius saja riak wajahnya dan beku seperti biasa. Mia Isabella pula masih nyenyak tidur sambil berdengkur kecil di seat sebelah pemandu.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now