1 | Pertemuan Pertama

7.3K 140 8
                                    

New York, USA

"Okay tak apartment ni?", soalan daddy, Mukhlis Edger membuatkan aku berpaling memandang ke arahnya. Daddy berdiri tegak di belakang aku yang sedang ralit memandang ke segenap ruang apartment ini. Aku senyum dan angguk laju. Apartment satu bilik yang terletak di Broadway Street. Okaylah untuk aku tinggal seorang, cukup lengkap dengan perabot.

Sempurna bagi aku. Tidak lebih, tidak kurang. Just nice!

"Are you sure this is fine for you?", laung mama dari dapur. Sejak tiba tadi, mama lah yang menjadi inspektor, memeriksa segenap ruang apartment ini.
"Yes, ma. It's fine for me", jawab aku seraya melangkah masuk ke ruang dapur dan memeluk mama dari belakang. Tersentak mama akibat terkejut dengan tindakan aku yang tiba-tiba. "I'm gonna miss you, ma", bisik aku. Ciuman aku hadiahkan di pipi mama.

Mama berpaling, matanya sudah mula menerbitkan titik-titik jernih. "Me too, sayang. Jaga diri, okay?", ucap mama, lantas mencium dahi aku lama. Titik jernih dari kelopak matanya gugur juga. Bibirku bergetar menahan sendu. Aku tidak pernah berpisah dengan mama sejak kecil. Memulakan kehidupan baru beribu batu jauhnya dari rumah, satu pengalaman baru bagi aku. Tetapi, ini yang aku pilih. "Mama harap sangat Lisa tak pilih untuk pergi sejauh ini", sambung mama.

Aku genggam tangan mama dan berkata, "Ma, please. Kita dah janji kan, taknak cakap lagi pasal ni", pujukku. Ini pilihan aku. Membawa diri jauh dari London, tempat aku dibesarkan. Mama tertunduk. Aku tahu mama berat hati untuk lepaskan aku tinggal jauh darinya. Sebab itu dia sanggup pujuk daddy untuk ikut serta menghantar aku ke New York, sebuah kota yang akan menjadi tempat untuk aku memulakan kehidupan baru aku.

"Puan Siti Hanim, sudah - sudah lah tu. Pandailah Lisa jaga diri. Kan sayang?", daddy menyampuk. Entah sudah berada lama dia tercegat di ambang pintu menuju ke dapur ini. Aku segera mendapatkan daddy, memeluk tubuh lelaki separuh abad ini pula. Mama menyeka airmata yang membasahi pipi, aku pula sudah menangis di dalam pelukan daddy.
"Please come and visit me once awhile", pesanku.
"Of course, my dear. Lisa take care okay. Kalau ada apa-apa, call daddy", pesan daddy pula. Laju aku angguk kepala.

Hati aku berat untuk melihat kedua orang tuaku pergi tetapi aku tahu perpisahan ini harus berlaku. Mama dan daddy harus pulang ke London. Dan aku pula, perlu meneruskan jalan kehidupan baru yang aku sendiri pilih. Demi melupakan kekecewaan di London.

Adakah takdir yang patut aku salahkan?

Jika bukan kerana Raja Ryan Shah, aku tidak akan memilih New York. Jika bukan kerana dia, aku tidak bertengkar dengan mama. Dan jika bukan kerana dia, aku tidak mungkin berasa kecewa seperti ini. Ah, tidak mengapa Lisa. Buang kenangan lama yang menyakitkan itu dan mulakan kehidupan baru kau di sini.

***

Aku ralit memerhatikan orang yang lalu lalang di kaki lima dari dalam Han's Cafe. Aku masih lagi rasa gelisah dan resah untuk menghadapi hari-hari aku di sini. Sudah hampir sebulan aku di New York, namun fikiran aku masih lagi di London. Aku tarik nafas panjang dan hembus perlahan.

Raja Ryan Shah. Kerana lelaki ini, aku membuat keputusan gila untuk tinggalkan London. Hanya kerana aku mahu lupakan segala tentangnya. Aku tidak mahu bertembung dengan dia lagi. I'm sorry, Ryan. We shouldn't end up like this but I have too.

Aku usap kedua tapak tangan lantas mendekatkan kedua tanganku dengan bibir. Ku hembus perlahan untuk menghangatkan tangan yang semakin sejuk. Musim sejuk kali ini terasa lain benar walaupun sudah di penghujung musim. Pemanas di dalam kafe ini juga seolah-olah tidak mampu memanaskan badan aku. Kalau aku keluar sekejap lagi ni, bagaimana pula agaknya?

"Lisa, what's your plan for today?", soalan itu menarik aku kembali semula ke alam nyata. Jauh betul aku mengelamun, sampai ke London. Aku mendongak, memandang susuk tubuh lelaki yang memakai apron berdiri di sisi meja. Hans Hanif, pemilik kafe yang terletak di depan apartment aku tersengih, menanti jawapan untuk soalannya tadi.

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now