PART 92

7.2K 423 41
                                    

"Atheena, kau rasa yang ini ke yang ini lebih sesuai dengan aku?" Dua buah beg tangan Ayrena angkat sedikit tinggi. Sudah menjadi satu kebiasaan untuk dia mendapatkan pendapat Atheena dahulu sebelum membeli apa-apa yang berkaitan fasyen. Tapi kalau ikutkan rambang matanya, hendak saja dia membeli kedua-dua beg itu tanpa memilih. Tetapi risau pula tak terpakai beg tangan itu semua. Beg tangan yang masih ada di dalam almari dan tidak pernah di pakai pun sudah terlalu banyak.

Atheena terus meletakkan beg tangan yang sedang ditilik. Kemudian dia berjalan mengelilingi Ayrena sambil jari jemari diletakkan di dagunya gaya berfikir. Dari bawah hingga ke atas dia pandang Ayrena. Salah satu sifat yang Atheena ada ialah dia cerewet kalau tentang fesyen.

"This one is more suitable. Kalau kau pakai warna yang ini, kau akan nampak lebih elegan dan berkelas. Berbanding kalau kau pakai yang ini, lebih nampak macam tua dan sakit mata."

"Okay, aku ambil yang ini," selepas membuat pilihan, Ayrena terus melangkah ke arah kaunter.  Black Card milik Darren di keluarkan dari card holder berjenama Chanel. Mujurlah dia sempat ambil black card tersebut daripada wallet Darren sebelum keluar pagi tadi. Kalau tidak, terpaksa bayar guna duit sendiri.

Keluar saja mereka daripada kawasan kedai, Atheena menarik Ayrena masuk ke kedai sebelah. Daripada tadi dia menahan diri daripada masuk ke kedai itu, namun nafsu membelinya terusik.

"Kau nak beli apa dekat sini?" Soal Ayrena sebaik saja dia melihat keadaan sekeliling yang hanya mempamerkan baju pengantin. Buang tabiat ke si Atheena ini?

"Aku nak survey je dulu. Mana tahu tak lama nanti aku pula yang kahwin. Cuma tunggu bakal suami aku jatuh dari langit je." Atheena berjalan ke laluan yang lain. Ayrena pula masih berlegar-legar di ruangan berhampiran kaunter.

Ralit Ayrena membelek koleksi baju pengantin yang tergantung. Tidak dinafikan kecantikan gaun pengantin yang dipamerkan membuat Ayrena bagai ingin berkahwin semula. Dia tersenyum sendiri saat membayangkan dia dan Darren sedang bersanding.

Indah sungguh!

Sedang dia asyik memuji kecantikan kesemua gaun yang berjaya menambat hatinya, tiba-tiba figura seseorang lelaki daripada pantulan cermin membuatkan Ayrena tidak senang duduk.

Disebabkan kedai itu hanya dikhaskan untuk pelanggan wanita, sedikit sebanyak Ayrena tarik nafas lega kerana lelaki itu tidak boleh melepasi pintu kaca itu dan masuk ke dalam.

Kalau ikutkan tekaannya, benar dia sedang diekori. Entah berapa lama lelaki itu telah mengekorinya. Dapat dia tebak kerana kesemua kedai yang dia pergi pasti ada lelaki itu. Kalau hanya satu atau dua kedai yang membuatkan mereka terserempak tidak mengapalah juga. Tetapi semua kedai yang dia dan Atheena singgah pasti ada lelaki itu. Mustahil kalau itu hanyalah satu kebetulan.

"Atheena, aku rasa kita kena pergi tempat lain sekarang," Ayrena menarik lengan Atheena.

"Huh? Pergi mana?"

"Bukan masanya aku nak terangkan. Cepat ikut aku,"

________________

"Macam mana kau boleh terlepas pandang?"

"Maaf bos, tapi isteri bos banyak akal dia permainkan saya tadi bos. Saya tak sempat kejar. Entah apa yang dia cakap dekat golongan makcik tua tu, sampai habis saya kena lunyai." Bicara Kay dari dalam panggilan. Suaranya seakan sedang menahan sakit.

"Dia tak akan perasan kalau kau buat kerja clean."

"Maaf bos. Saya cuba cari dia semula."

"No need. Go see a doctor and get treatment first." usai kata Darren terus matikan panggilan.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now