39 | Beralih Arah

2K 70 7
                                    

"Ni semua task list I. Basically task pagi tu you tak payah buat kan? Cuma handle personal things dia je lah", aku menghulurkan fail tugasku kepada Anisha. Gadis ini yang akan mengambil alih semua tugasku nanti.

Memandangkan selepas ini Anisha ada banyak masa terluang, AJ minta aku serahkan semuanya pada gadis ini. Kalau diikutkan, bukan perlu buat apa-apa pun. AJ boleh buat semua itu. Back to the old time, sebelum aku bekerja dengan Mateen.

Tapi aku tahu niat Mateen, dia mahu Anisha tahu semuanya tentang dia. Mungkin banyak lagi benda yang perlu Anisha belajar. Dari saiz baju, jenama yang dia selalu beli, tempah sut, hatta saiz kasut sekalipun. Tapi aku yakin Anisha pasti tahu semua tentang Mateen lebih dari aku tahu. Mereka berkawan sejak kecil kot, selalu saja bercuti bersama. Pasti Anisha tahu tentang Mateen.

"Wow! So details. I didn't expect you ada info yang details macam ni", kata Anisha. Buntang matanya saat membuka fail yang aku serahkan tadi. Semuanya tersusun dengan teratur sekali. Setiap helaian disertakan dengan penanda bagi memudahkan carian. Untuk baju dan kemeja berserta saiz untuk setiap jenama. Begitu juga kasut. Sut, berserta ukuran badan Mateen dan juga contact details Gieves & Hawkes.

Lengkap semuanya!

"I work with him for almost one year. I observed, do some research and write down everything about him", kataku. Setahun lalu, aku sendiri tidak sangka aku boleh jadi seteliti ini. Aku bukan seorang yang cerewet atau teratur. Aku lebih suka sesuatu yang ringkas dan hanya ikut peredaran masa. Kerja ini yang membuatkan aku menjadi seorang yang teliti dan sedikit cerewet.

Aku pernah reject sut Gieves & Hawkes hanya kerana terdapat benang yang tidak dikemaskan pada jahitan bahagian dalam sut. Walaupun ia hanyalah perkara kecil sebenarnya. Sebab Mateen yang cerewet, aku pun turut sama sepertinya. Atau sebenarnya, aku hanya mahu memudahkan kerja aku.

Anisha letak fail itu ke tepi. Ditariknya tangan aku lalu digenggam lembut. Aku tergamam dengan aksi spontan itu. Aku hanya memandang Anisha dengan pandangan kosong. Gadis ini tersenyum manis membalas pandangan aku tadi.

"Thanks, Lisa. You dah jagakan Timmy for a year. I nampak dia terurus sejak you kerja dengan dia. But all these? I don't think I can do as good as you", ucap Anisha. Digelengnya kepala berkali-kali. Mungkin tugas ini sukar bagi dia. Entah, aku tidak tahu.

Aku ukir senyum manis. Ini antara senyuman hipokrit aku setakat ini. Terpaksa berlakon seperti tiada apa yang berlaku sedangkan semalam aku baru saja bertengkar dengan Mateen. Aku baru saja wujudkan satu perasaan untuk Mateen.

Perasaan benci!

"You kenalah belajar. Sooner or later you akan hidup dengan dia", kataku berseloroh. Saja mahu mengusik Anisha dan juga menghidupkan suasana ceria petang itu.

Anisha tersenyum nipis. Dia hela nafas panjang lalu dihembusnya perlahan. "About that.. I am not so sure", kata Anisha perlahan. Kata-kata itu menarik perhatian aku. Apa yang Anisha maksudkan?

Dia masih curiga dengan Mateen atau...?

"You dengan Mateen okay kan? I mean your relationship with him?", tanyaku perlahan. Melihatkan raut wajah Anisha, seperti ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Tidak bahagiakah dia dengan Mateen?

Anisha tertunduk merenung hujung jari kakinya. Satu keluhan berat dilepaskan lalu dia angkat muka memandang aku.
"I don't know if you're the right person I should talk with, but I tak tahu nak cakap dengan siapa. Jane is not here, I always share my problem with her. There is no way I nak cakap tentang benda ni dengan Aze", kata Anisha. Wajahnya bertukar sayu. Aku pula yang menjadi serba salah. Mungkin aku tidak patut tanyakan soalan itu tadi.

Love You, My PrinceKde žijí příběhy. Začni objevovat