22 | Welcome Home!

1.9K 72 13
                                    

Saat aku menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, suatu perasaan aneh dan pelik muncul dalam hatiku. Satu perasaan yang sukar untuk aku gambarkan. Sedih, gembira, keliru semua ada. Semenjak aku rasmi menjadi pembantu peribadi kepada Pengiran Muda Abdul Mateen, langsung tidak terlintas dalam fikiran aku bahawa aku akan kembali lagi ke negara tempat tumpahnya darah aku. Walaupun jarak antara Brunei dengan Kuala Lumpur hanyalah dua jam penerbangan, namun aku sedar bukan mudah untuk aku keluar dari negara itu. Aku nampak bebas tapi aku terpenjara.

Welcome back to Malaysia, Lisa! Jerit aku dalam hati. Gembira bukan kepalang apabila Mateen menghantar aku pulang ke Malaysia untuk menyampaikan sumbangan peribadinya ke beberapa yayasan dan badan kebajikan di Malaysia. Walaupun aku masih perlu melakukan kerja-kerja amal itu, namun masa seminggu yang diberikan Mateen bagi aku cukup bermakna. Nasiblah kerana kali ini Mateen menghabiskan cuti hujung tahun hanya bersama geng lelaki, jika tidak sudah tentu aku diheret sekali ke dalam percutiannya itu.

"Seronok dapat balik kampung?", soal Samantha saat kami melangkah keluar dari balai ketibaan. Kedatangan aku ke Malaysia kali ini disambut Eddie. Aku yang meminta izin Mateen untuk pulang ke rumah papa berbanding menginap di hotel. Nasib baik permintaan aku diperkenankan kali ini. Kalau ikutkan, belum pernah lagi permintaan aku tidak diperkenankan oleh Mateen. Asalkan tidak menggangu waktu kerja aku atau mendatangkan mudarat kepada aku, semua Mateen izinkan.

Aku tersengih mendengar soalan Samantha. Siapa yang tak gembira jika pulang ke kampung halaman? Cuba bagitau aku, biar aku sekeh kepala orang tu.

"Of course lah seronok, Sam. Apalah soalan you ni", balasku. Ketawa Samantha mendengar jawapan balas aku. "I never thought will come back here after I accepted the offer", sambungku lagi. Samantha mengukir senyuman manis. Pasti dia tahu apa yang aku fikirkan. Dia saksi perjalanan hidup aku sejak menjadi pembantu peribadi Mateen.

"Faham. Mesti you rindu semua yang ada dekat sini kan? Besides last time you didn't spend much time with your family here", kata Samantha. Aku angguk setuju. Hampir sebulan aku habiskan masa di Kuala Lumpur dulu masih belum cukup untuk aku mengenali keluarga baru aku ini. Lebih-lebih lagi nenda, yang aku rasakan masih bersikap dingin dengan aku. Aku sedar mungkin sukar untuk dia menerima aku di dalam keluarganya.

"Yup. Betul tu. So seminggu ni I nak gunakan sebaiknya untuk kenal family I, especially nenda", kataku bersemangat.
"Haa.. about that. Jadi ke malam ni you dinner dekat rumah nenda you?", soal Samantha. Aku tepuk dahi.

Ya tuhan, aku baru teringat tentang itu. Dua hari lepas sewaktu aku menyatakan hasrat untuk pulang ke Kuala Lumpur, papa aku beritahu yang nenda mahu bertemu aku. Papa rasakan ini masa yang terbaik memandangkan aku akan pulang ke Kuala Lumpur. Dan semalam, papa sudah ingatkan aku tentang makan malam itu.

"Lupalah tu!', kata Samantha perlahan sambil menyenggol lengan aku. Aku menyeringai, menampakkan barisan gigi atas.
"Sibuk uruskan hal orang lain, hal sendiri pun boleh lupa", balasku. Mana kan tidak, beberapa hari ini aku sibuk menyusun semula jadual Mateen untuk tahun baru nanti. Semakin hari, jadualnya semakin padat. Sehinggakan aku sendiri pening untuk aturkan semua aktivitinya. Mujur juga ada AJ yang masih boleh membantu aku.

Samantha ketawa mendengar kata balas aku tadi. Dia sendiri sudah sedia maklum dengan kesibukan Mateen dan juga aku. Samantha lah yang bertanggungjawab membawa aku ke semua tempat yang aku perlu pergi di seluruh Brunei. Sudahlah aku sibuk uruskan jadual Mateen, perlu pula pergi ke semua rumah kebajikan untuk menyampaikan sumbangan peribadi Mateen. Sehinggakan terkadang aku tertidur di dalam kereta sementara mahu tiba ke destinasi berikutnya walaupun hanya beberapa minit saja jaraknya.

"Tak apa. Seminggu ni dia tak kacau you kan? So you can relax", kata Samantha dengan tawa yang masih bersisa. Aku angguk laju. Ya, seminggu ini dia pasti tidak akan kacau aku. Lega rasanya dapat berjauhan dengan Mateen walaupun hanya untuk seminggu.

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now