PART 65

8.4K 463 36
                                    

"Apa dia? Apa dia yang penting sangat sampai tak boleh nak berbincang dekat cafe?" Soal Ayrena seraya memandang Darren yang berdiri menghadap pantai membelakangi dia.

Kedua-dua tangan Darren masukkan ke dalam poket seluar. Apa ingat hot ke macam tu?

Dengan rambut Darren yang terjuntai mengikut rentak angin lagilah membuatkan jantung Ayrena tidak stabil.

"Aku tahu sekarang kau tengah cari Adrian, kan?"

Ayrena diam. Tiada lontaran kata. Hanya iris mata yang tetancap pada batang tubuh Darren.

"Aku boleh tolong kau untuk cari Adrian!" Darren pusing tubuh menghadap Ayrena.

"Macam mana? Encik Darren ada apa-apa maklumat ke tentang abang saya?" Lirik ke arah Darren, Ayrena tentang mata dengan iris hazel Darren.

"Aku boleh tolong kau untuk cari Adrian. Tapi ada syaratnya." Jeda. Ayrena terdiam sejenak.

"Apa syaratnya? Encik Darren nak duit? Encik Darren nak bayaran yang setimpal? Saya boleh bagi." Laju Ayrena beri jawapan. Sekarang ini tujuan dia hanya satu. Iaitu cari Tuan Adrian.

Apa pun syarat yang Darren berikan dia akan cuba penuhi.

"Syaratnya..."

"Jadi isteri aku!" Ayrena terpampang. Tidak! Dia tidak boleh setuju terus, nanti nampak seperti dia  terkejar-kejarkan Darren.

"Kalau saya tak nak? Tak kan tiada syarat lain?" Sengaja! Ayrena bina tembok ego.

"Syarat lain? Kahwin dengan aku atau jadi menantu kepada mama dan papa aku. Which one?"  Darren perhati reaksi Ayrena. Kelihatan masih terkejut.

Terdiam. Ayrena kaku. Syarat yang Darren berikan itu, kedua-duanya berkait. Tiada pilihan.

"Aku bagi kau tempoh dua minggu untuk kau fikirkan tentang tu. Fikirkan baik-baik. Kau nak jumpa Adrian atau tidak, itu terserah pada kau."

_____________

"Encik Ezra nak air apa ya? Dah 10 minit tengok menu tu, tak dapat decide lagi menu mana yang berkenan?" Soal Nadine. Sebelah tangan dah siap pegang cawan untuk dia bancuh air.

"Bagi saya air..."

"Air cappuccino latte satu!"

Tanpa lengah, Nadine siapkan tempahan Ezra. Sekelip mata saja air yang sudah terhidang di depan mata si jejaka.

Ezra hulur sekeping duit kertas bernilai 50 ringgit.

"Keep the change."

"Eh! It's okay Encik. Peraturan dalam cafe ni, kami tak boleh ambil duit lebihan yang pelanggan bagi." Nadine hulurkan baki, tapi tak disambut.

"Nope! Just keep the change." Menjauh dari kaunter. Ezra mula bertapak.

"Encik! Baki Encik ni."

"Ambil je lah! Orang Malaysia biasa kata... Nafkah! Anggap sajalah nafkah!" Balas Ezra sebelum menghilang keluar dari cafe.

"Dia tahu ke tidak nafkah tu apa?" Garu kepala yang tidak gatal. Baki yang masih dia pegang dia asing di dalam satu tempat.

Ezra mula melangkah ke kawasan motorbike diparkir. Dia hirup air sedikit demi sedikit. Sedang asyik dia melihat skrin telefon, Ezra perasan akan kehadiran manusia yang tidak diundang.

Dia sedang diekori daripada belakang. Automatik membuatkan Ezra melangkah lebih jauh ke belakang bangunan-bangunan.

"Aku tengah ikut dia." Lelaki tersebut bercakap melalui earpiece yang terpasang di telinga kanan. Terus menerus dia mengikut langkah Ezra.

Sehinggalah lelaki tersebut sampai di satu sudut. Jalan mati. Lihat di sekeliling hanya semak samun dan kereta-kereta yang sudah tersadai yang ada.

"Tak guna! Aku hilang dia." Saat dia berpusing ke belakang terasa sesuatu yang keras dihentak di bahagian kepala.

DUM!

Terus lelaki tersebut jatuh dan tidak sedarkan diri.

"Lemah betul! Baru hentak sikit dah jatuh." Lepaskan batu di tangan, Ezra teliti wajah lelaki yang sudah jatuh menghadap langit.

"Let's see who are you." Dada lelaki tersebut di pijak dengan kaki kanan. Sebelah tangan Ezra selak kolar baju lelaki itu, sebelah tangan lagi dia pegang air cuppucino latte yang baru dibeli tadi.

"Budak king rupanya. Patut lah lembik." Dia dapat tebak sebaik saja melihat ukiran tatoo yang berbentuk mahkota di bahagian bahu kiri lelaki itu.

"Ini bawa balik untuk bos ni, mesti bos suka!" Senyum sinis, Ezra keluarkan telefon dari poket seluar.

"Hello Kas! Kau kat mana? Kau datang dekat location yang aku hantar. Ada sesuatu yang aku nak kau kutip."

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now