PART 35

9.6K 512 25
                                    

"Cik Ayrena! Cik Ayrena!" Bob panjat anak tangga mengejar Ayrena yang sedang berjalan menuju ke bilik tetamu.

"Cik Ayrena okay?" Soal Bob saat dia sudah berhenti di hadapan Ayrena.


"Okay! Kenapa abang Bob tanya?" Angkat kening, dia balas pandangan Bob. Hairan! Takkan secepat itu berita di shopping mall tersebar. Lagipun, hal itu hanya Dia dan Darren saja yang tahu. Melainkan si Darren ni mulut tak boleh pakai. Agaknya nak kena sumbat heels juga baru nak diam. Bos dengan pekerja sama je.

"Saja je abang Bob tanya. Ambil berat. Kalau Cik Ayrena Okay, baguslah! Takpelah kalau macam tu, Abang Bob turun dulu." Pamit diri, Bob hilang dari pandangan mata Ayrena. Misi untuk memberitahu yang lain. Jujurnya dia teruja. Teruja menjadi saksi akan apa yang berlaku di shopping mall tadi. Tidak sia-sia dia ekori Darren secara senyap sejak Darren dan Ayrena keluar dari mansion.


Tanpa ragu, Ayrena sambung orak langkah ke arah bilik. Tutup daun pintu, terus dia terjun gaya Pandalela Rinong  ke atas tilam empuk. Nasib tak tergeliat tulang belakang.  Bungkusan di tangan juga turut terjun sekali di atas tilam. Termenung menghadap syiling, hati mulai bernada, benarlah sekarang dia sehelai sepinggang disebabkan telefon dan segala barangan penting tertinggal di cafe. Segala wang, kunci kereta, telefon semuanya tiada. Lepas keluh, Ayrena pejam mata. Saat mata sudah hendak terlelap, terdengar bunyi daun pintu dibuka.  Serta merta buatkan Ayrena drastik membuka mata yang elok terpejam. Lihat gerangan yang masuk ke dalam bilik,  buat dia terus bangun dari katil. Hilang terus Kantuk yang terasa.


"Encik Darren!"
"Eh!.."
"En..Encik Darren buat apa ni?" Langkah Ayrena terdorong ke belakang saat Darren semakin mendekat.

Anak mata hazel itu terus merenung iris mata Ayrena dalam. Langkah semakin dia dekatkan pada tubuh kecil Ayrena.

Darren bongkokkan sedikit tubuh. Tangan kiri elok diserlup ke dalam poket,  tangan kanan pula kekal di belakang tubuh.

Hampir tercabut nyawa Ayrena apabila hidung mereka hampir berlaga.

Pejam mata, Ayrena lindung wajah menggunakan kedua-dua tangan. Entah kenapa saat ini bibir tidak menjerit. Hanya tangan yang membuat benteng.

"Kau punya barang!" Bungkusan di tangan diangkat tinggi menyamai paras Ayrena. Ayrena masih kaku tidak bergerak.

Mndengarkan kata-kata Darren, Ayrena buka tekupan di muka. Menilik beberapa beg kertas Victoria secret di tangan Darren. Muka apa lagi, sudah membahang menahan malu.


"What do you think, huh?" Senyum sinis, Darren Jongket kening memandang si gadis.

"Aku cuma nak bagi beg shopping kau tu je. Terselit dengan aku punya sekali." Jelas Darren. Tidak mahu niat dia disalah tafsir.


"Dah bagi kan? Keluar lah!" Saat bungkusan bertukar tangan, Ayrena beri arahan. Alih mata, dia pandang ke arah balkoni. Tidak sanggup rasanya untuk pandang Darren saat ini. Hati Sudah menjerit-jerit menahan malu.


"Fine! By the way, nice colour! But, I prefer black than red." Darren berbisik perlahan di cuping telinga Ayrena. Ayrena sudah pejam mata, saat ini rasa malu dia sudah bertan-tan. Kalau bukan dia fikir si Darren itu adalah tuan rumah, dah lama dia terajang si Darren tu dari balkoni bilik ke kolam renang di bawah.

Saat mata hitam pekat Ayrena bertembung dengan mata hazel dia, sempat dia ukir senyum nakal sebelum keluar dari bilik tetamu yang menempatkan si gadis.

Keluar dari bilik tetamu, terus Darren masuk ke dalam master room. Tidak perasan akan sepasang mata yang memerhati di celah-celah pasu.

"Ini kena update ni!" Lincah Bob menaip berita hot yang baru dia lihat.

Bawang rangers group

"Aku ada berita lagi hot daripada pagi tadi!" Punat send Bob tekan.

"Berita apa pula kali ini?" Ezra balas.

"Spill the tea, Bob!!!" Kas pula balas.

"Apa dia yang hot tu? Omomo!" Mesej daripada Erica pula masuk.

Masing-masing sedang typing.

"Aku nampak sesuatu yang korang takkan percaya." Bob hantar lagi.


"Apa dia tu?" Ickey balas.


"Bos peluk Cik Ayrena!" Hantar mesej. Bob lihat sekeliling kembali.

"Serious lah!" Laju Ickey Balas.

"Whattt!" Ezra turut beri balasan.

"Siapa cik Ayrena sebenarnya!" Kas dan kar hantar balasan yang sama serentak.

Erica pula balas dengan sticker pengsan.

Line clear! Bob taip lagi.

"Iya! Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri. Bos nampak romantik sangat." Tambah Bob. Nak cerita mestilah kena ada add on!

Saat Bob hendak menaip lagi, tiba-tiba dia perasan akan keredupan di belakangnya. Matikan niat, Bob pandang ke atas.

"Lepas tu? Sambung lah lagi! Aku nak tahu juga apa yang berlaku lepas tu." Tampak tenang, Darren masih berdiri melihat screen telefon Bob.


Bob kaku. Dia masih duduk dalam keadaan mencangkung. Saliva di telan pahit berkali kali.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now