40 | Tiba Masa

1.9K 80 7
                                    

Farewell for Lisa!

Meriah sungguh suasana malam itu. Malam BBQ tepi kolam, siap ada live band. Hasil idea Anisha yang mahu adakan parti perpisahan untuk aku di Istana Nurul Izzah. Hanya sebuah parti ringkas, dihadiri rakan terdekat yang aku kenal dan beberapa orang dari pasukan MB Polo.

"I'm sorry guys. I cannot attend your e-day", kataku pada Danial dan Jane. Majlis pertunangan mereka akan diadakan minggu depan. Aku baru saja dapat jemputan untuk ke majlis itu siang tadi.

"It's okay, Lisa. But your tips few years ago, really helped me", ujar Danial dalam tawa. Aku turut ketawa mendengar ayatnya itu. Jane pula kebingungan dengan deraian tawa aku dan Danial.

Aku ingat lagi waktu itu, beria-ia Danial mesej aku tanpa jemu hanya kerana dia ingin mendapatkan tips untuk memikat Jane, gadis kacukan yang berasal dari Thailand ini.

"What did I missed out here, guys..?", tanya Jane kebingungan. Dia masih tidak boleh tangkap butir perbualan aku dan Danial. Danial merangkul erat pinggang bakal tunangnya ini.

"Nothing, babe. Just some old memories. But we need to thanks her for that. If not, you will not be mine", kata Danial sambil kenyit mata. Ketawa aku melihat gelagat merpati dua sejoli ini. Sangat sesuai bersama, sepadan.

"You're such an angel, Lisa. There's so many things that you did benefits others. Like all your charity works. I'm so sad that you need to leave. I wish you can work with Tim like forever", ucap Jane pula. Dalam kelirunya dengan perbualan aku dan Danial tadi, sempat juga memuji.

Aku tersenyum kelat. Kalaulah Jane tahu apa yang telah aku lalui, adakah gadis ini masih mahu aku berada di sini selamanya?

Kalaulah Jane tahu hal sebenar yang membuatkan aku terpenjara di sini hampir setahun lamanya, adakah dia akan melayan aku dengan baik?

"So Lisa, you're free now. What you gonna do after this?", tanya Danial selepas Jane berlalu pergi, meninggalkan dia dan aku berdua. Aku hanya tersenyum hambar.

Bebaskah dia?

Entah!

Tidak pasti akan perasaannya kala ini. Melihatkan keakraban aku dengan mereka semua, aku jadi berat hati mahu meninggalkan mereka.

Tapi apabila memikirkan Mateen, aku terus menjadi benci. Perasaan itu berubah sekelip mata.

"I'm gonna miss all of you. The memories. I don't know Nial, for a second I rasa berat hati nak tinggalkan tempat ni. But I know I need to go", balasku. Terasa sayu tiba-tiba untuk meninggalkan tempat ini. Tempat yang banyak ajar aku erti sabar, tempat di mana aku diuji dengan pelbagai dugaan.

Allahu. Banyak yang merubah aku di sini.

"You can stay few more days if you want. Kalau you tak boleh stay sini, you stay at my parents'. At least sampai majlis I", pujuk Danial. Aku senyum dan menggeleng.

"I'm sorry, Nial. I dah ada plan with my family. I belum balik sana pun they all dah plan macam-macam untuk I. Ini lah masa untuk I lebih kenal famili I kan? Besides my solemnization is just around corner, so yeah. I need to go back to KL as soonest", bohongku.

Satu lagi pembohongan tercipta malam ini. Dosa! Ya aku tahu berdosa. Tetapi aku tidak tahu bagaimana mahu menolak semua ini. Mereka semua sungguh baik dengan aku. Mereka juga tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Aku tahu, aku perlu katakan sesuatu supaya ia selari dengan perkara yang akan berlaku selepas ini. 

I'm sorry, Nial. I lied to you.

"Lisa! Speech please", laung Abin seraya mematikan perbualan aku dan Danial. Aku menoleh memandangnya yang melambaikan tangan meminta aku datang ke arahnya. Aku hembus nafas lega. Mujur Abin panggil, ini dapat selamatkan aku dari terus rasa bersalah kerana berbohong.

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now