35 | Berdendang Kasih

1.6K 62 5
                                    

Bahuku terenjut akibat terkejut apabila ditepuk lembut dari belakang. Jauh sangat aku termenung sehingga tidak perasaan daddy datang. Aku menoleh memandang daddy yang tersenyum manis memandangku. Jelas kelihatan kedutan pada wajah tua daddy. Umurnya sudah menjangkau 60 tahun tetapi masih tegap persis orang muda. Kalau pergi joging dengan daddy, jauh aku ketinggalan di belakang. Dia masih cergas, aku yang selalu semput.

Daddy melabuhkan punggung di kerusi sebelah kanan aku di balkoni belakang rumah, mengadap kebun mini mama.
"Jauh menung tu. Fikirkan apa?", tanya daddy membuka bicara. Aku tersengih lalu meletakkan cawan berisi air kopi yang aku pegang sedari tadi di atas meja di sebelah kiriku. Telefon di tangan juga aku letakkan di atas meja.
"Tak ada apa. Cuma fikir masa depan",  jawabku bersahaja. Aku mengukir senyum lalu ku hadiahkan senyuman itu kepada daddy.

"About life after marriage?", tanya daddy lagi. Aku ketawa kecil mendengarkan soalan itu. Daddy memang pandai membaca fikiran aku. "Lisa dah ready nak jadi seorang isteri?", tanya daddy. Lembut saja percakapannya. Tahulah aku bagaimana mama boleh jatuh hati dengan daddy.
"InsyaAllah. Lisa dah ready",  jawabku penuh yakin.

Aku pasti dan yakin dengan keputusan aku untuk berkahwin dengan Haiqal. Tidak banyak persiapan aku untuk majlis ini. Hanya sediakan sepersalinan untuk akad nikah nanti saja dan aku sudah uruskan semua itu dengan pereka muda kelahiran Malaysia, Rizman Ruzaini. Mariah yang mencadangkan pereka itu. Melihatkan kepada busana perkahwinan Mariah dulu, aku terus terpikat dengan rekaan pereka ini.

"Dah buat istikharah?", soal daddy tiba-tiba. Aku tatap wajah daddy lama dan kemudian menggeleng. Aku tidak pernah terlintas untuk solat istikharah sebelum menerima lamaran Haiqal dulu kerana aku yakin dia untuk aku.

Daddy kuntum senyum melihat aku menggeleng. Ditariknya tangan kanan aku lalu digenggam lembut.
"Kena buat", ujar daddy perlahan. Aku terpaku. Fikiranku menjadi kosong tiba-tiba. Dua bulan lagi aku akan menikah dan segala persiapan sudah dibuat. Masih perlukah istikharah itu untuk aku?
"Tapi kenapa daddy? Kan Lisa dah buat persiapan ni semua", soalku kurang faham. Daddy tersenyum nipis. Dihembusnya nafas perlahan. Tenang saja wajah tua ini.
Selagi ada masa, buat. Kadang-kadang kita rasa itulah yang terbaik untuk kita, tapi sebenarnya tidak. Allah itu maha mengetahui. Minta petunjuk dari Dia. Lisa kena ingat, selagi belum ada lafaz akad tu, selagi itu belum terbukti bahawa dia jodoh Lisa", kata daddy lembut.

Aku hanya terdiam. Tiada kata mampu aku lafazkan sekarang. Betul juga kata daddy. Aku tidak pernah minta petunjuk dari yang atas sana. Aku alpa dan terlalu yakin dengan hati aku walaupun tidak semestinya hati aku itu betul. Aku buat keputusan tanpa berfikir panjang.

"Daddy tahu lagi dua bulan Lisa akan menikah. Tapi kalau tertulis Haiqal bukan untuk Lisa, lebih baik tahu sekarang daripada menderita kemudian hari kan?", sambung daddy lagi.

Aku masih membisu. Masih lagi memproses kata-kata daddy itu. Persoalan mula timbul di benak fikiran aku. Bagaimana jika Haiqal bukan untuk aku? Dengan semua yang sudah aku siapkan, mampukah aku untuk menanggung kekecewaan itu nanti?

"InsyaAllah Lisa akan buat nanti. Thanks, dad", balasku. Daddy angguk perlahan. Matanya tidak lepas dari menatap wajah aku. Lama. Kemudian daddy mengukir senyum.
"Daddy sentiasa doakan yang terbaik untuk Lisa", kata daddy. Sayu aku mendengarnya.

Aku bukan anak kandung lelaki yang bernama Mukhlis Edger ini. Tetapi kasih sayang yang dia curahkan pada aku terlalu banyak. Rahsia aku lebih banyak tersimpan dalam poket daddy berbanding mama. Sakit pening aku, daddy yang lebih risau dari mama. Dia tatang aku bagai minyak yang penuh, sedikit pun dia tidak pernah biarkan aku disakiti. Tapi aku banyak menyakiti bukan saja daddy, tapi juga mama.

Tanpa aku sedari, titik jernih mula terbit dan jatuh membasahi pipi. Terbayang kisah lama. Betapa peritnya daddy yang terpaksa membina semula syarikatnya hanya kerana aku punca syarikat itu hampir muflis. Rahsia cek dan ugutan itu kekal sebagai rahsia aku dan daddy. Hanya daddy yang tahu sebab utama aku kini bekerja dengan Mateen.

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now