38 | Kebencianku Keegoanmu

2K 73 4
                                    

"Aku kena cari kau sampai sini Lisa untuk tahu hal sebenar. Kenapa kau tak bagitau aku?", tinggi suaranya. Mariah memandang aku dengan renungan mata tajam. Jarang sekali kawan baik aku ini bersikap sebegini. Aku hanya membisu. Aku tahu banyak lagi yang Mariah ingin hamburkan kepada aku. Faham benar dengan sikap kawan aku yang seorang ini.

"Kalau aku tahu nak jadi macam ni, aku postpone balik London hari tu. Boleh aku tumbuk muka Haiqal tu!", kata Mariah lagi. Tangannya digumpal membentuk penumbuk. Aku angkat muka dan pandang wajah bengis Mariah. Kalau Mariah marahkan Haiqal, apatah lagi aku. Tapi aku tahan semua perasaan itu.

Rasa pedih sakitnya hati ini masih juga belum hilang. Kehadiran aku di Sepanyol ini langsung tidak memberikan perubahan pada hatiku. Salah negara aku pergi ni. Kenapalah mesti tournament Polo diadakan di sini?

Kedatangan aku ke negara ini seolah mengimbau kembali kenangan aku dan Haiqal. Pertemuan pertama kami di Cordoba, hanya dua jam lebih perjalanan dari Sotogrande jika menaiki kereta.

Sepanyol, negara di mana aku mula melupakan cinta Mateen dan membina cinta baru dengan Haiqal. Di sini permulaannya untuk segala kisah manis aku dan Haiqal. Dan kali ini, aku ke sini hanya untuk melupakan semua itu.

Mana mungkin boleh!

"Sekarang ni kau bagitau aku, kenapa dia putuskan pertunangan dengan kau?", tanya Mariah, persis seorang inspektor polis sedang menyiasat penjenayah di bilik siasatan.

"Tak ada jodoh", jawab aku selamba. Aku rimas ditanya tentang hal itu. Sejak aku pulang ke Brunei, mama asyik menelefon aku tanya benda yang sama. Bukan aku tidak mahu bercerita, tapi aku sudah janji untuk tidak buka aib itu. Dalam hal perhubungan aku dan Haiqal, aku sedar aku juga ada buat silap.

Aku tidak akan lupa malam itu. Bulan Ramadhan yang lalu dekat Menara Eiffel, Paris dengan Mateen. Walaupun hanya makan malam biasa, tapi aku berduaan dengan lelaki yang pernah hadir dalam hidup aku sebelum ini. Lelaki yang pernah aku cinta. Malam di mana aku menangis dalam dakapan lelaki itu untuk lepaskan semua perasaan aku padanya kerana aku sudah memilih Haiqal. Aku, seorang tunangan orang keluar berduaan dengan bekas kekasih yang juga sudah menjadi kekasih orang!

Apakah itu? Tidak berdosakah aku membuat kemungkaran sebegitu di bulan Ramadhan? Sehingga kini aib itu masih tersimpan rapi. Kekal menjadi rahsia aku dan Mateen. Jika aku buka aib Haiqal, mungkinkah aib aku akan dibuka juga suatu masa nanti?

Allahu. Aku tidak sanggup hadapi hari itu nanti. Aku takut.

Aku tersentak apabila Mariah tepuk meja perlahan. Aku angkat kening memandang wanita ini. Aku tahu Mariah risaukan aku. Tapi aku okay, aku masih bernyawa dan waras. Cuma hati aku saja yang sudah tenat.

"Jangan main-main boleh tak? Aku serius ni, Lis. Bagitau aku, kenapa?", desak Mariah lagi. Wajahnya masih bengis seperti tadi. Sanggup dia terbang dari London ke Sotogrande semata-mata untuk tahu tentang kisah pertunangan aku. "Kau rahsiakan banyak benda dari aku, Lis. Aku macam dah tak kenal kau sekarang", ujar Mariah sedih. Suaranya tidak selantang tadi. Raut wajahnya sudah bertukar sayu. 

Aku hela nafas dalam. Mariah suka bermain emosi dengan aku. Benar katanya, aku banyak rahsiakan masalah aku daripadanya sekarang. Bukan aku tidak mahu berkongsi semua itu dengan Mariah, tapi aku tidak mahu membebankan wanita ini. Dia juga punya kehidupannya sendiri. Masalahnya sendiri. Aku tidak mahu membebankan dia dengan masalah cinta aku.

"I'm not going to tell you, Yah. I made a promise", kataku bersahaja. Mariah berdecit, marah dengan jawapan aku itu. Matanya tajam menjeling kepadaku namun langsung aku tidak pedulikan. 

Aku tahu Mariah sakit hati dengan sikap aku sekarang. Aku cuma tidak mahu terlalu dibawa emosi itu. Bercerita tentang ini cukup buat aku sakit hati dan kecewa. Setiap kali aku terkenang, airmata aku laju saja mahu mengalir.

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now