PART 25

9.7K 500 4
                                    


"Abang Ad! Buat apa dekat sini?" Ditarik Kerusi kosong dihadapan Adrian dan dia labuhkan punggung.


"Ayrena! Ayrena buat apa dekat sini? Cafe siapa jaga?" Soal Adrian apabila melihat Ayrena yang seperti baru balik shopping. Bungkusan kecil di tangan Ayrena dia lihat sesekali.

"Haish! Abang ni, Ayrena tanya abang, dia tanya kita pula. Ayrena keluar sekejap nak beli barang. Lagipun, cafe bukannya tiada orang yang jaga." Tayang muka menyampah. Gelas Air dihadapan dia sambar. Tanpa sempat dia letak straw di bibir sudah dihalang oleh Adrian.


"Ayrena!" Ditepis perlahan tangan Ayrena dan diambil kembali Air jus Apple.

"Apa abang ni! Nak sikit je pun!" Ayrena pamer muncung. Dia paling kepala ke sudut lain. Merajuklah!

"Yang itu bukan air abang, ini air abang." Ditunjuk ke arah Ayrena Milo Ais tabur di tangannya.

"Yang ini air siapa?" Ayrena kerut kening sebelum dia tayang reaksi terkejut. Ditutup mulut menggunakan kedua-dua tangannya.

"Girlfriend abang? Bakal kakak ipar Ayrena?" Membuntang mata Adrian mendengar kesimpulan Ayrena.


"Budak ini kalau bercakap tu jauh sangat buat andaian." Dia geleng kepala sebelum kedua-dua pipi Ayrena dia cubit.

"Abang sakit! Sakit! Lepas! Lepas!" Diketuk-ketuk tangan Adrian untuk membebaskan pipi dari cubitan.

"Tahu sakit! Ini bukan bakal kakak ipar atau Girlfriend abang lah! Siapa je yang nak dekat abang ni!" Adrian bagi ayat pasrah.


"Ramai je yang nak kat abang, abang tu je yang jual mahal kalah perempuan." Bidas Ayrena. Pipi dia gosok-gosok untuk hilangkan rasa sengal.

"Habistu, kalau bukan untuk bakal kakak ipar Ayrena, yang abang order sampai dua gelas ni kenapa? Siapa punya?" Soal Ayrena lagi.


"Client abang!"

"Ouh! Client. So, abang ada meeting?" Sesekali bibir dia kemam.


Adrian angguk mengiyakan. Baru sekarang ke Ayrena perasan yang dia sedang meeting? Kena cakap keluar dulu dengan client baru ada meeting? Punyalah ada file dan dokumen di atas meja ini tidak pula dia perasan.

"Mana client tu? Tak sampai lagi?" Dia teleng kepala kiri dan kanan. Melihat suasana di restoran yang masih lenggang.

"Client tu dah sampai. Dia pergi toilet sekejap." Jawab soalan, milo ais tabur Adrian hirup. 


Suasana di dalam restoran masih sunyi. Kini, mata Ayrena hanya pandang gerak geri Adrian yang sedang membelek-belek file di atas meja. Satu persatu dokumen dia baca dan amati. Terus Ayrena gapai telefon dan butang record dia tekan. Niat untuk menghantar video tersebut kepada mama. Pakaian yang dipakai Adrian saat ini ialah suit berwarna biru pekat dan kemeja berwarna biru cair di belah dalam. Rambut yang sedikit terjuntai di dahi membuatkan aura Adrian makin terlihat berkarisma. Hidung mancung dan bibir mungil mengikut genetik Puan Fateema. Manakala iris mata berwarna hitam dan kening lebat pula mengikut genetik Tuan Razi.


Tengah dia syok record abang sendiri, kedengaran bunyi music lullaby yang memotong kesunyian di dalam restoran.



"Abang! Angkat phone tu. Bising! Kalau lagu sedap takpelah juga!" Arah Ayrena. Entah berapa kali sudah dia menyuruh Adrian untuk menukar ringtone, namun Adrian masih menggunakan ringtone yang sama. Adrian dengan lullaby berpisah tiada.


Tanpa lengah, telefon di sebelah dia ambil. Melihat gerangan si pembuat panggilan.

"Ayrena tolong tengokkan barang abang sekejap!"  Bingkas Adrian bangun dan bergerak jauh dari Ayrena.

Iris mata Ayrena memandang Adrian yang sedang berdiri di luar restoran.Jauh betul bercakap.

TING!
Bunyi notifikasi mesej masuk ke telefon Ayrena. Bingkas dia buka lock screen.

Pesanan daripada Kak Su dia baca satu persatu.

"Cik Ayrena dekat mana? Tadi si jerebu minah senget tu datang cari cik Ayrena. Katanya nak jemput ke majlis perkahwinan dia."
-Kak Su Bakal isteri abang sado

"Si jerebu tu nak kahwin? Baguslah! Lepas tu, kak Su cakap apa?" Butang send dia tekan.


"Excuse me miss!" Mendengar suara dibelakang tubuh membuatkan Ayrena toleh ke belakang. Spontan dia berdiri tegak. Menoleh ke arah si jejaka.

"Again and again with your face! How about this time? You are follow me, right?" Angkat kening, dia silang tangan ke dada. Telefon sudah tercampak ke atas meja.


"I should say that! Again and again with your face! Seriously?" Darren mendekat.


"Encik ni memang macam ni ke? Susah, lah! Kalau dah minat saya, bagi tahu saya. Saya akan fikir-fikirkan. Lagipun tengok rupa Encik ni, masih boleh dipertimbangkan lagi." Sambung Ayrena. Dilihat Darren dari atas kebawah. 


Darren hanya kekal tidak memberi balasan. Tidak mahu menampakkan yang dia faham akan apa yang diperkatakan kepadanya.



"How many times, I have to say that! Don't be close to me!" Di tunding-tunding jari ke arah Darren yang berdiri rapat. Hanya beberapa inci ruang antara mereka.


"Don't ever point your finger at me." Darren beri amaran. Namun, makin Dia beri amaran makin Ayrena buat.


"Ayrena! Kenapa ni?" Suara Adrian mematikan kelakuan Ayrena. Terus dia pusing ke arah Adrian dan tayang sengih. Darren pula sudah menjarakkan tubuh.


"Nothing!"

"Darren! Are you okay?"

"Darren? Siapa? Dia? Abang kenal dia ke?" Pandang Adrian dia buat wajah cemberut.

"Ayrena! He's my client! Kan abang cakap abang ada meeting! Buat hal, huh?" Suara Adrian seakan berbisik.


Ayrena telan liur. Client? Meeting? Selepas semua pertuduhan yang dia buat tadi, baru Adrian cakap client? Dia angkat wajah ke arah lelaki yang digelar Darren. Dihadiahkan senyuman palsu.
"Nice to meet you, Darren!"


"Ayrena gerak dulu." Segera tas tangan dan bungkusan tadi dia capai.
Terus dia atur langkah keluar.

Melihat bayangan Ayrena yang mula hilang dari radar, Adrian mula buat spekulasi.

"Who is she?" Soal Darren sambil betulkan duduk.


"Sister. Nevermind! Budak tu memang macam tu! So, should we continue?" File yang tadinya dia tinggalkan dia buka kembali.


"Yes, sure!" Air jus Apple di sebatikan dengan air batu. Terus dia hirup sedikit demi sedikit menghilangkan dahaga yang menyinggah.




Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang