15 | Si Duli Pengiran Muda

2.1K 74 1
                                    

Brisbane, 30 September.

Tarikh yang akan aku ingat sampai bila-bila. Tarikh di mana termeterainya kontrak antara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen dengan Yang Mulia Raja Nurul Elisa Binti Raja Muizzudin Iskandar.

Kontrak perjanjian yang membuatkan diriku terikat dengan Mateen untuk satu tempoh yang aku sendiri tidak tahu berapa lama. Tangan aku terketar-ketar saat menandatangani kontrak tersebut. Airmata juga menanti masa untuk jatuh tapi aku tahan. Namun semua itu sedikit pun tidak mengubah pendirian Mateen. Bukan aku minta ihsan, cuma sedikit timbang rasa dia terhadap syarat dalam kontrak itu. Samantha memandang aku sayu, tapi dia juga tidak boleh berbuat apa-apa. Namun aku lega kerana wanita ini akan bersama aku sehingga semuanya selesai.

Kontrak aku hanya akan tamat setelah kami mengetahui hal yang sebenar dari Kamal. Ketika ini, penyiasat yang diupah Mateen masih belum dapat menjejaki kedudukan terkini Kamal. Aku dah kata bukan senang nak jejak orang macam Kamal.

Yang lebih menyedihkan aku, kontrak aku bersama tipTravel juga tamat serta merta. Tanpa pengetahuan aku, Mateen telah menghantar AJ ke New York untuk bertemu Danny dan menamatkan kontrak aku. Jadi sebenarnya jika aku tolak tawaran dia sekalipun, aku tetap tidak akan bekerja dengan tipTravel lagi. Jadi pilihan terakhir aku jika tidak bekerja dengan Mateen adalah masuk ke penjara.

Mateen membayar penalti yang dikenakan oleh syarikat kerana aku menamatkan kontrak awal. Duit raja segalanya. Penalti kontrak aku yang berbaki empat tahun itu dengan selamba ditebus Mateen. Memang dia akan buat apa saja asalkan aku bekerja dengan dia.

Segala impian aku musnah di sini. Aku bukan lagi Solo Traveler yang akan menjelajah ke seluruh pelusuk dunia dan ceritakan semua itu kepada orang lain. Impian aku dimusnahkan hanya kerana dendam kesumat si pengiran muda ini.

Ya Allah, beri aku kekuatan untuk hadapi semua ini.

"We will miss you, Lisa. You know the door is always open for you", kata Danny, editor tipTravel sewaktu berjumpa aku di Brisbane tempoh hari. Dia diminta ke Brisbane untuk menyelesaikan hal berkaitan kontrak aku dengan syarikatnya. Mateen langsung tidak mahu memberi aku peluang untuk ke New York seperti selalu. Ini juga bermakna Brisbane adalah destinasi terakhir aku bersama tipTravel. Tiada kata yang aku mampu ucapkan, cuma tangisan yang dapat menggambarkan perasaan aku ketika itu.

Runtun jiwa aku kerana terpaksa meninggalkan tipTravel yang selama ini aku anggap seperti keluarga. Hampir tiga tahun aku berkhidmat dengan tipTravel, tempat yang mengajar aku erti kehidupan. Yang mengajar aku tentang segalanya. Yang mengajar aku untuk jadi berani dan berdikari. Aku berikan seluruh jiwa aku dengan tipTravel. Hilangnya kerja ini ibarat aku hilang separuh jiwa.

Berat untuk aku terima syarat-syarat di dalam kontrak antara aku dan Mateen. Syarat yang bagi aku berat sebelah. Secara halusnya, lebih kepada menghukum aku.

Tetapi apalah pilihan yang aku ada?

Tiada.

Dan aku terima kontrak ini bukan kerana aku tidak mahu masuk penjara tetapi kerana aku mahu buktikan yang aku tidak bersalah.

Aku akan masuk ke dalam satu dunia yang begitu asing bagi aku tidak lama lagi. Walaupun aku sudah mengembara hampir separuh dunia, sudah menjelajah ke beratus tempat asing tetapi itu tidak mampu memadamkan rasa debar di dada aku kala ini. Kali ini perasaannya amat berbeza sekali. Aku akan terpenjara di satu tempat untuk satu tempoh yang aku sendiri tidak pasti.

Anggaplah ini hukuman mandatori untuk aku. Aku tidak akan dilepaskan jika aku berkelakuan baik sekalipun.

Mata aku pejam rapat. Rasa kantuk ini juga tidak mampu membuatkan aku melelapkan mata yang semakin berat. Keadaan ini terlalu asing bagi aku. Ini kali pertama aku menaiki pesawat peribadi kepunyaan keluarga diraja Brunei. Aku akui agak teruja dengan dekorasi dalam kabin pesawat ini namun semua itu tidak mampu untuk memadamkan perasaan sedih, kecewa dan sakit hati aku.

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now