3 | Kita Bertemu Lagi

3.3K 97 8
                                    

Sedang aku kusyuk meniti setiap rak-rak novel dalam kedai buku ini, bahu aku ditepuk dari belakang. Dengan keadaan cemas dan takut, pantas aku keluarkan pepper spray dari dalam poket jaket yang aku pakai. Aku halakan pepper spray itu ke arah orang yang menepuk bahu aku tadi.

"Wooo..wooo..easy! Easy!" Kata lelaki itu sambil kedua tapak tangan dia cuba menghalang aku dari menyembur serbuk lada itu ke arahnya. Aku kaku seketika. Lelaki itu dengan perlahan mengalihkan tangannya.

Dan senyum!

"Huh! You!" Kata aku separuh jerit. Aku menggigil satu badan akibat terkejut dan juga takut sebentar tadi.
"Takut?", soal Mateen dengan senyuman meleret. Gila tak takut! Dia mesti nampak muka cemas aku tadi. Nasib baik aku tak sempat sembur pepper spray tu, kalau tak pedihlah mata kau. Berdebar dada aku ni rasa macam nak tercabut keluar. Bukan boleh percaya orang sekarang, macam-macam boleh jadi. Kena selalu berhati-hati apabila berada di luar. Itu pesan mama dan daddy yang aku selalu ingat setiap kali aku keluar berseorangan.

"How you know I'm here?!", soal aku kasar. Geram juga disergah sebegitu tadi. Tangan aku letakkan di dada, mengusap lembut dada yang berdebar kencang tadi. Masih tidak mahu reda debaran itu. Aku menyusun nafas satu persatu bagi meredakan debaran ini.

"Lesson number 1, don't update your current location on socmed. Bahaya tahu tak? Lucky it was me. If someone else? Maybe your stalker?". Dia buat muka bengis dekat aku. Aku telan air liur. Baru aku teringat sejam lalu aku muatnaik gambar di instagram yang mengatakan aku baru tiba di kedai buku kesukaan aku, Waterstones Bookshop yang terletak di Kensington High Street. Gulp! Aku telan air liur lagi. Tiba-tiba rasa seram sejuk. Ada betulnya kata-kata Mateen itu. Aku yang leka dan tidak berhati-hati.

"Wait! You are the stalker! You stalked me on instagram", balas aku. Mateen terkedu mendengar ayat yang aku tuturkan tadi.
"Err.. I'm a nice stalker?", dalih Mateen. Aku mencebik. Stalker ada ke yang baik? Ini bukan stalker lagi, ini dah tahap psycho aku rasa. "You tak private kan instagram then you upload your current activity. Don't do that again, Elise. It's dangerous. Please be careful next time", panjang lebar pesan Mateen. Dia berlagak selamba seolah-olah dia tidak bersalah sebab stalk aku dekat instagram.

Aku senyum nipis dan hanya diam mendengar pesanan Mateen itu. Betul juga kata dia. Nasib baik dia yang sergah aku tadi, kalau orang lain? Mungkin perogol bersiri ke, pembunuh ke? Ya Allah, tak tahu apa akan jadi kalau yang tegur aku tadi bukan Mateen. Aku melirik memandang Mateen dengan ekor mata. Pandangan matanya masih tidak dialihkan dari melihat aku sedari tadi. Aku menjadi serba tak kena. Kalau boleh aku tak mahu berjumpa dengan Mateen malah aku mahu melarikan diri dari lelaki ini.

"Are you okay?", tanya Mateen setelah melihat aku hanya membisu.
"I-I'm okay", jawab aku perlahan. Sambil aku berjalan menyelusuri rak-rak novel dan Mateen mengikut langkah aku di sebelah kanan membuatkan aku kurang selesa dengan keadaan itu. Setelah mengetahui serba sedikit tentang lelaki ini, masakan aku boleh menjadi selesa. Orang seperti dialah yang patut aku elakkan sekarang dan selamanya.
"You're right. I wasn't think about that", sambung aku lagi, berbohong tentang perasaan aku yang sebenarnya kala ini. Mateen hanya senyum.
"Please be more careful next time, okay?", pesannya lagi. Tutur kata yang lembut dengan suara garaunya yang dalam, boleh membuatkan aku terbuai keasyikkan mendengar suaranya. Gaya lelaki maskulin.

Eh, macam-macam lah kau ni Lisa. Jangan buat hal lagi. Kalau mama tahu, lepas ni kau nak lari mana pulak?

"On me!", kata Mateen saat aku meletakkan semua buku dan novel yang aku ambil di atas kaunter bayaran. Dia memegang lengan aku, melarang aku untuk mengeluarkan dompet dari dalam beg yang aku silangkan di bahu.
"Eh, it's okay. I boleh bayar sendiri", kata aku tegas. Tidak mahu berhutang duit atau budi dengan lelaki ini walaupun aku tahu apalah sangat harga buku-buku ini jika dibandingkan dengan segala kemewahan yang dia miliki. Silap-silap, harga buku yang aku ambil ni pun lebih murah dari sarapan pagi dia.
"I insisted", bisik Mateen. Aku terkaku dan hilang kata.

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now