31| Tersimpan Rapi

1.7K 59 1
                                    

"It's been 4 months now. What do you think about her?", soalan Farid itu membantutkan lamunan Mateen yang jauh terbang entah ke mana. Mateen jungkit bahu, tidak tahu jawapan apa yang patut dia berikan kepada sahabatnya ini.

Sudah empat bulan dia mencuba membuka ruang hatinya untuk Anisha. Dan sudah dua bulan dia tahu kebenaran tentang Elisa dan kes ugutan itu. Namun semuanya dia simpan rapi di dalam hati. Tiada siapa tahu perasaan sebenarnya terhadap Anisha dan tiada siapa pun yang tahu tentang kebenaran bahawa Elisa tidak bersalah. Termasuk AJ, orang paling kanan dan rapat dengannya. Semua itu Mateen simpan kemas dalam hati.

Baginya, Anisha seorang gadis yang baik. Manis dan manja. Siapa saja yang tidak jatuh hati dengan gadis kacukan Melayu-Croatia itu. Melihatkan senyumannya saja sudah cukup mencairkan hati mana-mana lelaki. Tetapi tidak bagi Mateen pada mulanya. Namun apabila semakin rapat dengan Anisha, Mateen mula sedar bahawa tiada kurangnya gadis ini. Cukup serba serbi. Cuma dia saja yang selama ini dibutakan dengan cintanya pada Elisa.

Elisa, gadis yang selama ini bertakhta di dalam hatinya. Tiada seorang pun gadis lain yang mampu menggugat tempat gadis ini di dalam hatinya. Namun perasaan kasih dan sayang Mateen kian pudar saat Elisa memilih untuk terus bersama Haiqal Daniel, lelaki yang berjaya menggantikan tempat Mateen di dalam hati Elisa. Semakin hari, Mateen semakin berusaha melepaskan segala perasaannya terhadap Elisa.

Dan dengan kebenaran tentang Elisa, Mateen tahu dia perlu lepaskan gadis itu. Sudah terbukti selama ini bahawa Elisa tidak bersalah. Gadis itu membuat pilihan untuk bekerja dengannya hanya untuk membuktikan bahawa dia tidak bersalah.

"Come on, Tim. Takkan tak ada perasaan langsung. Setiap hari spend masa sama-sama. Kau tengok tu, dia sedaya upaya nak gembirakan hati kau", kata Farid lagi. Jari telunjuknya terarah kepada Anisha yang sedang bermain dengan anak perempuan AJ, Alana. Mateen mengalihkan pandangan matanya dari tengah padang ke tempat duduk VVIP di Royal Brunei Polo & Club itu, tepat memandang ke arah Anisha yang leka bermain dengan Alana.

Mateen mengukir senyum, menambahkan lagi tanda tanya di fikiran Farid. Menggeleng Farid dengan sikap sahabatnya ini.
"Hoi! Aku cakap dengan kau ni", tegur Faris seraya menepuk bahu Mateen. Berkerut dahi Mateen akibat tersentak dengan teguran Farid.
"Aku dengarlah. Bagilah aku fikir kejap", jawab Mateen selamba. Sengaja mahu menyakat sahabatnya ini. Sejujurnya dia sendiri tiada jawapan untuk itu.

"Peliklah kau ni. Dah berbulan kau dengan dia, kau sendiri tak boleh tahu hati kau macam mana?", tanya Farid lagi. Tidak berpuas hati dengan jawapan Mateen tadi. Mateen lepas keluh berat.
"I like her and begin to love her", balas Mateen bersahaja. Matanya masih memandang Anisha dari jauh. Dia sedar jauh di sudut hatinya, dia sayang gadis itu. Cuma perasaan dia masih berbelah bagi. Hatinya masih berat untuk menggantikan tempat Elisa dengan gadis lain.
"Baguslah kalau macam tu. Aku cuma nak kau happy, bro. Aku tahu kau masih kecewa dengan Lisa", kata Farid sambil menepuk lembut bahu sahabatnya ini. Mateen tersenyum nipis.

Gembirakah dia?

Entah! Dia masih belum dapat rasa perasaan itu. Dia masih mencuba, sedayanya. Jika sudah tertulis jodohnya dengan Anisha, dia tidak mampu melawan takdir itu. Sudah tertulis juga Elisa bukan untuknya dan dia perlu redha dengan semua itu.

"I want to end this with Lisa", kata Mateen tiba-tiba. Farid terkedu mendengar kata yang dituturkan sahabatnya. Berkerut dahi Farid cuba untuk memahami maksud ayat itu. Cepat pula Mateen tukar topik tentang Anisha.
"Maksud kau?", tanya Farid setelah buntu memikirkan maksud kata Mateen tadi. Mateen lepas keluh berat. Matanya dipejam rapat. Farid tidak tahu tentang kontrak itu. Farid cuma tahu Elisa bekerja dengan Mateen kerana dia yang mahukan begitu. Tentang hukuman Elisa itu, tiada siapa yang tahu selain AJ dan Elisa sendiri.
"She's getting married soon, Id. Dan aku kena lepaskan semua tentang dia", jawab Mateen perlahan. Berat, namun dia tahu dia perlu lakukan itu.

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now