41| Pulangkan

1.9K 69 2
                                    

Mateen tenung cek bernilai 500,000 USD itu lama. Di depannya kini ayah tiri Elisa yang dia pernah jumpa hanya dua kali, semasa hari pertunangan Elisa dan bulan puasa yang lalu.

"I can't accept this, uncle", kata Mateen seraya menolak semula cek itu kepada Mukhlis Edger. Tiada reaksi di wajah lelaki awal 60-an ini. Dia sudah menjangka bahawa Mateen tidak akan menerima duit ini semula. Duit yang dia pinjam untuk menstabilkan kembali kewangan syarikatnya.

"When Lisa gave me that cheque, I told her that I only borrow the money and I will give it back when my company back to normal. You helped a lot, Mateen. So please, take it. I'm sure Lisa really want you to take it back", pujuk Mukhlis Edger. 

Berkali-kali Elisa berpesan kepadanya supaya pastikan Mateen terima cek ini. Elisa tahu Mateen pasti akan menolak duit ini. Sudah tentu Elisa sudah masak dengan perangai Mateen. Lagipun apalah sangat duit ini jika dibandingkan dengan kekayaan yang lelaki muda ini miliki. Mateen lepas keluh berat. 

Elisa. 

Sudah lama dia tidak mendengar nama itu. Sejak Elisa meninggalkan Nurul Izzah, tiada siapa yang membuka mulut menyebut nama gadis itu.

"If that what she wants. I can't say anything", kata Mateen perlahan lalu mengambil cek yang dihulurkan lelaki di depannya ini tadi. Mukhlis Edger hembus nafas lega. Lepas satu beban di bahunya. Kalau tidak, jenuh juga dia nak meyakinkan Mateen untuk terima cek ini.

"By the way, uncle berterima kasih sangat untuk duit ni dulu. Even I know there's a lot of things both of you need to sacrifice. Uncle harap you tak bencikan dia. And thank you once again to let her go", ucap Mukhlis Edger. Sudah lama dia ingin berterima kasih pada Mateen walaupun dia tahu duit itu bukan dari Mateen. Mateen hanya angguk lemah. 

Ya, terlalu banyak yang Elisa terpaksa korbankan. Hidup, masa, hati dan jiwanya. Gadis itu korbankan segalanya hanya untuk melihat orang lain senang dan gembira. Hatinya sudah terlalu banyak dilukai tapi dia tetap terus tabah hadapi semua itu.

"Dia sihat, uncle?", tanya Mateen. Ingin juga dia tahu tentang Elisa. Dia sudah tidak menghubungi gadis itu sejak dia meninggalkan Brunei.

Sudah lebih sebulan Elisa meninggalkan Brunei. Gadis itu terus menghilangkan diri, langsung tidak dapat dihubungi. Elisa benar-benar membuang Mateen jauh dari kehidupannya. Gadis itu benar-benar mahu melupakan segala memori di Brunei.

"Alhamdulillah. Dia sihat", jawab Mukhlis Edger sopan. Terbayang wajah anak gadisnya itu. Memang Elisa sihat, tetapi pada fizikalnya saja. Mentalnya masih belum kuat. Batinnya masih lagi terseksa. Elisa lebih banyak menyendiri semenjak dia berada di London. Dia selalu saja nampak Elisa menangis bila gadis itu sendirian.

"Alhamdulillah. I harap dia kuat. I'm really sorry for what happened. I know I am one of the reasons", akui Mateen. Ada sendu dalam tutur katanya. Mukhlis Edger menjadi pelik, keliru dengan kata-kata Mateen itu.

"What do you mean by that?", tanyanya. Tidak senang untuk terus berteka-teki. Mateen pandang wajah lelaki di depannya ini.
"About her engagement. I tahu dia dah putus tunang. I knew I was wrong, uncle. I told her once about Haiqal but I cannot convince her about him", jawab Mateen lemah dan perlahan.

Mukhlis Edger sedikit terkejut dengan jawapan Mateen itu. Dia membetulkan duduk dan berdehem.
"So you memang tahu Haiqal curang dengan Lisa?", tanyanya lagi. Mahukan kepastian sejauh mana Mateen tahu tentang ini. Mateen angguk perlahan, mengiyakan soalan Mukhlis Edger.

"I told her, but she chose to believe him. I am no one to her uncle. Of course she won't believe me. If I try harder, she won't be hurt", kata Mateen penuh kesal. Mukhlis Edger tenung wajah kekesalan Mateen. Nampak dia benar-benar ikhlas.

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now