PART 6

15.8K 638 8
                                    

Marseille, France

"Tok! Tok! Tok! Bos! boleh aku masuk?"

"Come in!" Suara maskulin memecahkan kesunyian di ruangan pejabat Darren yang sedari tadi hanya berbunyi jari jemari yang menaip.

"Bos, sorry for disturbing! Just want to ask you something! Are you sure you would like to attend the meeting in Malaysia?" Ickey tayang riak tidak percaya.

"You know the risk you will take! Why? Bos masih boleh hantar aku sebagai personal assistant bos!" Ickey memberi idea. Dia mahu Darren berubah fikiran. Ini adalah langkah untuk dia lindungi satu-satunya bos yang dia ada. Dengan keadaan yang masih tegang, ini bukan masanya. Sudahlah Darren baru bangun daripada koma.

"Aku akan pergi Meeting tu. Aku dah okay! Lagipun luka aku pun dah nak sembuh. Just need a few more days to recover. Aku Darren Del Lucca! Aku tak dibesarkan untuk orang pandang aku ni lemah." Darren ketap rahang apabila bayangan Lelaki bertopeng pada malam itu terpampang jelas di fikirannya.

Rasa pedih kembali terasa saat teringatkan tikaman pisau lelaki bertopeng itu menembusi bahagian abdomen kirinya. Perasaan amarahnya semakin membuak-buak.

"Kalau bos pun dah buat keputusan, aku ikut je mana yang bos rasa terbaik."

"Anything else?" Tali tie dilonggarkan. Butang kemeja kedua teratas dibuka. Kini, jari jemari kembali bertaut ke arah keyboard.

"Takde bos! So, I have to go, right?" Angkat kaki. Ickey mula membuka langkah.

Beberapa ketika, telefon diambil. Contact nombor Bob di tekan.

"Hello! Bob, ambil aku! 10 minit kau tak sampai lagi, aku potong gaji!" Dengan satu butang, panggilan dimatikan.

30 minit kemudian...

Mercedes Benz S Class membelahi jalanraya yang masih lenggang.

"Bos! Kenapa? Banyak lagi negara, why Malaysia bos?" Bob berbicara menunjukkan bantahan.

"Bob!" Wajah Bob dipandang dari rear view mirror.

"Yes bos!" Sahut Bob dengan penuh perasaan.

"Kenapa kau tak suka aku pergi Malaysia? Bukan kau pun dari sana kan? Malaysia tu tempat kau."

"Err..." Terdiam. Bob terkedu.

"Memanglah. Tapi...d...dulu."

"Tchh! Dulu?"

"Betul lah bos. Sejak saya kecil lagi mak saya pindah bekerja dengan Grandpa bos dekat Italy. Saya pun dah duduk Italy sejak umur 8 tahun. Bila saya umur 28 tahun Saya bekerja dengan bos. So, negara paling lama saya menetap adalah Italy. Yang kedua, france. Sebab saya dah bekerja sepuluh tahun dengan bos."

"Tak diiktiraf sebagai warganegara Italy pun." Sinis Darren beri jawapan.

"Bos jangan! Saya tengah bawa kereta ni. Nyawa bos ada dekat tangan saya."

"Berani cubalah. Nyawa keluarga kau dalam tangan aku."

"Bos main kasar ya!"

Iris mata Darren berkalih ke luar tingkap. Malas hendak melayan perangai Bob. Menikmati keindahan alam lebih seronok daripada bercakap dengan manusia seperti Bob.

Sehingga tiba di satu persimpangan,  kelihatan sepasang pasangan kekasih yang sedang bergelak tawa di atas motosikal. Biarpun tidak terlihat mewah tetapi hidup mereka kelihatan sangat bahagia.

Andai saja kehidupan dia bukan seperti yang sekarang, pasti hidup nya tenang dan bahagia seperti manusia lain. Manusia yang hidup untuk saling lengkap melengkapi dengan kasih sayang yang sempurna.

Ingatan Darren mula menerawang jauh, mengingati memori-memori lama. Di mana dia dibesarkan oleh Abang kepada Grandpa, Carlos Del Lucca. Disebabkan Carlos tidak berkahwin dan tidak mempunyai pewaris, Darren diberikan kepada carlos sebagai Cucu angkat sejak Darren berumur tujuh tahun.

Dia dijaga dan dibesarkan bukanlah dengan kasih sayang, namun dengan kekerasan tanpa belas kasihan. Begitulah bagaimana dia dibentuk. Dilahirkan di Italy namun dibesarkan oleh Carlos di France.

Semasa Darren berumur genap dua puluh tiga, dia dipaksa oleh Carlos untuk mengambil alih organisasi Black Eagle. Disebabkan rasa bertanggungjawab dan di atas dasar  melindungi, Darren bersetuju untuk menjadi ketua untuk kumpulan itu.

___

"Bos, kita dah sampai!" Suara bob menyentak lamunan Darren.

"Bos nak pergi Malaysia untuk berapa hari?" Bob berjalan beriringan menuju ke arah pintu utama Mansion milik Darren.

Mansion yang sekarang didiami oleh Darren dan tiga lagi  pekerja yang paling lama bekerja dengannya. Ickey, Ezra dan Bob. Sepatutnya masih ada lagi dua orang yang tersisa, iaitu Ace dan Mia Isabella. Tetapi mereka berada di luar negara.

"Tak lama. Two months, three month, like that!"

"Three months? Two months?" Reaksi Bob terkejut.

"Hurm,"

"Ouh, kalau macam itu, saya jaga rumah untuk three months atau two months lah kiranya?"

"No need, Bob. Kau dengan Ickey ikut aku."

"How about me, bos?" Ezra muncul dari balik dinding.

"Kau jaga rumah! Tengok budak-budak lain kat sini."

"Ezra yang akan jagakan rumah. Kau dengan Ickey ikut aku. No excuse. Kalau tak, aku potong gaji. Kali ni betul-betul aku potong!"

"Baik bos! Kami ikut." Bob berdiri tegak. Tangan sudah di angkat ke dahi lagak seperti askar.

Darren hayun langkah menuju ke arah master room.

Pintu bilik dibuka dan dikatup rapat.
Dekorasi bilik yang terlihat moden dan classy. Remote curtain automatic dan remote aircon diambil. Punat yang tertulis on ditekan.

Satu persatu butang kemeja dibuka.  Mendedahkan tubuh sasa Darren yang tampak sempurna. Kelihatan ukiran tattoo yang memenuhi di bahagian belakang badan. Tattoo tersebut berbentuk Helang dan Scorpio. Helang melambangkan kumpulan black Eagle yang berada di France dan Scorpion melambangkan kumpulan Scorpion yang berada di Italy.

Darren melangkah ke arah balkoni. Udara segar dihirup dengan perlahan. Iris mata berwarna hazel itu terus menerus menikmati  permandangan dari luar mansion.

Setelah puas menjelajah pemandangan, Darren hempaskan tubuh ke atas katil empuk bersaiz king. Rasa penat mulai jelas terasa. Nafas dihela panjang. Lama kelamaan, pandangan Darren mulai kabur sehinggalah lena diulit mimpi.

Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️)Where stories live. Discover now