4 | Tentang Rasa Kita

2.8K 73 2
                                    

Aku kembali lagi ke New York dengan satu rasa yang baru. Jika dulu aku ke sini hanya sekadar untuk melupakan semua kisah duka di London, tapi berbeza pula perasaannya sekarang. Hanya kerana lelaki yang bernama Abdul Mateen.

Dan aku juga pulang ke New York bersama Mateen!

Sukar untuk aku menolak apabila dia berulang kali mengatakan hasrat untuk menemani aku sehingga ke New York. Berpuluh kali aku menolak, dia tetap degil dengan pendirian dia. Akhirnya aku redha dia temankan aku jika semua itu tidak mengganggu jadualnya. Tapi sebenarnya aku suka dia menemani aku. Sekurang-kurangnya tujuh jam perjalanan aku tidak bosan dengan adanya Mateen. Penerbangan kali ini ditemani AJ dan Farid. Setakat ini, hanya mereka berdua ini dan Mariah yang tahu bagaimana hubungan aku dan Mateen. Dan kakak Mateen, Pengiran Anak Puteri Azemah Ni'matul Bolkiah yang hanya tahu nama aku. Belum ada berkesempatan untuk aku bertemu dengan wanita itu. Aku juga yang minta Mateen rahsiakan hubungan ini daripada umum. Pertama kerana aku tidak bersedia menjadi perhatian kerana menjadi salah seorang gadis yang mendampingi Mateen dan kedua, aku tidak mahu mama atau daddy tahu mengenai hal ini.

"Nice home!", puji Mateen sejurus melangkah masuk ke dalam apartment aku. Dari lapangan terbang tadi, kami berempat terus ke apartment aku. Sengaja aku balik ke New York awal seminggu sebelum memulakan semester baru yang juga merupakan semester terakhir aku. Selepas itu aku akan menjalani praktikal selama tiga bulan sebelum menamatkan pengajian aku sepenuhnya.

Aku sudah memilih tempat praktikal aku sebelum pulang bercuti ke London tiga bulan lepas. Aku memilih syarikat penerbitan majalah, The Traveller. Syarikat yang menerbitkan beberapa majalah pelancongan untuk pasaran Amerika Syarikat.

"You left your house for 3 months but it looks like you have someone to take care of your house. You ada housemate ke?", soal Mateen sambil membuntuti aku ke dapur. AJ dan Farid sudah terbongkang dekat sofa. Entah apa yang penat sangat dengan penerbangan tadi. Ketawa aku mendengar soalan Mateen. Jelas riak wajah ingin tahunya. Matanya masih meliar ke segenap pelusuk apartment aku.

"Nope. I live alone and I don't like housemate", balas aku bersahaja. Aku berhijrah ke sini pada awalnya untuk menyendiri. Sebab itu daddy belikan apartment satu bilik ini untuk aku.

Mateen pandang aku dan berkata, "If you don't like housemate, then how we gonna get married? Definitely we need to be a housemate". Selamba saja tutur katanya membuatkan aku terkedu. Sampai tahap kahwin ke Mateen dah fikir? Aku tersenyum kelat. Aku sendiri belum memberikan kata putus mengenai perasaan aku, dia dah cakap pasal kahwin?

"That's a different story", jawabku sambil tangan laju mengacau air kopi di dalam teko. Ketawa Mateen mendengar jawapan aku. Aku pula yang jadi canggung dengan keadaan itu. Tolonglah jangan sebut lagi perkataan 'kahwin' tu. "By the way, I have a housekeeper. When I'm away, she will take care of my house", sambung aku. Menjawab soalan pertama dia tadi. Dia mengangguk faham.

"Your dad love you very much. He must take a very good care of you. I really want to meet him one day", kata Mateen sambil mengekori aku ke ruang tamu. Mateen tahu daddy yang belikan apartment ini untuk aku sewaktu di dalam penerbangan tadi. Jika diikutkan, sudah banyak kali dia mahu berjumpa dengan orang tua aku sepanjang tiga bulan aku di London, tetapi aku yang berdalih. Dia nak tunjukkan yang dia ikhlas berkawan dengan aku, sebab itu dia nak jumpa mama dan daddy. 

Tetapi itu sebelum Mateen tahu mengenai sebab aku menolak untuk berkawan dengan dia sebelum ini. Aku terpaksa ceritakan semuanya pada Mateen apabila dia tetap berkeras mahu berjumpa orang tua aku dan akhirnya dia sendiri terpaksa akur.

Di ruang tamu, Farid dan AJ sudah lena diulit mimpi. Penat sangatlah tu agaknya. Aku hanya membiarkan mereka tidur. Set cawan di dalam dulang aku letakkan di atas meja depan sofa kemudian perlahan aku menuangkan air kopi dari teko ke dalam cawan. Dahi Mateen berkerut tatkala melihat skrin telefonnya yang berdering.

Love You, My PrinceOù les histoires vivent. Découvrez maintenant