50 | Sebuah Rasa

3K 88 13
                                    

"Anggaplah ni pre-honeymoon you. We will be there for 2 days only", kata Mateen bersahaja. Aku yang berada di dalam bilik wardrobe mencebik.

Baru saja habis siri junjung ziarah ke semua daerah dalam Brunei, sudah mahu ke luar negara pula. Penat untuk dua minggu ini saja belum habis lagi. Dua minggu yang penuh dengan aktiviti. Rasa nak pengsan dah.

"You dengar tak I cakap tadi?". Bahuku terenjut apabila mendengar suara itu dekat belakang aku. Segera aku berpaling, melihat Mateen yang sudah berdiri sambil cekak pinggang di ambang pintu bilik wardrobe.

"Hurmm..", ringkas jawapanku. Baru saja tadi Mateen memberitahu aku bahawa dia perlu ke Filipina, menggantikan paduka ayahanda untuk persidangan pemimpin-pemimpin negara ASEAN.

Pada mulanya aku tidak mahu pergi sekali, tapi apakan daya. Arahan dari ayahanda mertuaku yang meminta aku menemani Mateen ke sana. Nak tak nak, aku terpaksa turutkan.

"Then?", soalnya tidak puas hati. Aku berdecit. Baju ditangan aku sangkutkan kembali dalam almari.
"What is the meaning of honeymoon for you? Kita pergi honeymoon? You must be kidding me", kataku sinis.

Mateen tidak menjawab soalan aku tadi. Dia diam seketika dan kemudian berkata, "I've arranged something. Besides we still have few days before the Charity Polo Day next week"

"Tak payah spend masa lama sangat dekat sana boleh? Kalau boleh after gala night dinner, terus balik sini", kataku. Tidak setuju dengan cadangan Mateen. Dia ni pun satu, bukan nak bincang dulu dengan aku sebelum buat keputusan.

"I dah uruskan semua. No turning back. Just a short vacay but I'm sure you gonna like it. Lagipun you mesti nak rehat sekejap kan? Away from here, just to relax your mind?", kata Mateen. Dia masih mahu cuba untuk yakinkan aku.

Aku terdiam seketika. Otakku ligat berfikir. Betul juga kata Mateen. Hampir sebulan kami menikah, aku belum ada masa untuk bersendiri. Jadualku sangat padat. Terkadang aku rasa sesak dada dengan semua lakonan ini. Dengan percutian ini, aku boleh jadi diri aku yang sebenar, yang tidak perlu berpura-pura.

"Fine. I'm in", balasku. Mateen tersenyum lebar. Telefon bimbit dikeluarkan dari poket dan dia terus berlalu meninggalkan aku yang masih mengemaa bagasi baju kami.

Bagasi baju aku letakkan di tepi bilik wardrobe. Esok pagi kami akan ke Filipina. Aku pandang Mateen yang ralit dengan telefonnya sedari tadi. Sekali sekala dia tersenyum seorang diri.

Aku mencebik melihat gelagat Mateen itu. Aku tahu dia sedang mesej dengan Anisha. Kalau dah senyum simpul macam tu, mesej siapa lagi kalau bukan Anisha.

Di padang Polo pun bukan main mesra lagi. Aku pula yang menyampah tengok kemesraan mereka. Bukan kerana cemburu, tapi aku rasa mereka berdua tidak hormat aku sebagai pengiran bini. Aku sedia maklum tentang mereka, tapi rakyat?

"Bukan main senyum lagi mesej dengan girlfriend. Sayang nak tinggal ke esok?", kataku menyindir. Aku tarik selimut hingga paras pinggang. Bantal ditepuk berkali-kali sebagai persediaan untuk tidur. Dari ekor mata, aku perasan Mateen pandang aku. Tapi aku buat-buat tidak nampak.

"Are you jealous?", tanya Mateen sinis. Aku ketawa kecil. Ikatan rambut aku lepaskan dan terus merebahkan kepala ke atas bantal.

"Tak kuasalah I nak jealous. I would like to remind you, for this time being I am your wife. So jangan obvious sangat you having and affair with her. 75 days left, Mateen. Lepas tu you nak buat apa, you buatlah. I don't even care", bebelku. Mendatar saja tapi dalam maksudku. Aku sedar selama ini orang membuat spekulasi tentang hubungan Mateen dan Anisha. Namun aku tidak mahu ada sebarang gosip tentang kecurangan Mateen. Curang itu bagi aku terlalu pedih. Cukuplah sekali aku pernah merasainya.

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now