7 | Lepaskan Rasa Itu

2K 65 2
                                    

Happy New Year!

Bertalu-talu mesej masuk ke telefon aku. Dari kawan-kawan dan rakan sekerja di tipTravel. Aku memandang laut yang luas di depanku. Jus epal hijau di dalam gelas aku hirup perlahan dengan penyedut minuman sambil menikmati pemandangan laut yang tenang.

Bali, Indonesia. Satu kepulauan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran aku untuk pergi suatu hari nanti. Aku ke sini, jauh ke Asia Tenggara sebelum memulakan perjalanan aku sebagai Solo Traveller. Sengaja aku memilih pulau ini. Ingin merasai hangatnya angin Asia Tenggara sebelum aku ke Eropah semula. Mateen pernah mencadangkan Bali sebagai salah satu destinasi yang patut aku lawati jika aku ke Asia Tenggara.

Mateen...

Aku pejam mata rapat. Terbayang wajah Mateen dengan senyuman dan renungan matanya. Apa khabar agaknya dia sekarang? Sudah dua minggu berlalu sejak aku menghilangkan diri dari London. Aku harap dia tak datang mencari Mariah atau keluarga aku.

Otak aku mula mengimbau memori di lapangan terbang tiga minggu lalu, ketika aku mengambil keputusan untuk membatalkan penerbangan aku ke Geneva.

New York, December

"Hey there. I am so sorry I can't join the holiday. I got urgent matters to settle. I need to go back to London as soonest. Enjoy your holiday okay. I love you"

Sejurus selepas Mateen membaca mesej itu, berkali-kali dia menelefon aku namun tidak berjawab. Aku masih tiada kekuatan untuk mendengar suaranya. Apabila sudah berputus asa, dia hanya membalas mesej aku itu.

"Plesase tell me that you are fine, baby. Call me when you're free"

Aku tahu Mateen risaukan keadaan aku. Selama ini dia sentiasa memastikan aku berada dalam keadaan baik. Aku lepas keluh resah selepas membaca mesej itu. Apa yang harus aku lakukan? Bagaimana aku mahu melepaskan perasaan itu pergi?

"I'm fine but I need to going back to London. Some family matters. I am really sorry, Matt. I wish I was there with you"

Aku balas mesej Mateen apabila sudah tiba di rumah. Lama aku duduk termenung di ruang tamu memikirkan alasan yang patut aku berikan kepada Mateen, bagaimana mahu menghilangkan diri dan banyak lagi. Bukan mudah untuk menghilangkan diri darinya, aku tahu itu. Sudah tentu dia akan datang mencari aku dan gunakan segala yang dia ada untuk mencari aku.

Ah, aku buntu! Seharian aku memikirkan cara yang terbaik. Dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk pulang ke London keesokan harinya. Malam itu juga aku mengemas segala barangan peribadi aku sebelum aku meninggalkan apartment itu untuk selamanya. Sempat juga aku berpesan kepada Han supaya tidak menceritakan kejadian ugutan itu kepada sesiapa atau lebih tepat lagi kepada Mateen andai dia ke kafe Han suatu hari nanti. Selama seminggu itu aku masih berhubung seperti biasa dengan Mateen sehingga urusan penjualan rumah di London selesai. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Apartment aku di New York sudah lama ada pembeli manakala rumah di London, daddy serahkan segala urusan kepada ejen.

Seminggu aku habiskan masa di London dan akhirnya, aku terus menghilangkan diri sehari sebelum Mateen pulang ke London. Aku tukar nombor telefon, menyahaktif akaun instagram, tukar email dan semuanya supaya Mateen tidak dapat menghubungi aku.

Tekad aku ketika itu untuk tinggalkan dia dan selamatkan keluarga aku sendiri.

*

Aku pejam mata rapat. Mengenangkan kisah itu, aku menjadi sayu. Tanpa aku sedari, titisan jernih mengalir keluar dari kelopak mata. Ya Allah, aku tak kuat untuk hadapi semua ini. Aku terlalu rindukan dia. Kalaulah aku punya pilihan untuk berterus terang dengan dia. Sudah pasti jalan ceritanya berbeza.

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now