44 | The Arrangement

2.1K 72 3
                                    

'Thank you for accepting my proposal and I am grateful to have you as my wife'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Thank you for accepting my proposal and I am grateful to have you as my wife'

Tup! Post terbaru dari Mateen di akaun Instagram miliknya. Selepas kenyataan rasmi dikeluarkan pejabat istana, Mateen dibenarkan membuat kenyataan peribadinya pula. Dia memilih untuk muatnaik gambar itu, gambar dia dan Elisa beberapa tahun lalu semasa mereka meraikan ulangtahun kelahiran Elisa di New York.

Hanya kata ringkas, tidak berbasa basi.

Tidak sampai seminit, beratus komen ditulis pengikutnya pada post itu tadi.

'I thought Prince Mateen will marry Anisha. They look so happy together'

'Eeuwww..siapa dia ni? Anybody can tell me who she is?'

'So ni lah ex-gf TM? Pandai dia kan? Mula-mula kerja dengan TM lepas tu tackle TM balik. Pity Anisha'

'I want Anisha! Not her. OMG Mateen, you dah salah pilih!'

Mateen mengeluh berat. Sebelum kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Istana Nurul Iman, akaun instagramnya dihujani pelbagai komen pada post terakhirnya beberapa hari lalu sebelum post terbaru ini dimuatnaik.

Bermacam akaun instagram tag nama dia pada setiap komen. Sampai dia terpaksa off semua notifikasi untuk instagramnya seketika.

Dan kini, bermacam komen ditinggalkan di post terbarunya tadi yang juga menyatakan bahawa dia sudah pun melamar Elisa. Dia sambung membaca komen-komen di instagramnya.

'Who's the hell is this girl? Not from his league! He should marry Anisha!!'

Menggeleng Mateen. Apalah yang mereka ni tahu tentang hidupnya? Selalu nampak yang baik-baik saja, perit yang dia lalui, tak siapa yang tahu.

'I'm Bruneian. I knew her. Always seen her at charity events. She just perfect with our prince'

'Yes. I met her few times at Rumah Anak Yatim An-nur. She closed with the children there. This is princess material. She loved kids so much'

Mateen senyum. Baru nampak komen positif. Berguna juga dia minta Elisa buat kerja-kerja amal tu semua. Sekurang-kurangnya rakyat Brunei sendiri nampak kebaikan Elisa.

Dia sedar ramai yang tidak tahu tentang kewujudan Elisa. Sejak dia kembali rapat dengan Anisha, ramai yang membuat spekulasi bahawa Anisha merupakan kekasihnya dan bakal mengahwini gadis itu.

Mateen pernah meletakkan syarat pada Anisha sebelum ini supaya tidak memuatnaik gambar mereka berdua di instagram. Banyak hati yang perlu dijaga katanya. Perkara sama yang dia buat ketika bersama Elisa dulu.

Dan dengan apa yang berlaku sekarang, dia rasa bersyukur kerana tidak terlalu menunjuk hubungan mereka di laman sosial. Jika tidak, pasti keadaan menjadi semakin kecoh. Kerana gosip yang satu itu pun sudah kecoh, inikan pula jika dia umum tahu dia bersama Anisha tetapi melamar Elisa. Mahu lagi kecoh!

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now